SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.

Sidang Media Retreat Pemuda BN Malaysia 2014

Read more

Pastikan Rakyat diutamakan....

Read more

Program Retreat Pemuda BN Malaysia 2014

Read more

Kalau Benar Indonesia Arah Karamkan Bot Nelayan! Malaysia Boleh karamkan Bot PATI!



Pihak berkuasa Indonesia menahan sebanyak 200 nelayan Malaysia yang didakwa menangkap ikan secara haram di perairan negara tersebut semalam.



Penahanan tersebut dibuat susulan amaran yang dikeluarkan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang meminta pihak berkuasa negara itu bertindak tegas ke atas mana-mana bot nelayan yang menangkap ikan secara haram.



“Tidak perlu menahan mereka, karamkan bot mereka. Karamkan 10 hingga 20 (bot). Itu akan membuatkan mereka berfikir. Bagaimanapun, harus beringat untuk selamatkan anak-anak kapal terlebih dahulu,” kata Jokowi di sini kelmarin.



Setiausaha Kabinet Republik Indonesia, Andi Widjajanto dalam wawancara dengan Reuters berkata, pihak berkuasa Indonesia perlu membanteras aktiviti tangkapan ikan secara haram demi untuk menyelamatkan negara itu yang mengalami kerugian sekitar AS$25 bilion setiap tahun.



“Presiden telah berkata bahawa sektor maritim Indonesia kini berada dalam keadaan darurat dan kita perlu mengambil satu pendekatan baru yang berani. Oleh sebab itu, Indonesia mengecam tindakan penangkapan ikan secara haram tersebut dan tindakan yang keras harus diambil.



“Kami berharap tindakan itu dapat memberikan mesej yang jelas kepada negara-negara jiran kami seperti Malaysia dan China bahawa tindakan tersebut bukan satu tindakan yang biasa bagi kami,” lapor Reuters.



Dalam wawancara itu juga, Andi memberitahu, sekurang-kurangnya 300 nelayan haram lagi akan ditahan dalam beberapa hari yang akan datang.



Sebagai usaha berterusan untuk membanteras tangkapan ikan secara haram itu juga, kerajaan Indonesia tegas Andi, merancang mengadakan protes secara diplomatik ke atas negara-negara yang terlibat yang dijangka membuat aduan ekoran penahanan rakyat mereka.



Kerajaan Indonesia juga bercadang melancarkan satu pasukan pengawal perairan yang baharu Disember ini yang bertujuan mencegah lanun, aktiviti tangkapan secara haram selain melindungi sempadan laut negara itu.



Sebelum ini, Menteri Perikanan dan Hal Ehwal Maritim Indonesia, Susi Pudjiastuti berkata, Indonesia juga akan menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) untuk menentang penangkapan ikan secara haram dengan enam duta dari negara jiran termasuk Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam, Australia, China pada bulan depan. – Utusan



“Keenam-enam duta itu telah berjanji akan membantu menentang penangkapan ikan secara haram,” kata Susi. - UTUSAN



Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohammed Hashim berkata, pihaknya akan memantau perkembangan kes itu dan sedang berhubung dengan Kementerian Luar Indonesia untuk mendapatkan pengesahan mengenai dakwaan itu.



“Sehingga kini Kedutaan Besar Malaysia sedang menunggu maklum balas daripada Kementerian Luar Indonesia mengenai dakwaan tangkapan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.



Zahrain berkata, seandainya terbukti 200 nelayan yang ditahan itu merupakan warganegara Malaysia, pihaknya akan menawarkan bantuan dan khidmat nasihat yang sewajarnya.-UTUSAN





From: SaSa General FEED
Read more

KONDO INI DIBINA UNTUK HADAPI HARI KIAMAT

Kondo Yang Di Bina Untuk Menghadapi Hari Khiamat Yang Bakal Menjelma ,DiBina Terus Ke Bawah Tanah !!!




Kiamat, dalam keadaan yang sangat huru-hara, ramai pastinya akan lari bertempiaran mencari tempat perlindungan yang selamat dan selesa untuk orang yang tersayang serta diri sendiri. Namun, ianya tidak semudah yang di sangka...



