SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.


Anwar 'Membunuh' PKR Beaufort Demi Lajim

"Semua 15 orang AJK PKR Beaufort keluar dari parti dan menyertai UMNO"













Umum tahu bahawa Lajim Ukin telah keluar Barisan Nasional dan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Pakatan Perubahan Sabah (PPS). Langkah yang serupa juga dibuat oleh Wilfred Bumburing, Angkatan Perubahan Sabah (APS).







Langkah kedua-dua ahli politik veteren ini ada tujuannya. PPS konon



Source: SaSa General FEED
Read more

Ketegangan di Lahad Datu 3: Sabah Adalah Negeri Merdeka

"Sila tukar baris tiga terakhir dan baris terakhir lagu Sabah Tanah Airku"



















Sekarang ini adalah kurun ke-21. Negeri Sabah dicerobohi oleh anasir luar yang lengkap bersenjata dan mengatakan negeri ini adalah kepunyaan nenek moyang mereka.







Pada kurun ke-20, Penduduk Sabah telah memilih untuk merdeka dengan menyertai Persekutuan Malaysia. Memerdekakan diri maksudnya tekad penuh untuk



Source: SaSa General FEED
Read more

PM DATUK SERI NAJIB BERSETUJU GAJI KAKITANGAN AWAM DINAIKKAN


PM Datuk Seri Najib dikatakan bersetuju supaya kakitangan awam hampir 1.4 juta dinaikkan gaji sehingga RM400 dan menyelaras kenaikan elaun Tetap Perumahan antara RM 350-450. Pengumuman itu akan dibuat pada khamis ini atau selewat-lewatnya pada minggu depan seerti yang dilaporkan dalam beritasemasa.com.



Kenaikan ini adalah yang kedua bagi kakitangan awam di negara ini apabila pada tahun lepas sebanyak 13% telahpun diberikan ekoran pembatalan SBPA yang menjadi kontrovesi.Manakala CEUPACS pula sebelum ini memperjuangkan kenaikan ETP yang dikatakan sudah tidak relevan lagi. Sebelum ini TPM ernah membayangkan akan adanya berita gembira buat kakitangan awam sebelum bulan Mac tahun ini.



Ramai pemerhati politik berpandangan ia adalah satu lagi usaha Najib untuk menggamit sokongan daripada kakitangan awam menjelang PRU 13 yang boleh diadakan bila-bila masa dari sekarang.



Beberapa laporan turut menyatakan bahawa Najib dijangka akan membubarkan parlimen pada 22.02.2013 iaitu hari jumaat ini untuk memberi laluan PRU 13 diadakan pada waktu cuti persekolahan pada 23.03.2013 hingga 31.03.2013.



Ekoran pengumuman Najib itu nanti, diramalkan, kakitangan awam di negara ini akan memberikan sokongan kepada BN/UMNO pada PRU 13 nanti sekurang-kurangnya mencecah 80%.



Source: Sabah Blog
Read more

Guru mati tersepit ketika hidupkan enjin kereta

MALANG: Beberapa anggota polis mengangkat mangsa yang sudah tidak bernyawa untuk dibawa ke hospital bagi bedah siasat.

MALANG: Beberapa anggota polis mengangkat mangsa yang sudah tidak bernyawa untuk dibawa ke hospital bagi bedah siasat.



MIRI: Seorang guru sebuah sekolah rendah di sini, di­jumpai mati dalam keadaan tersepit dalam kereta miliknya di rumah sewanya di Taman Da Shin, Jalan Miri Airport di sini.


Mangsa yang dikenali se­bagai Chin Lin Hiong, 27, baharu balik bercuti sem­pena Tahun Baharu Cina dari Kuching dan hendak meng­hidupkan enjin keretanya yang ditinggalkan sepanjang bercuti, pada jam 8.30 pagi semalam.


Menurut sumber, ketika mangsa hendak menghidup­kan enjin kenderaannya, tanpa disangka keretanya yang tidak berada dalam kead­aan gear bebas, terlajak secara mengejut sejauh beberapa kaki ke hadapan.


