SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.

INAP DESA ASLAM, TUARAN

Cuti-cuti sempena Hari Malaysia tempohari diteruskan dengan kami sekeluarga tidur bermalam di Inap Desa Aslam di Kg Shabandar Tuaran. ‘Inap Desa’ adalah nama lain bagi ‘homestay’ di dalam bahasa Melayu. Ia milik dan usaha sama sahabat kami Tuan Haji Abu Aslam dan beberapa sahabat lain yang berkongsi saham. Tanah seluas 3-4 ekar ini sebelum beliau [...]



Source: Sabah Blog
Read more

USD15 Billion! – Taib Is The Richest Man In Malaysia

Thief Minister! Taib’s abuse of his position in Sarawak over more than three decades has led to him becoming Malaysia’s richest individual, says BMF. He is the man who cashed-in an entire jungle...



[[ This is a content summary only. Visit my website for full links, other content, and more! ]]





via SaSaSuperBlog http://feedproxy.google.com/~r/TheBrokenShield/~3/pI31aHZewBE/usd15-billion-taib-is-richest-man-in.html
Read more

RAYA @ RUMAH ANAK YATIM AS-SAKINAH

9 September, kami sekeluarga hanya keluar berhari raya di Rumah Anak Yatim as-Sakinah di Taman Pantai Lok Kawi, Kinarut. Ini catatan ketiga tentang RAY as-Sakinah di blog ini. Alhamdulillah, menurut beberapa orang kuat pengusaha dan penyantun anak yatim di sini, sambutan kehadiran tetamu yang datang bersilih ganti melonjak lebih dua kali ganda. Sehingga kami datang, [...]



via SaSaSuperBlog http://abunuha.wordpress.com/2012/09/10/raya-rumah-anak-yatim-as-sakinah/
Read more

SABAH: BANTAHAN TERHADAP FILEM MENGHINA RASULULLAH S.A.W DI KOTA KINABALU DAN TAWAU



BANTAHAN DAN KECAMAN OLEH UMAT ISLAM DIADAKAN DI 2 LOKASI SELEPAS JUMAAT SEBENTAR TADI.








UMAT ISLAM BERSATU MEMBANTAH KEBIADAPAN PAPARAN FILEM PENDEK YANG MENGHINA RASULULLAH S.A.W.






via SaSaSuperBlog http://sahabatblogsabah.blogspot.com/2012/09/sabah-bantahan-terhadap-filem-menghina.html
Read more

Prince William and Kate to arrive in Sabah on Friday

KOTA KINABALU: All eyes are now focused on tomorrow’s historical visit by British royal couple, the Duke and [...]



via SaSaSuperBlog http://www.mysarawak.org/2012/09/13/prince-william-and-kate-to-arrive-in-sabah-on-friday.html
Read more

Isu Tarian Sumazau: Pakatan Tiada Kaitan Dengan Blog 'Suara Pakatan Rakyat’



Pakatan Rakyat (PR) hari ini menafikan blog http://suarapakatanrakyat.com/ milik gabungan PKR, PAS dan DAP itu dalam sebuah kenyataan yang dikirim kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

Dalam sebuah kenyataan — yang ditandatangani oleh ketua penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, setiausaha publisiti DAP Tony Pua dan pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

PR mendakwa mereka tiada kaitan apa pun dengan pengendali blog tersebut, dan kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam laman tersebut tidak melambangkan dasar atau kedudukan politik parti-parti komponen PR.


  • "PR mengesyorkan agar pengendali laman web tersebut memikirkan semula rencana bertajuk 'Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak'.

  • "Tulisan tersebut menyentuh soal tarian sumazau di Sabah, ahrus ditulis semaula agar lebih sensitif terhadap pandangan, fahaman, dan cara hidup warga Sabah terutamanya yang berketurunan Kadazandusun," kata kenyataan tersebut.

  • Beberapa hari lalu, warga internet heboh apabila blog http://suarapakatanrakyat.com/ mengeluarkan rencana bertajuk 'Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak'.