Namun, bagi orang-orang kaya mereka pastinya percaya bahawa mereka mempunyai kuasa untuk menyembunyikan diri serta selamatkan diri dari terkena bencana ini...



Mereka akan membelanjakan berapa banyak sekalipun harta mereka semata-mata untuk keselamatan yang terjamin...



Developer, Larry Hall telah membina 2 buah kondo berbentuk silo roket lama yang di bina ke bawah tanah. Kedalaman setiap kondo ini sedalam 174 kaki serta mempunyai keluasan seluruh sebanyak 54,000 kaki persegi. Ianya di reka untuk memuatkan seramai 70 orang untuk kehidupan tambahan selama 5 tahun lagi...



Sebuah unit di jual dengan RM4,500,000 sehingga RM9,000,000 dan ianya sangat laris di pasaran. Pembeli termasuklah mereka mereka dari golongan atasan seperti doktor, saintis kata developer...



Bila anda lihat apa yang ada dalam kondo ini, tak mudah untuk faham kenapa orang-orang atasan ini sanggup membelanjakan wang mereka untuk kondo yang boleh 'selamat'kan mereka ini...



Apa pendapat anda tentang kondo ini? Share pandangan anda di ruangan komen, jangan lupa untuk kongsikan pada kawan...!!!














Lakaran designer bentuk sebenar kondo tersebut














Lakaran pelan untuk setiap unit














Kemudahan yang di sediakan, hanya untuk residen














Sekuriti yang di kawal oleh askar



















Bekalan menjana elektrik














Ruang belajar anak-anak



















Gambar bahagian atas kondo








































SUMBER : nakbebel.com





From: SaSa General FEED
Read more

Defisit RM60 Juta Angkara Kerajaan Pakatan Bukan Masalah Besar - @MukhrizMahathir




Kerajaan Kedah tidak melihat defisit kira-kira RM60 juta dalam Bajet Negeri 2015 yang dibentangkan pada Isnin lepas sebagai masalah kepada kerajaan negeri.



Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata defisit itu adalah yang terbesar dalam sejarah kewangan negeri Kedah tetapi ia dirangka sedemikian untuk memastikan wang negeri dibelanjakan untuk rakyat seperti pendidikan, kebajikan dan keusahawanan.



Katanya, Bajet 2015 adalah bersifat jangka panjang dan kerajaan negeri tidak melihatnya sebagai perancangan untuk tempoh setahun.



"Itu pendekatan yang kita ambil. Selalunya kita lihat bajet untuk tahunan, hanya untuk setahun, tidak banyak untuk 10, 20 tahun akan datang. Ini semua untuk masa depan yang lebih cerah.



"Langkah ini untuk menyelesaikan masalah yang biasa timbul kerana rancangan untuk jangka pendek. Kita perlu rancangan jangka panjang. Banyak masalah boleh diatasi jika perancangan bersifat jangka panjang," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Peruntukan Tahun 2015 dan Ucapan Bajet Negeri Kedah 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.



Mukhriz juga berkata, defisit dalam bajet itu lebih mudah dikurangkan jika kerajaan negeri tidak dibebani dengan hutang RM45 juta setahun untuk membayar pinjaman bank bagi pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.



Katanya, kerajaan negeri menumpukan kepada pertumbuhan ekonomi supaya ia dapat dibahagi secara adil kepada rakyat kerana agihan tidak boleh berlaku tanpa pertumbuhan.



"Pada peringkat ini, fokus kepada pertumbuhan. Jika tidak, tidak dapat meringankan beban rakyat miskin, berpendapatan rendah. Cabaran sekarang ialah bagaimana untuk menjana pertumbuhan," katanya.



Beliau juga berkata, Kedah berhadapan dengan cabaran besar dalam pertumbuhan ekonomi berikutan sejak dulu ia digelar Negeri Jelapang Padi yang menumpukan kepada sektor pertanian.



"Jika bergantung kepada pertumbuhan dalam bentuk organik dan anggapan ekonomi tumbuh secara organik, walaupun KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara 5.6 peratus, jika Kedah juga 5.6 peratus, sampai bila-bila pun kita ketinggalan berbanding negeri lain.