Keadaan itu menyebabkan mangsa yang berada dalam keadaan tidak bersedia den­gan separuh badannya berada dalam kereta, terperangkap lalu tersepit di antara kereta dengan tiang rumah, tempat keretanya diparkirkan.


Mangsa dipercayai mening­gal dunia beberapa jam ke­mudian disebabkan masalah pernafasan.


Ketua Polis Miri ACP Mun Kock Keong ketika dihubungi semalam menge­sahkan kes berkenaan dan memberitahu polis meng­klasifikasikannya sebagai kematian mengejut.


Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk dibedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematiannya.






Source: Sabah Blog
Read more

Perdana Menteri Dimalukan Di Dalam Majlis Bersama Dong Zong





Source: Sarawak Blog
Read more

BENARKAH DSAI DALANG KEMASUKAN MNLF KE LAHAD DATU SABAH?




Keselamatan Negara tergugat apabila kehadiran warga asing yang bersenjata dan belum dikenalpasti identiti dan motif sebenar kehadiran mereka di Lahad Datu, Sabah. Negeri Sabah pernah dikejutkan dengan rompakan bank oleh 15 orang lanun di Lahad Datu, Sabah pada 25 September 1995. Insiden ini telah menyebabkan 6 kematian.



Sebelum ini, kehadiran kumpulan bersenjata warga asing mempunyai motif yang jelas iaitu dengan tujuan mendapatkan sumber kewangan dengan cara kekerasan.



Kehadiran kumpulan berpakaian tentera bersenjata masuk ke Lahad Datu tidak diketahui sebarang motif yang jelas. Daripada maklumat yang boleh dipercayai, kumpulan ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu di bawah pimpinan Nur Misuari. Lagi








Jika dakwaan ini benar, mohonlah kiranya yang berjawib ambil tindakan sewajarnya.






Source: Sabah Blog
Read more

SKANDAL SEKS DATUK SHAFIE APDAL MENJELMA KEMBALI






Kekecohan telah berkaku di kalangan pemimpin Umno Sabah dengan pesaing politik Zuhairie DaEngine disyaki membongkar semula skandal seks melibatkan pelakon jelita Zahida Rafik untuk memalukan menteri persekutuan bahagian pembangunan luar bandar dan wilayah.



"Kami terkejut mendengar bahawa SPRM telah akhirnya bersetuju untuk menyiasat tuduhan pemandu Zahida. Mengapa sekarang?" soal Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang dari PKR, yang telah mendedahkan skandal itu tahun lepas.





"Dulu, kita telah membuat begitu banyak laporan tetapi ia telah diabaikan dan disapu di bawah permaidani oleh pihak berkuasa, jadi persoalannya - kenapa sekarang? Siapakah begitu berkuasa di sebalik keputusan mengejut SPRM untuk mengambil tindakan? Siapakah yang begitu kuat sehinggakan SPRM bertindak balas begitu cepat dengan secara tiba-tiba. "





Ahli parlimen pembangkang telah merujuk kepada berita bahawa pemandu Zahida, Noor Azman Azemi, telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memberi kenyataannya berikutan skandal itu hari ini.





RM1.5 juta dalam 4 bulan, perkahwinan di London & sebuah banglo RM3 juta di Ampang





Tahun lepas, Azman telah membuat laporan polis bahawa Zuhairie telah mengupah dirinya sebagai pemandu untuk Zahida, dan juga mendedahkan bahawa menteri dan pelakon muda itu telah mengadakan hubungan intim selama 3 tahun.





Lebih mengejutkan, Azman mendedahkan bahawa Zuhairie dalam tempoh 4 bulan menyuruhnya untuk mendepositkan wang bernilai lebih kurang RM1.5 juta ke dalam akaun bank Zahida. Berita itu telah mencetuskan kemarahan rakyat dan kebimbangan rasuah kerana wang sejumlah itu melampaui pendapatan Zuhairie sebagai Menteri Kabinet.