Semalam, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menafikan bahawa partinya mempunyai kaitan dengan blog tersebut sambil menambah ini adalah percubaan perang saraf menentang PR.

"Laman tersebut berusaha keras untuk dilihat sebagai suara PR, akan tetapi, ia bukan. Saya ulang, ia bukan suara PR, kata beliau dalam sebuah kenyataan semalam.

Sumber: The Malaysian Insider






via SaSaSuperBlog http://ajinbgagah.blogspot.com/2012/09/isu-tarian-sumazau-pakatan-tiada-kaitan.html
Read more

Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak?


Agak mengheranlan bilamana membaca artikel seorang penulis laman Suara Pakatan Rakyat yang tergamak melabelkan tarian sumazau sebagai tarian untuk golongan rendah akhlak.

Menurut penulis tersebut banyak orang keliru dan salah faham mengenai tarian Sumazau yang popular di Sabah sehingga di gelar tarian rakyat.

“Ia bukanlah tarian rakyat seperti mana yang kebanyakkan dari kita semua faham, tapi ia berasal dari tarian masyarakat Kadazandusun untuk menyeru semangat padi yang dipanggil Bambaazon. Atau dalam erti kata lain, ia adalah tarian pemujaan,” katanya.

  • Penulis rasa tindakan Najib ‘mencemar duli’ dengan menari tarian Sumazau yang ketinggalan zaman ini ada kaitan dengan cubaan meniru pendekatan sama yang pernah dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, terutama dalam cuba menarik sokongan kaum India.

  • Tapi sasaran Najib itu salah (rentak pun salah – sumbang), masyarakat India adalah kaum ketiga terbesar di negara ini, dibandingkan dengan masyarakat Kadazandusun yang cuba ‘dibodek’ Najib melalui tarian Sumazaunya itu; Berapa percent sangat mereka tu di Sabah? Soal penulis.


Penulis akui, tak berapa faham tentang tarian, cantik ke tak cantik, sumbang ke tak sumbang. Tapi penulis tahu jenis dan gaya tarian jenis itu tidak berapa berkenan di mata beliau - nampak bodoh saja mengepak-ngepak macam burung.

Penulis yakin, bukan penulis seorang, majoriti rakyat Malaysia pun sama seperti penulis, tidak berapa nak berminat dengan tarian yang berasal dari upacara memuja semangat padi ini.

“Soal rakyat Sabah sukakannya, itu masalah mereka, kita di Semenanjung yang jauh lebih moden dan bertamadun tak perlu mengikut mengepak-ngepak seperti itu” katanya.

Persoalan nya, sama ada artikel ini menyentuh hati rakyat Sabah, disamping menurunkan pengaruh Anwar Ibrahim di sini dalam missi beliau menambat hati rakyat untuk mengudi PR pada PRU13 nanti , pastinya kita akan ketahui tidak berapa lagi.

Sumber: Suara Pakatan Rakyat







via SaSaSuperBlog http://ajinbgagah.blogspot.com/2012/09/tarian-sumazau-untuk-golongan-rendah.html
Read more

Lagu 'Anak Kampung' Tarik Minat PM Dan Isteri


Lagu 'Anak Kampung' yang dicipta olih Jimmy Palikat , bukan sahaja menghibur masyarakat dari Sabah dan anak2 muda disemenanjung Malaysia mala ia nya turut diminati oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datik Seri Rosmah Mansor. Sehinggakan mereka menari dan menyanyi di majlis Aidilfitri beliau baru-baru ini.

Dalam klip Video berikut, memaparkan seorang penyanyi baru, Iqwal Hafiz menyanyi lagu "Anak Kampung" dengan diiringi tarian oleh Najib, isteri dan rakan-rakannya.

