
Mengusir Keluar 2 Juta Pekerja PATI Dari Malaysia Tidak Akan Merubahkan Kesangsian Rakyat Sabah?
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pehak KDN mempergiat penguatkuasaan bagi mengesan pendatang asing tanpa izin
tersebut dan menghantar mereka ketempat asal mereka.
Saperti biasa, kerja-kerja mengusir ini dikatakan dilaksanakan secara bersepadu menerusi kerjasama Jabatan Imigresen, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan beberapa agensi lain.
Dalampada itu, selepas berjaya mengusir PATI tersebut, kira-kira 1.5 juta Pendatang Asing Dengan Izin (PADI) dari Bangladesh akan dibawa masuk untuk mengganti kekosongan dalam pasaran kerja di negara yang diisi oleh PATI secara haram sebelum ini.
Bagaimanapun ada dikalangan rakyat Sabah khas nya mereka yang terdiri dari aktivis Sabah for Sabah, pasti nya tidak akan puas hati, kerana kumpulan ini lebih fokus kepada tindakan mengusir PATI yang diberi kerayataan melalui Projek IC.
Bagi mereka, kehadiran penduduk dari Projek IC ini boleh mengubah polar politik yang tidak memehak kepada inspirasi rakyat Sabah.
Oleh itu, tindakan PM dan Ahmad Hamidi yang dikatakan murni ini tidak akan merubah kesangsian kumpulan tersebut terhadap kerajaan pemerentah, selagi isu projek IC ini belum diselesaikan dengan sepenuhnya.
- Pada realiti nya, bukan semudah itu untuk mengenal pasti siapa dan siapa dikalangan pemegang projek IC ini. Kerana mereka ini diserapkan kepada etnik bumiputera yang sememang nya telah ujud di negeri ini sejak berkurun lama nya. Sebagai contoh orang bugis dan suluk tempatan ada lah rakyat bumiputera yang terdaftar sejak sekian lama di Sabah.
- Selain dari itu, mereka ini telah pun melalui proses tiga generasi dan kebanyakan daripada mereka telah pun menyerap masuk dalam sistem politik dan pentadbiran negara ini.
- Dalam hal yang begini komplek, agak nya Pertubuhan Bangsa-Bangsa BerSatu pun tidak dapat membantu kerana bagi mereka negeri Sabah masih lagi dikategorikan sebagai negeri yang kekurangan penduduk.
Mengikuti perkembangan terbaru, SPRM menahan 31 termasuk 3 Datuk ditahan SPRM kerana didapati memiliki dokumen palsu Sijil Anak Negeri Sabah, kira-kira 300 geran tanah dan akaun simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Sumber: Agensi
From: SaSa General FEED
0 comments:
Post a Comment