Walaupun Azman telah memberikan beberapa bukti dalam bentuk dokumen, polis dan SPRM tidak mempedulikan laporan itu manakala Zahida menuduhnya cuba untuk mencemarkan reputasi dirinya kerana dia telah dipecat kerana melarikan diri dengan RM200, 000 daripada jumlah wang itu. Kedua-dua Zahida dan Zuhairie telah menafikan mempunyai apa-apa hubungan.



Walau bagaimanapun, spekulasi tidak berhenti disitu sahaja dan Zuhairie telah dituduh berkahwin dengan Zahida di London sebagai isteri keduanya (poligami dibenarkan di bawah undang-undang Islam) dan juga membeli sebuah banglo mewah di Ampang bernilai lebih kurang RM3 juta.





Semua mata kini tertumpu pada apa yang disoal SPRM pada Azman, dan jika dia mempunyai pendedahan-pendedahan baru untuk dibuat.





Menyukarkan Najib menempatkan Zuhairie di kerusi DUN?





Selain dari skandal seks, terdapat juga persaingan sengit kerana hubungan Zuhairie di Sabah.





Semua tahu bahawa dia merupakan kesayangan Perdana Menteri Najib Razak, yang mahu Zuhairie mengambil alih sebagai menteri ketua negeri dan adalah dipercayai sedang memikirkan dia sebagai calon di kerusi Negeri untuk menggantikan Musa Aman, menteri ketua semasa .





Musa Aman telah didakwa terlibat dalam rasuah secara besar-besaran dan kebimbangan semakin meningkat bahawa keadaan dirinya yang tidak popular akan merugikan parti Najib, BN untuk memerintah kerajaan negeri.





Bagi pemerhati politik, ia bukanlah kebetulan bahawa Musa menjadi perhatian dan dijadikan seperti penjahat dalam penyiasatan Suruhanjaya Diraja dalam kes penipuan kewarganegaraan untuk undi.





Musa telah dipersalahkan kerana tidak menghalang kerajaan persekutuan yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad daripada memberi kerakyatan kepada beratus-ratus ribu pekerja haram pada tahun 1990-an, kebanyakannya dari Filipina dan Indonesia, dalam pertukaran atas persetujuan mereka mengundi BN dalam pilihan raya.





Ada ubi ada batas





Pembocoran berita misteri bahawa penyangak nombor satu Filipina, yang mendakwa Manuel Karingal Amalilio merupakan anak saudara Musa juga telah menggemparkan rakyat Sabah, mencetuskan satu lagi rantaian spekulasi bahawa ini adalah serangan terbaru terhadap Musa daripada pesaing-pesaingnya dalam Umno seperti Zuhairie.





"Ia kelihatan seperti perbalahan dalaman benar-benar sedang panas dan ada ubi ada batas akan menjadi nama permainan kerana





setiap seorang cuba mendapatkan kelebihan. Kita sekarang ada isu Manuel dan Musa untuk disembunyikan. Sekarang, Zuhairie mendapat balasan dengan pembongkaran semula skandal Zahida," bekas pemimpin Umno Sabah berkata kepada Malaysia Chronicle.





Manuel dipercayai sedang bersembunyi di Sabah dan menyamar menggunakan nama Mohammad Sufian Said untuk bergerak kesegenap pelusuk negeri.







"Ini bukan isu kecil kerana dia dikatakan telah menipu lebih 15,000 orang sejumlah 12 bilion peso atau kira-kira RM900 juta! Musa mesti membersihkan namanya daripada dakwaan ini," Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam satu kenyataan.



Anwar telah membuat komen selepas Setiausaha dalam Negara Filipina Mar Roxas menuduh Musa menyekat penghantaran pulang Manuel ke Filipina.





"Ini begitu mengejutkan dan kami menuntut penjelasan lanjut," kata Anwar dalam menyeru pemimpin di Malaysia itu untuk membersihkan nama dari dakwaan.