Sumber: HarakahDaily












via SaSaSuperBlog http://ajinbgagah.blogspot.com/2012/09/lagu-anak-kampung-tarik-minat-pm-dan.html
Read more

PMBSS Menjana Kekayaan Budaya, Sosial Masyarakat Bajau-Sama di Bumi Sabah



Tengah hari tadi, saya sempat bertemu dan berborak dengan YB Datuk Hajiji bin Hj. Mohd. Noor, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dimajlis rumah terbuka Hari Raya dirumah kediaman sahabat saya, Awang Shamsi Hj Jami, mantan Pegawai Daerah Tuaran; bertempat di Desa Seri Taman, Tuaran.

Antara lain, Hajiji menerangkan perihal satu lagi persatuan Bajau-Sama yang baru. Ia itu, Persatuan Masyarakat Bajau Sama Sabah (PMBSS), dimana beliau selaku presiden penaja.


  • Menurut beliau, objektif utama persatuan tersebut ada lah untuk menyatu padukan suku kaum Bajau-Sama diseluruh negeri Sabah dari aspek kebudayan, sosial dan ekonomi. Namun persatuan tersebut tidak akan terlibat dalam sebarang aktiviti politik, kata beliau.

  • Katanya, persatuan ini di ilhamkan sejak empat bulan yang lalu melalui perbincanagan dikalangan beberapa orang intilek Bajau di seluruh Sabah.

  • Difahamkan bahawa sebagai langkah permulaan 15 buah cawangan di seluruh Sabah akan dirasmikan tidak berapa lama lagi.

  • Ditanya sama ada peranan persatuan ini akan bertindih dengan persatuan-persatuan bajau yang lain; yangmana telah ujud lebih awal lagi sebelum ini, saperti Persatuan Sama Sabah(PSS) dan Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO).

  • Kata Hajiji, isu ini tidak akan timbul, mala ia nya akan berganding bahu dengan persatuan-persatuan tersebut dalam memperkayakan serta memertabatkan lagi kebudayaan dan sosial suku kaum Bajau-Sama dinegeri ini, selaras dengan kewibawan suku-kaum etknik yang lain.


Dalam pada itu, beliau menekan bahawa USBO ada lah satu organisasi yang dianggotai oleh beberapa rumpun etknik peribumi Sabah saperti Bajau, Iranun, Suluk dan lain-lain. Disamping ia nya 'affiliated' dengan komponen parti BN.

Manakala PSS lebih fokus kepada suku kaum bajau atau pun sama yang bermastautin di sebelah pantai barat saperti Kudat, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan Papar.


Dalam kontek yang sama, ahli PMBSS merangkumi semua etknik Bajau-Sama diseluruh pelusuk negeri Sabah, termasuk suku kaum bajau di sebelah pantai timur Sabah, katanya.

Sumber: Penulis Solymone






via SaSaSuperBlog http://ajinbgagah.blogspot.com/2012/09/pmbss-menjana-kekayaan-budaya-sosial.html
Read more

PAS Pertikai Pijak Gambar Lebih Bahaya Dari Serang Pemimpin?



Pemuda PAS mempertikaikan sikap pihak tertentu yang menganggap tindakan memijak gambar pemimpin lebih bahaya berbanding dengan tindakan menyerang pemimpin parti pembangkang.

Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Dr Raja Ahmad Al Hiss dalam kenyataannya membidas kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh yang menafikan pasukan keselamatan pilih kasih dengan bertindak terhadap pelajar yang memijak gambar Perdana Menteri tetapi membiarkan insiden sama terhadap pemimpin pembangkang.


  • DPPM sebaliknya tetap menganggap pihak polis sebenarnya mengamalkan 'double' standard dalam memastikan keselamatan negara.

  • Katanya, insiden memijak gambar sebenarnya bukan hanya berlaku ke atas PM, malah pemimpin pembangkang juga dilakukan sebelum ini.

  • "Malah ada gambar YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dikencing suatu ketika dahulu. Apa tindakan polis ketika kejadian tersebut?" soal Raja Ahmad (gambar).

  • Beliau juga bertanya, jika pihak polis hanya bertindak setelah mendapat laporan orang ramai, bagaimana pula dengan siri laporan polis yang dibuat oleh Pakatan Rakyat terhadap penyelewengan, penipuan, rasuah, kezaliman, serta kenyataan-kenyataan yang berunsur menghasut, memfitnah, mengugut, biadap dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh pemimpin BN?