"(Kita) tidak boleh menjalankan perniagaan seperti biasa. Perlu melonjak dengan mengejar negeri lain...kita lihat kepada projek pemangkin jika Kedah berhasrat menjadi negeri maju dan perlu tumbuh lebih pesat daripada negeri lain," katanya.



Katanya, sudah ada pihak swasta yang berminat untuk terlibat secara langsung dalam enam projek utama yang diumumkan dalam Bajet 2015 untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 walaupun baru pada peringkat perancangan.



"Ini bukti keyakinan terhadap kebolehlaksanaan projek ini. Perlu bersikap positif. Jangan anggap semuanya angan-angan Mat Jenin. Kejayaan projek ini membawa kebaikan kepada semua," katanya.



Dalam soal perumahan, Mukhriz berkata kenaikan harga rumah sudah sampai ke tahap tidak mampu dibeli oleh rakyat dan pemantauan perlu dilakukan supaya ia tidak mencapai tahap harga yang tidak munasabah. - BERNAMA





From: SaSa General FEED
Read more

GOBIND SINGH : PAS PARTI AUTOKRATIK HANYA DIKUASAI SATU ORANG SAHAJA

DAP bongok

PAS ditadbir seorang lelaki bernama Abdul Hadi Awang dan mengatasi sesiapa sahaja dalam parti itu kata Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo.

Gobind berkata kerana dikuasai oleh seorang individu menyebabkan PAS sering tidak sehaluan dengan DAP dan PKR dalam beberapa isu.

Katanya, rakyat berharap agar pemimpin Pakatan Rakyat akan bersatu hati untuk membina parti alternatif kepada Barisan Nasional (BN).

“(Rakyat) berharap bahawa pemimpin dalam Pakatan akan bersatu hati dan fikiran bersama-sama demi membina parti alternatif yang boleh memimpin negara ini menggantikan BN.

“Kami bukan menjatuhkan Hadi secara peribadi, tetapi daripada apa yang kami perhatikan sebelum ini, jelas PAS ditadbir oleh seorang lelaki, namanya Hadi.

“Beliau sahaja boleh mengatasi sesiapa saja dalam parti itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas kenyataan Presiden PAS itu bahawa terpulang kepada dirinya untuk hadir ke mesyuarat atau tidak, Gobind berkata ia memberi gambaran sikap “tidak hormat” kepada rakan dalam Pakatan Rakyat.

Gobind turut menyanggah kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung isu ketidakhadiran Abdul Hadi dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Puchong itu berkata DAP hanya menggesa Abdul Hadi hadir dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat demi kebaikan gabungan parti pembangkang itu.

“Beliau (Mohd Amar) nampaknya tidak faham perkara mudah. Jika tidak ada pertemuan yang bermakna, kewujudan Pakatan Rakyat hanya sekadar khayalan. Ini bukan isu kecil. Ini isu yang cukup serius. Ia melibatkan (kerjasama) dalam Pakatan.

“Kami dalam DAP telah beberapa kali mengulangi bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mahu berfungsi untuk berjaya, mesti mempunyai usaha serius dari semua parti komponen yang terlibat.

“Jadi tidak salah meminta beliau (Hadi) hadir dalam mesyuarat, jika keputusan yang hendak diputuskan demi masa depan Pakatan Rakyat,” katanya

Semalam Mohd Amar dilapor mengingatkan DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman PAS dan mengalu-alukan parti itu meninggalkan Pakatan jika tidak senang dengan parti Islam itu.

Timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan itu juga berkata DAP tidak perlu mencari jalan menggunakan “isu kecil” untuk menyingkirkan PAS dari gabungan parti pembangkang itu (AA)



From: SaSa General FEED
Read more

JMM Bongkar Tony Pua Sembunyikan Pelaburan 227 Buah Syarikat Malaysia Di Pulau Cayman


Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa, kajian pihaknya mendapati jumlah syarikat tempatan yang pemegang sahamnya mempunyai alamat di Pulau Cayman adalah kira-kira 227 buah syarikat.