-Malaysia Chronicle-





Source: Sabah Blog
Read more

PRU 13: DATUK SALLEH DI USUKAN?



Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri yang juga Ketua Bahagian UMNO KB, Datuk Salleh Tun Said dijangka akan melabuhkan kerier politiknya sekali lagi ada PRU 13 nanti di kawasan yang paling selamat baginya iaitu DUN USUKAN. Dalam rekod politik Sabah, Datuk Salleh yang sangat disayangi oleh penyokongnya ini tidak pernah berstatus calon Import di Sabah. Kebanyakkan hayat politiknya, beliau suka mengambil jalan "save and safety".



Jangkaan awal sebelum ini yang meramalkan Datuk Salleh menjadi calon di DUN Usukan mungkin satu realiti apabila ara penyokongnya di daerah Kota Belud sejak kebelakangan ini mula meniupkan semboyan dengan merwar-warkan berita tersebut sama ada melalui majlis-majlis politik ataupun melalui FCB dan Blog. Kekerapkan Datuk Salleh Turun padang melawat kawasan daerah mengundi mungkin boleh dijadikan petanda kukuh bahawa berita kembalinya beliau ke Usukan adalah satu kenyataan. Ini bermakna kerusi Parlimen akan menyaksikan Datuk Rahman Dahlan mempunyai peluang 70% untuk dicalonkan semula, kerana DSSK tidak mungkin akan dicalonkan di Parlimen setelah berjaya menjadi calon di DUN USUKAN.



Jika berperang pada padang yang rata, tidak ada unsur-unsur penipuan dan penggunaan wang di saat akhir untuk memancing undi, diramalkan majoriti datuk Salleh akan berkurangan. Namun jika 'tabiat' lama pemimpin dan rakyat masih seperti dulu, menyaksikan Majoriti besar akan diperolehi.



Memang diramal dari awal kelibat Datuk Salleh masih diperlukan di peringkat negeri. Dan jika Datuk Musa Aman masih Ketua Menteri Sabah seleas pasca PRU 13 dan bukannya Datuk Seri Shafie Apdal, dijangka jawatan paling dekat akan di duduki oleh Datuk Salleh adalah Timbalan Ketua Menteri mengisi kouta Bumiputera Islam dan ada kemungkinan akan menduduki jawatan Menteri Kewangan walaupun sebelum ini pada kebiasaannya jawatan ini disandang oleh Ketua menteri.



Untuk menduduki kerusi Ketua menteri, pada hemat saya pasca PRU 13 jika BN masih lagi berjaya mendirikan 'KERAJAAN' ,Datuk Salleh masih tidak akan dimahkotakan oleh Najib ada kerusi itu. Selain mahu mendapatkan rekod kesetiaan yang lebih besar, DSSK juga masih dibayangi oleh Datuk Shafie Apdal.







Source: Sabah Blog
Read more

Pembangkang tiada calon berkaliber untuk menawan Parlimen Tanjung Manis










Beliau tetap menjadi Pilihan CM Ps Taib atau akan kembali ke Sarawak untuk PRU Dun ke 11?












Datuk Norah Ahli Parlimen P.206

Kemenangan tanpa bertanding Datuk Hajjah Norah Tun Abd Rahman pada Pilihanraya Umum(PRU) ke 12 mungkin sekali lagi berlaku. Kekuatan PBB-BN di Parlimen Tanjung Manis sememangnya diakui apabila kawasan tersebut tidak pernah ditadbir oleh pembangkang. BN dijangka sekali lagi menamakan Datuk Hjh Norah untuk mewakili Parti Itu pada PRU 13. Hingga ke saat ini pembangkang dilihat gagal untuk menonjolkan seorang calon dari kalangan anak tempatan yang terkenal dan diterima ramai. Pembangkang juga sudah tidak mempunyai masa untuk mencari calon yang boleh menang untuk mewakili mereka. Kalau ada calon sekalipun kemungkinan mereka akan kehilangan wang pertaruhan. "khabarnya seseorang akan menjadi calon bebas untuk menentang Datuk Norah".