  • "Apakah pihak polis telah bertindak dengan cepat dan agresif sebagaimana mereka bertindak ke atas laporan insiden memijak gambar PM?" soalnya.


DPPM juga mempersoalkan, jika insiden pijak gambar PM dijadikan suatu kesalahan serius, bagaimana pula dengan insiden menyerang pemimpin Pakatan Rakyat di sebuah masjid di Alor Setar beberapa hari lalu?

"Apakah menyerang individu dengan niat untuk mencederakan dalam insititusi mulia seperti masjid tidak dianggap serius?" soalnya.


  • DPPM, kata beliau, mahu rakyat menjadi saksi dengan melihat sejauh mana telus dan tidak pilih kasihnya pihak polis dalam menjalankan siasatan terhadap kesemua insiden tersebut.

  • Pihak media pula, tambah beliau, dijadikan sandaran sejauh mana liputan adil yang diberikan terhadap insiden menghina pemimpin PR sama seperti memijak gambar PM.



Sumber: Harakahdaily






via SaSaSuperBlog http://ajinbgagah.blogspot.com/2012/09/pas-pertikai-pijak-gambar-lebih-bahaya.html
Read more

Orang Sabah Style ‘Oppa Gangnam’ parody puts Sabah in the limelight

6th September, 2012


KOTA KINABALU: The Orang Sabah Style ‘Oppa Gangnam’ parody fever has taken YouTube by storm, hitting some 1.4 million viewers yesterday in just two weeks.


The latest craze has also attracted the attention of Youth and Sports Minister, Datuk Peter Pang, who specially flew in from Sandakan to catch up with the group members during a courtesy call at his Ministry’s office here on Tuesday.



During the meeting, Peter encouraged the band to promote Sabah through their songs and offered the Ministry’s help if the group needed it for their future plans.


“I am very happy that all of you have put Sabah on the map through the parody and hope you will all keep away from doing controversial and negative songs that could tarnish our image,” stated Peter.


The group has no leader and all of us discuss and make decisions collectively, said Geoseph Liong, who wrote the Hakka lyrics of the single made famous by Korean K-pop star PSY who released the song on July 15, this year.


“It took me about one hour to pen the lyrics and it took us two days to do the shooting. And we took eight hours to edit the video,” said Geoseph, who is an event organiser.


“We did this video out of fun and we were shocked to get so many viewers and followers, something totally beyond our expectations,” he said.


There were about 30 extra cast members involved in the shooting process and all of them are our friends, he said. So, at the end of the day, we treated them to meals and drinks to appreciate their help and support, he said.


The video clip featured the various tourism attraction spots in and around Kota Kinabalu, he said.


“We are lucky to get into the trend to promote Sabah and we received overwhelming support from the people from all walks of life who commented that they are proud to be a Sabahan,” stated Geoseph.


Videographer, Jack Wong, said, the lyrics of the song are related to Sabahans’ everyday lifestyle and it featured some negative elements which they hope to take it out from the clip.


“The production of the video didn’t cost us a single sen as all the people we engaged are our friends,” he said.


The other key members in the group are lead singer Chai Nyit Sheng and Sunny Chai, both siblings.


The meeting was also attended by the Ministry’s Permanent Secretary, Datuk Suzannah Liaw, Sabah Youth Council president, Kevin Lim and its deputy, Nourman Rayn and the Minister’s press officer, Jacky Wong.


(Source: New Sabah Times)






via SaSaSuperBlog http://www.sabahtoday.com/?p=9572
Read more

STAR Anjur Konvensyen Kebangsaan Di Kota Kinabalu Hari Ini



Parti Reformasi Negerfi (STAR) akan mengadakan konvensyen kebangsaan buat julung-julung kali nya di luar Sarawak apabila STAR Sabah menjadi tuan rumah Konvensyen nasional 2012 hari ini, 06 September 2012 bertempat di Kota Kinabalu, Sabah,demekian kata Guandee Kohoi selaku Pengerusi Penganjuran Konvensyen tersebut.