Sehubungan itu, Presidennya, Azwanddin Hamzah mempersoalkan apakah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua akan turut menghentam semua syarikat tempatan itu seperti yang dilakukan ke atas 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).



Berikut adalah kenyataan penuh Azwanddin:



- Hasil daripada kajian dan juga pengumpulan data syarikat-syarikat oleh JMM dan juga sepertimana didedahkan oleh pihak media, kita mendapati bahawa lebih kurang 227 buah syarikat yang wujud beroperasi di Malaysia tetapi dimiliki oleh syarikat yang berdaftar di Pulau Cayman.



- Antara 227 syarikat ini terdapat nama-nama seperti HSBC (Malaysia), AirAsia Bhd. Trustee Bhd, Malakoff Aldjazair Desal Sdn. Bhd., Ranhill Energy and Resources Bhd, F.O.S Apparel Group Sdn. Bhd. dan PNB NJI Holdings Sdn. Bhd. dan lain-lain.



- Pihak JMM mahu bertanya kepada Tony Pua apakah tindakan beliau terhadap 227 syarikat yang mempunyai syarikat induk yang berdaftar di Pulau Cayman dan adakah sama juga agenda beliau untuk menjatuhkan 1MDB dan apakah bukti berkaitan pelaburan di sana gagal atau lesap.



- Jika benar Tony Pua bersikap jujur, beliau juga harus menjelaskan tindakan 205 syarikat Malaysia yang melabur di sana dan bukan sekadar hentaman kepada satu syarikat sahaja. Apakah agenda beliau seolah-olah cuba untuk menjatuhkan ekonomi negara untuk bersaing di peringkat dunia.



- Ini menunjukkan agenda yang tersirat untuk Tony Pua bagi syarikat Malaysia yang melabur di sana. Kebanyakan syarikat yang melabur di sana disebabkan tidak dikenakan sebarang cukai di sana dan juga syarikat Malaysia ini menjalankan perniagaan di seluruh negara. UtusanMalaysia













From: SaSa General FEED
Read more

Kurang ajar...rami-rami kita report FB tok...

Read more

Tanpa Disedari Yana Samsudin Tayang Sesuatu

yana1

Tanpa disedari Yana Samsudin tertayang sesuatu yang tidak sepatutnya dalam babak Adnan Sempit 3. Mungkin betul dan mungkin juga edit, terpulangla kepada anda untuk menentukannya.

Sipnosis Ringkas Adnan Sempit 3:

Adnan Sempit 3 mengisahkan kehidupan Adnan (Shaheizy Sam) yang telah berkhawin dengan Nadia (Intan Ladyana) dan Wawa (Yana Samsudin) yang telah berkhawin dengan Bobby (Along Champ).

Kalau tengok cerita Adnan Sempit yang sebelum ini, hidup Adnan macam sesak sedikit, tapi dalam Adnan Sempit 3 ini dia sudah jadi kaya sebeb bapa mertuanya beri tanggungjawab untuk urusan syarikat. Kehidupan 4 sahabat ini menjadi lebih

bahagiah selepas Wawa dan Nadia disahkan hamil.

yana2





From: SaSa General FEED
Read more

MP BENGKAK ASTRO BANYAK TAYANG IKLAN!!!

astro

Wah!!! Bukan main marah lagi Ahli Parlimen ni bila tengok TV banyak sangat iklan. Baru hari ni ke dia sedar mengenai perkara tersebut sedangkan ianya dah berlanjutan sejak sekian lamanya?



Ahli Parlimen BN-Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin semalam mendakwa saluran televisyen berbayar, Astro telah menipu kerajaan dan rakyat dengan menyiarkan iklan.



Sehubungan itu beliau turut menggesa agar pihak Kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap stesen televisyen berbayar itu.

“Berdasarkan perjanjian, Astro tidak boleh menyiarkan iklan sebab ianya TV berbayar. (Ini) kalah TV3 (banyak iklan), kita tak nampak mereka dibawa ke mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat.

Memetik laporan BNBBC, Bung berkata, Astro mengutip iklan berbillion ringgit tetapi rakyat dan kerajaan ditipu dan menggesa, “Tutup sahaja Astro ini sebab tidak menguntungkan (rakyat dan kerajaan).”