Ds Peter Chin pun dah sedar... eloklah berundur demi kemenangan Parti. khabarnya Datuk Sebastian ada aura tersendiri kepada penduduk Miri...Alan ling ada berani lawankah?



Source: Sarawak Blog
Read more

Borang Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) mula diedarkan

Borang permohonan bagi program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) bagi memudahkan golongan muda mendapatkan lesen motosikal B2, mula diedar kepada orang ramai selama dua minggu mulai hari ini.




Pengerusi Eksekutif MYEG Services Berhad, Datuk Norraesah Mohamad, berkata borang boleh didapati di kesemua pejabat komponen Barisan Nasional di 222 kawasan Parlimen seluruh negara dan secara talian di laman web www.bl1m.my atau www.myeg.com.my.


Untuk maklumat lanjut, beliau berkata orang ramai boleh melayari laman web www.bl1m.my atau menghubungi talian bantuan di 03-7801 8888.


SUMBER


0 comment(s)






Source: SaSa General FEED
Read more

Memberi Kerakyatan Kepada Orang Asing di Sabah Bukan Kesalahan ~ Tun Dr. Mahathir

"Jika orang-orang dungu seperti Ibrahim Ali mampu tunjukkan kebijaksanaan barulah  boleh percaya  yang Umno  jujur " "Maha can never goes wrong"


Mahathir, IC Project: Baa Baa Black Sheep
(Skrol ke bawah untuk membaca teks berbahasa Melayu)
Click this clip to see how Madey manage his kandang kambing!
Dengan melihat ke dalam jawapan Mahathir, dia dan BN sebenarnya menghantar mesej tersirat kepada beratus-ratus ribu rakyat baru 'Projek IC' Malaysia bahawa
1. Apa yang dilakukannya adalah lebih baik berbanding dengan Tunku Abdul Rahman. Dan apa sebenarnya Tunku Abdul Rahman lakukan? Beliau memberikan kewarganegaraan terutamanya kepada orang bukan-Islam berdasarkan prinsip 'jus soli' tetapi Mahathir memberi kewarganegaraan kepada orang-orang Islam untuk meningkatkan penduduk Islam di Malaysia.
2. Tiada apa-apa yang menyalahi undang-undang dalam apa yang telah dilakukan, kata beliau. Semuanya dilakukan mengikut undang-undang (kerana dia sebenarnya bersemanyam di atas undang-undang pada masa itu) supaya semua 'rakyat baru' tidak bimbang apa-apa mengenainya.
Mesej yang amat jelas tetapi kebanyakan kamu tidak dapat memahaminya. Baca selanjutnya di sini: Arimi Sidek Online Blog
Read more

Sharifah Zohra Jabeen, Kempitai Malang

"masukkan kempitai ke dalam karung guni dan meradak

kempitai malang berkenaan dengan parang, tombak dan lembing sebelum

menyangkam* jasad yang tinggal nyawa-nyawa ikan ke dalam paya"





awang_tongkol via emel





Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi mempertahankan Bavani siswa yang dibuli oleh 'jurucakap hal ehwal binatang', Sharifah Zohra Jabeen.











Ketua Pemuda Umno dengan nada yang sama



Source: SaSa General FEED
Read more

Pentaksiran Berasaskan Sekolah: Lembaran Evidence KHB – ERT Ting 1 dan 2 2013

Berikut merupakan kongsian untuk Lembaran Evidence bagi subjek Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan ERT bagi tingkatan 1 dan 2 2013.


Lembaran Evidence KHB ERT Ting. 1 2013


Lembaran Evidence KHB ERT Ting 2. 2013


0 comment(s)






Source: SaSa General FEED
Read more

KISAH BENAR: BEKAS PEMBUAT TATOO YAKUZA JADI IMAM

Sumber : Pahlawan30.blogspot.com







Taki Takazawa, jika dilihat dari namanya sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh dengan tato, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza. Dia adalah bekas tukang tato untuk anggota geng yang paling ditakuti di Jepun itu. Kerja sebagai 'tukang tato' itu telah dilakukannya selama 20 tahun.



Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.


Dia menhenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih. "Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia," ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.


Kalimat itu adalah Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.


Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih di ingatan Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan seorang yang menjadi inspirasinya itu. "Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, "katanya.


Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun.-DI





Source: Sabah Blog
Read more

Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Ting. 2

Berikut merupakan Dokumen Standard Prestasi untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 2013.


DSP PBS PSK TING. 2


Selamat melaksanakan PBS


0 comment(s)






Source: SaSa General FEED
Read more

A place name Malubang

*This post contains lots of pictures


Have you ever heard of a place name Malubang before? The name was totally sounds alien to me when my cousin invited us to join them for a family trip to that place last Friday. Later I found out that Malubang is actually one of the villages located in Pitas District and very popular with the story of Kapal Nakhoda Supirak and the Telaga Air Tawar among the local peoples. With the very bad road condition, it’s took about 3-4hours for us to get to the place. But if you driving a 4WD, you can make it short to 2-3 hours or even less! Depends on how fast you are driving.


Okay now lets continue with the pictures!


A peaceful evening in Malubang. The weather is so perfect and it’s a time for kids to have some walks on the beach.


Photobucket


Activity that kids have been patiently waiting for, swimming time! But they don’t exactly do the swimming anyway. They just berendam. :)


Photobucket


A very calm sea.


Photobucket


Trees that caught my attention. Seems unique to me.


Photobucket


The best sunset in Malubang


Photobucket


We were on our way to find the Telaga Air Tawar when a beautiful rainbow appears in the sky.


Photobucket


Look carefully. What image can you see? Me, a baby Elephant!


Photobucket


A stone which is resembled to a ship that local peoples believed belonged to Nakhoda supirak but then turned into stone after being cursed by his mother. The story of Kapal Nakhoda Supirak has the similarity with the story of Nakhoda Tanggang, a famous story among our community. Sorry for the small image.



Finally we found it! The Telaga Air tawar – Below is one of the three wells that can be found in the sea of Malubang and the water remains tasteless even though the area are being covered by water whenever high tide. Locals believed that the water of the wells has medicine power. Yes, it’s tasteless! I’ve tried myself.


Photobucket


More info about Malubang please view this blog Kulanzsalleh. :)




All pictures are taken using Sony Cyber-shot 14.1mp


0 comment(s)






Source: SaSa General FEED
Read more

Kesesakan Di Pejabat Imigresen Miri Perlu Diberi Perhatian

Masalah kesesakan dan kesukaran mendapat Pasport di Jabatan Imigresen Miri



MIRI - Ramai orang mengadu masalah untuk membuat pasport dan juga masalah mendapatkan pasport baru dan juga lain-lain hal yang berkaitan akibat kesesakan orang ramai yang sentiasa penuh hampir setiap hari di Jabatan Imigresen Miri.

Walaupun untuk memproses pasport mengambil masa satu jam tetapi masalah yang dihadapi oleh orang ramai yang terpaksa berbaris panjang untuk mendapat nombor giliran itu yang akhirnya kecewa apabila tiba gilirannya nombor sudah habis.



Begitu juga di bahagian untuk memperbaharui Pas lawatan, apabila Borang Permohonan Pas Lawatan dan sebagainya tidak dapat ditandatangani oleh pegawai bertugas yang tidak ada atau keluar kawasan terpaksa menunggu pada hari yang lain untuk diproses.



Sudah tentu ini akan menyusahkan orang ramai yang terpaksa berulang-alik ke pejabat semata-mata untuk mendapatkan dokumen tersebut diproses.



Kita ingin memberi beberapa cadangan kepada pihak jabatan imigresen Miri agar dapat menerima cadangan ini dengan hati terbuka:-



1. Ketika ramai orang datang mempembaharui Pasport atau membuat Pasport baru seharusnya kaunter tambahan perlu dibuka. Tambahkan pegawai bertugas untuk melicinkan segala urusan yang berkaitan supaya orang ramai tidak menunggu terlalu lama.