Menurut Guabdee, dalam Pilihanraya ke-13 Agung (GE-13) yang dijangka akan diadakan dalam tempoh 6 bulan akan datang, Sabah dan Sarawak dijangka menjadi penentu dalam menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan persekutuan akan datang di Putrajaya.

  • Konvensyen ini akan memberikan yang platform utama dan peluang untuk pemimpin nasional STAR dari Sabah dan Sarawak untuk menyampaikan kepada pemimpin akar umbi Parti, betapa pentingnya peranan parti STAR selaku penentu dalam PRU13 di Sabah nanti.

  • Pemimpin akar umbi yang hadir akan mempunyai peluang sama dalam menyumbang idea-idea mereka car-cara menarik sokongan daripada pengundi disamping menguatkan lagi parti pada pilihan raya akan datang.

  • Konvensyen ini juga akan mempamirkankan bahawa parti STAR ada lah parti politik nasional. Dan dalam pada itu, akan menapiskan suara-suara sumbang yang sering memperkecilkan kemampuan parti STAR selama itu.

  • Justeru pehak-pehak yang tidak bertanggung jawab akan menghentikan sebaran palsu terhadap parti dan para pemimpinnya


Konvensyen ini akan memberikan ruang kepada rakyat Sabah dan Sarawak untuk bersatu dalam kepentingan bersama mereka di bawah sebuah parti dari Borneo berasaskan bawah STAR.

Dengan bersatu serta bersama-sama mengembelingkan tenaga dalam memperjuangkan Agenda Borneo yang dipolopori oleh STAR, rakyat di Sabah dan Sarawak juga akan mempunyai platform yang akan memulihkan hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak sapertimana yang tercatit dalam Perjanjian Malaysia dan Mata 20 dan 18-Tempat masing-masing.

  • Dijangka Konvensyen ini akan menyaksikan kehadiran perwakilan terbesar iaitu lebih daripada 2,000 perwakilan dengan kira-kira 300 perwakilan dari Sarawak.

  • Menurut Guandee, Konvensyen ini akan dibuka secara rasmi oleh Presiden STAR, Dr Dripin Anak Sakoi, dengan ucapan akan disampaikan oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Pengerusi STAR Sabah.


Konvensyen ini juga dijangka akan dihadiri oleh pengasas STAR, Dr Patau Rubis, selain ahli-ahli Majlis Tertinggi serta pemimpin dari parti-parti tempatan saperti USNO Baru, SAPP dan SPF.

Manakala jemputan juga telah dipanjangkan kepada pihak Pakatan Rakyat di Sabah.

Sumber: Media STAR





via SaSaSuperBlog http://ajinbgagah.blogspot.com/2012/09/parti-star-anjur-konvensyen-kebangsaan.html
Read more

Samseng Umno Serang Ibu Pejabat KEADILAN?



Sekumpulan 30 yang dikatakan samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, dekat sini tengahari tadi.

Setiausaha Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli ketika dihubungi memberitahu, kumpulan itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.


  • “Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, ‘Jalur Gemilang’ dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” jelas beliau.

  • “Tak cukup dengan itu, kumpulan itu akhirnya bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan,” katanya.

  • Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.


Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini.

Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.

Sumber: PASPB






via SaSaSuperBlog http://ajinbgagah.blogspot.com/2012/09/samseng-umno-serang-ibu-pejabat-keadilan.html
Read more

Najib, Sultan Hassanal Bolkiah hold meeting

September 5, 2012


PUTRAJAYA: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak yesterday held a four-eyed meeting with the Sultan of Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, at his office here in conjunction with the two-day 16th Malaysia-Brunei Darussalam Annual Leaders’ Consultation which started on Monday.



Sultan Hassanal Bolkiah was greeted upon arrival at the Perdana Putra Complex by Najib at 10.55am, before the two leaders proceeded to Level Five for their meeting.