Terdahulu, beliau mengecam tindakan syarikat tersebut menaikkan bayaran RM5 baru-baru ini namun mutu perkhidmatan masih tidak baik selain mengulang siar program sama dan lama.



Kecaman Bung Moktar terhadap Astro turut mengundang usikan daripada Timbalan Speaker Ismail Mohamad Said yang mengusik: “Kinabatangan (Bung Moktar) tak bimbang kalau ada pelakon yang tak dibenarkan masuk Astro.”



Usikan itu merujuk kepada isteri Bung Moktar, Zizie Ezette yang juga merupakan pelakon dan terdapat juga dramanya turut disiarkan melalui stesyen tersebut.



Usikan Ismail itu menyebabkan ahli-ahli parlimen turut gelak tetapi turut dijawab sambil gelak oleh Bung Moktar, katanya “rezeki ada di mana-mana”



Sementara itu, ketika menjawab persoalan berkaitan Astro, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, iklan yang disiarkan hanya 10 minit untuk setiap sejam dan iklan merupakan satu yang universal bagi stesyen televisyen berbayar.



From: SaSa General FEED
Read more

RM5 million seizure as Sarawak steps up war on illegal logging

DESMOND DAVIDSON As Sarawak shifts up a gear in its war on illegal logging, the state’s forestry authorities today announced one of its largest seizures of 22,306 illegally felled logs worth about RM5.5 million in Bintulu. At the same time, the state government is also considering imposing heavier penalties for illegal logging and smuggling of […]



From: SaSa General FEED
Read more

Video Sultan Pahang murka Arah hentikan penerokaan tanah haram di Cameron Highlands


Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa dukacita terhadap aktiviti penerokaan tanah secara haram untuk tujuan pertanian di daerah ini.



Baginda yang menyifatkan kegiatan itu sebagai penyakit yang melarat telah menitahkan supaya segala aktiviti penerokaan haram berkenaan dihentikan segera.



"Perkara ini telah lama berlaku, sejak zaman British lagi. Sudah tiba masanya kegiatan haram ini dihentikan serta-merta.



"Dalam hal ini, beta berharap Kerajaan Pusat akan membantu kerajaan negeri mengatasi masalah ini kerana mereka mempunyai kelengkapan secukupnya," titah baginda yang melakukan lawatan ke tanah tinggi itu hari ini. - UTUSAN ONLINE









From: SaSa General FEED
Read more

SEMUT Lapor Polis Terhadap the malaysian insider Melaga-lagakan Islam dan Kristian


Laporan Polis oleh SEMUT Malaysia keatas Portal The Malaysian Insider dibuat berikutan satu artikel yang disiarkan pada 15hb November 2014 bertajuk



"Christian student made to wear headscarf, join Muslim prayers at Negri school, say sources" The Malaysian Insider



Tujuan laporan Polis ini dibuat adalah berikutan isi kandungan artikel tersebut mencurigakan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ia jelas sekali ditulis dengan niat jahat dan berbaur hasutan.



Artikel tersebut boleh mencetuskan ketegangan agama dan melaga-lagakan kedua- dua penganut agama Islam dan Kristian di negara ini.



Artikel itu hanya memaklumkan bahawa "The Source" memberi maklumat berkenaan insiden tersebut dan artikel itu ditulis berdasarkan maklumat "The Source". Sejauh mana kredibiliti "The Source" itu boleh dipercayai.



Apakah "The Source" benar-benar wujud atau ia sekadar satu rekaan untuk memfitnah dan melemparkan tomahan.



Sehubungan itu, SEMUT Malaysia memohon agar pihak polis melakukan siasatan ke atas artikel tersebut dan juga mahu Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan sewajarnya.





From: SaSa General FEED
Read more

Di DUN Sarawak

Read more

Batang Lupar deka dikemansang nyadi Hab Pemansut Pemakai


MELUDAM: Batang Lupar manah endar dikemansang nyadi Hab Pemansut Pemakai Sarawak, pia ku Kaban Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.