2. Kaunter nombor giliran sepatutnya memaklumkan orang ramai yang nombor adalah terhad supaya apabila sudah sampai kepada nombor giliran terakhir pihak pegawai yang bertugas memaklumkan orang ramai atau menutup pintu masuk supaya orang ramai tidak perlu berbaris panjang semata-mata untuk mendapatkan nombor giliran.



3. Dalam bahagian pertanyaan, sepatutnya pegawai bertugas dapat menerang dengan baik cara-cara

mengisi borang dengan betul, jangan sambil lewa saja menyebabkan orang ramai jadi ragu dan berulang-alik semula ke situ. Masa memanggil nama orang ramai untuk sebarang urusan, sepatutnya menggunakan pembesar suara, jangan berteriak sebab kadang-kadang oleh kerana terlalu bising menyebabkan suara orang memanggil kurang jelas.



4. Pihak jabatan imigresen boleh menambahkan lagi kakitangan baru untuk mengurus segala urusan memproses pasport dan sebagainya agar dapat dipercepatkan lagi sekiranya terlalu ramai orang datang pada masa-masa tertentu.



5. Pegawai yang diberikan amanah atau kuasa untuk menandatangani borang tertentu, seharusnya sentiasa ada atau wakilnya boleh diberi kuasa menandatangani borang tertentu supaya orang ramai yang berurusan dengan dokumen perjalanan dan sebagainya tidak perlu menunggu terlalu lama atau terpaksa datang semula semata-mata untuk mendapatkan dokumen tersebut.



Kita berharap masalah orang ramai yang sukar untuk mendapat pasport atau lain-lain urusan yang berkaitan dapat diselesaikan secara baik dan tepat pada masanya dan semoga cadangan yang tersebut diatas dapat diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak jabatan imigresen Miri.

Kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai dengan memperbaiki segala masalah orang ramai yang berurusan dengan jabatan imigresen Miri.



Jofri Jaraiee

PAS Miri, Sarawak



English version



Congestion problems and difficulties in obtaining passports at Immigration Department Miri



MIRI - Many people complain of problems to make a passport and also the problem of getting a new passport and other related matters due to people congestion that are always full almost every day at the Miri Immigration Department.



Although for passport processing takes about one hour but the problems faced by the people who had to queue up to get a queue number, which eventually disappointed when his turn number is up.



Similarly in the section to renew the visit pass, when the Visit Pass Application Form etc. cannot be signed by the officer on duty that is not available or out of the area had to wait another day to be processed.



Of course this will trouble the people who have to go back and forth to the office just to get the documents processed.



We want to give some suggestions to the immigration department Miri to receive this proposal with an open heart: -



1. While many people come reinventing Passport or make a new Passport, additional counters should have be opened. Add the duty officer to facilitate all matters related so that people not waiting too long.



2. The queue number counter should inform the people that numbers are limited so that when it came to the last queue number, the officer in charge should inform the people or close the gate so that the people do not have to queue up just to get a queue number.



3. In inquiry section, the duty officer should be able to explain very well the ways to fill in the form properly, do not just casually caused people be doubtful and commute back there again. Time to call the people name on any matter should be using the loud speakers, do not shout because sometimes there is just too noisy cause somebody calling less clear.



4. The immigration department can add new staff to manage all dealings with processing passport etc that can further accelerate if too many people come on certain times.



5. The officer that given trust or authority to sign such a form, should always be available or representative may be authorized to sign a certain forms so that people who deal with travel documents and so on, do not have to wait too long or had to come back just to get the document.



We hope that the people that are difficult to get a passport or other related business could be resolved amicably and in a timely manner and hopefully the above suggestions can be given due attention by the immigration department Miri.



Cooperation with the parties concerned greatly appreciated to give the best service to the people by improving the problems of the people who deal with the immigration department Miri.