Ku Rohani, nya dikena meri peluang ngagai peranak di menua nya ngambika ulih nyungkak tikas pengidup nengah chara bedagang seraya muka pengawa puang ngagai peranak ditu.


“Tu stipak enggau juluk ati YAB Kepala Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem ti deka ngemansangka peranak menua pesisir sereta mantu sida nyungkak tikas pengidup rayat,” ku iya lebuh ke dikerandau pengudah bejadika Program Jom Berambeh di Genturung Pendiau Meludam ditu kemari.


Iya ke mega Menteri Pemansang Orang Indu,Ruang Bilik enggau Mensia Mayuh Malaysia madah,kenyau iya nyadi pengari rayat sitak Batang Lupar ari taun 2004, iya endang ngembuan juluk deka meda sitak Batang Lupar nyadi hab Pemansut Pemakai ungkup menua Malaysia ke lebih agi Sarawak.


“Nya meh juluk ati aku lalu nengah awak nya, aku kala berandau enggau ejensi betanam betupi ke bekaul ke alai maya nya endang udah nemu Batang Lupar ulih dikemansang nyapai juluk nya,” ku iya.


Ku iya baru, tebal agi orang ke diau di Sarawak tu orang berikan, betanam enggau betupi, nya alai kami ngarapka juluk nya ulih dipejalai ba sitak Batang Lupar ngambika ulih ngeluarka sebarang bansa utai tanam.


“Nengah pemisi perengkaguna baka jalai alun, feri enggau utai bukai, hab pemansut pemakai ditu ulih kitai bagi nitihka zon laban palan bumai bedandang besai ba kandang menua Stumbin-Lingga mega nyadi palan bumai bedandang besai keterubah di Sarawak kelimpah ari di Semenanjung.


“Nya alai, kitai ngelaluka penatai orang ti beranakka puku ke deka beranakka puku ba Batang Lupar tu ari segi pemansut pemakai,” ku iya baru.


Bela bisi ngulu program nya, SAO Opis Pelilih Mit Maludam, Noraini Aden.







From: SaSa General FEED
Read more

Yes Adenan, time to rope in the timber robbers

Francis Paul Siah The elderly man currently bedridden at the Normah Medical Specialist Centre in Kuching – Sarawak’s most powerful politician in the 70’s – was the one who played a major role in bolstering, allegedly haphazardly at times, the timber industry in the state. Tun Abdul Rahman Yakub, who was Sarawak’s chief minister from […]



From: SaSa General FEED
Read more

Video Penjelasan Kenapa Kejadian Gelap Di Mekah Pada Tengah Hari 2014


Baru-baru ini beberapa gambar dan juga video yang memaparkan kejadian langit merah dan juga ribut di mekah telah tersebar di laman sosial dan juga aplikasi Whatsapp.



Menurut dari gambar tersebut, kejadian langit merah itu sesuatu yang aneh yang berlaku di Jeddah dan Mekah tetapi ia sebenarnya adalah kejadian ribut debu atau dust storm, satu kejadian yang biasa berlaku di Mekah. Untuk pengetahuan semua, selain dari ribut debu, Mekah dilanda hujan yang lebat beberapa hari lepas sehingga banjir di beberapa tempat. Kejadian langit merah pula adalah kerana cahaya matahari dilindungi oleh debu yang terbang di udara menyebabkan keadaan sekitar menjadi merah.



Penularan mesej dan video ini telah menimbulkan perasaan takut sesetengah orang Islam di Malaysia sehingga ada yang mengatakan Kiamat hampir tiba. Memanglah Kiamat semakin hari semakin dekat dengan kita, takkanlah pula semakin jauh. Tetapi perlu diingat penyebaran perkara-perkara seperti ini bertujuan untuk menakut-nakutkan adalah salah. - Siakapkeli.com.my





From: SaSa General FEED
Read more

Video Fahmi Zainol Dibelasah Bapa Pelajar USM









Adus terduduk Fahmi Zainol dibelasah bapa seorang pelajar USM. Kawan-kawannya nak masuk campurpun kena sekali. Hah baru kenal langit tinggi ke rendah!!








From: SaSa General FEED
Read more

Kebal sungguh mereka ini?

Read more