Source: Sarawak Blog
Read more

.co.cc is now DEAD


Highly likely so.


It is truly a discouraging experience of using free domain services.


I started out using free domain for quite a long time to host some websites of mine beside standard TLD. I think it was since 2005 with .ath.cx, .co.nr, .co.TV, .TC, .tk and of course.co.cc, the socalled 'industry leader' of free domain provider.


Of all the above, only .tk and .co.nr remain in operation until now.


And taking into consideration of my own experience for over 7 years. I rather put my last bet on .tk than .co.nr as they actually are the registrar the country based domain name of Tokelau, the territory of New Zealand. .co.nr on the other hand is just the owner on co.nr, a domain name provided by a country based registrar of Netherland top level domain names.


But thats is all about free domain.


You are totally at their mercy. And often their online service is less than human. I mean when they gone they just vaporize into thin air without a slight courtesy of putting up a proper notice so their poor clients, albeit FREE clients, can do something about it in advance.


.co.cc gone just like that, leaving 11 million users in confusion.


Industry leader Blah!














Source: SaSa General FEED
Read more

So It Is Entirely Up To Ayamas To Sue Sarawak Veterinery Dept, Not?

Sarawak Veterinary Department had declared that the substance of choramphenicol being found on their main product. The verdict has been issued, and the letter is circulating in the internet lightning fast.






In just a week or so, the federal Ministry of Health, comes up with the a contradictory statement. No such substance to be found, the minister said.



Whoa...



I mean, imagine the huge damage it inflicted to the company's image.





Source: SaSa General FEED
Read more

Penang to hire Sarawak’s Sanmina-SCI staff


The Penang government is to send people to Kuching and other parts of Sarawak to hire those losing their jobs as a result of the closure of electronics manufacturer Sanmina-SCI at the Samajaya Industrial Free Zone in Kuching.


More than 800 of the Sanmina employees have had their services terminated in the last few days following the company’s intention to close down by the end of next month.


“I have contacted Penang Chief Minister Lim Guan Eng who told me that the state is short of manpower in the electronics industry and in the other fields as well.


“We are sorting out the details and an announcement on the recruitment drive will be made next week,” Sarawak DAP Secretary Chong Chieng Jen (left) said today


“The Penang government is ready to help the workers.


“They are coming very soon, so there is not much to worry for those who are prepared to work away from home, in Penang,” said Chong who is the MP for Bandar Kuching.


He also urged the Sarawak government to play its part so that those who did not wish to take up offers from Penang could be employed locally.


On the retrenchment of the 800 workers, Chong said the company should have notified the employees months before the closing down so that they could be prepared for this.


‘Details of closure kept secret’

“Apparently the details of the closure were kept secret and were only made known a few days before the retrenchments began.


“This is absolutely unreasonable and unacceptable,” he said.


“This should not be the practice of a foreign company based in Sarawak, leaving the local employees high and dry. This should be a lesson to the state government.


“When attracting direct investment to Sarawak, the government should not just concentrate on statistics that foreign investors provide. It should be mindful of the welfare of the local employees.


“In this case, it was not done because the government did not set conditions, such as giving the employees three months’ notice before Sanmina pulls out,” Chong said, and he called on the state to provide assistance to those who had lost their jobs.


The DAP leader also chided SUPP leaders who attributed the minimum wage of RM800 introduced by the federal government to be the cause for Sanmina shutting down.


“I think this is a very naïve and irresponsible statement,” he said, adding that the state government has been shouting about wanting to make Sarawak a high income state by 2020.


“The BN government has a target to make Sarawak a high income state by 2020, and yet we are not ready to accept a minimum wage of RM800.


That is why I say SUPP leaders who are saying that minimum wage is the cause for Sanmina closing down are irresponsible and ignorant,” Chong added.


Malaysiakini







Source: Sarawak Blog
Read more
 

kota kinabalu map

view of mount kinabalu

mount kinabalu

kota kinabalu sabah

kuching map

kuching city, sarawak

harbour view kuching

sunset at kuching