Wisma Putra had said that the two leaders would take the opportunity of the annual meeting to appraise the progress of the ongoing cooperation and explore new potentials for an enhanced partnership that can mutually benefit the peoples of the two countries.


The ministry said the consultation was the most important event in the annual calendar of both countries, serving as a mechanism for discussion on a wide range of bilateral, regional and global issues of common concern.


The 15th Malaysia-Brunei Darussalam Annual Leaders’ Consultation, held in Bandar Seri Begawan, Brunei, on Sept 12 last year, saw the two leaders witness the signing of an agreement and three MoUs.


Later, at Level Three, the two leaders witnessed the exchange of documents pertaining to the Agreement on Economic Cooperation between the Malaysian and Brunei Governments.


Malaysia was represented by Deputy International Trade and Industry Minister Datuk Mukhriz Tun Mahathir and Brunei, by its Second Minister of Foreign Affairs and Trade Pehin Datuk Lim Jock Seng.


The agreement was signed by International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed and Lim on Sunday.


Najib and Sultan Hassanal Bolkiah then went to the Perdana Meeting Room for a briefing by the Performance Management and Delivery Unit (Pemandu).


Pemandu’s main role and objective is to oversee the implementation, assess the progress, facilitate as well as support the delivery and drive the progress of the Government Transformation Programme (GTP) and the Economic Transformation Programme (ETP). — Bernama


(Source: The Borneo Post)






via SaSaSuperBlog http://www.sabahtoday.com/?p=9566
Read more

Memperkenalkan Blog Super dari Sabah dan Sarawak

Oleh awang_tongkol via email













Memang Blog Super la bah!



Satu projek blog untuk mengetengahkan blogger-blogger dari Sabah dan Sarawak melalui posting syndication. Projek ini adalah bertujuan menyenaraikan seramai mungkin blogger-blogger yang aktif dan memilih posting-posting terkini mereka untuk dipaparkan setiap hari.

















Sebagai bukti bahawa rakyat Malaysia dari pulau Borneo juga mampu



via SaSaSuperBlog http://arimisidek.blogspot.com/2012/09/memperkenalkan-blog-super-dari-sabah.html
Read more

Bukit Aman Tahan Pelajar Pijak Gambar Pemimpin



Bukit Aman menahan seorang pelajar kolej swasta di Taman Maluri, Cheras pada jam 12 tengah hari tadi bagi membantu siasatan berhubung perbuatan menghina gambar pemimpin negara pada malam sambutan Kemerdekaan di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu.

Pelajar terbabit yang berusia 19 tahun ditahan di kolejnya sejurus tiba dari kampungnya di Batu Pahat, Johor dengan diiringi ibu bapanya.

  • Tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota diketuai Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Md Hassan.

  • Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

  • Turut dibawa bersama suspek, dua rakan sekuliahnya yang merakamkan perbuatan melampau suspek pada malam kejadian.

  • Abd Jalil berkata, polis turut memeriksa unit kondominium yang disewa suspek di Cheras bagi mencari bahan bukti berkaitan.

  • Suspek adalah pelajar jurusan multimedia kreatif sebuah kolej di Taman Maluri.


Kesalahan menunjukkan punggung pada gambar pemimpin negara yang dianggap sebagai satu penghinaan dan disiasat mengikut Seksyen 114 Akta Hasutan.

Pelajar terbabit dipercayai melarikan diri ke kampungnya di Batu Pahat selepas menyedari diburu polis.

Bagaimanapun, atas desakan ibu bapanya, suspek menyerah diri pada kira-kira jam 11 pagi sebelum ditahan sejam kemudian.

Sumber: The Malaysian Insider






via SaSaSuperBlog http://ajinbgagah.blogspot.com/2012/09/bukit-aman-tahan-pelajar-pijak-gambar.html
Read more

CERITA FERI WAWASAN PERDANA…

Foto kredit kepada Wan Mohamad di Facebook WeLL. Pertama, saya catatkan dahulu catatan luahan dan pengalaman Wan Mohamad (yang saya perbetulkan ejaan) pada 21 Ogos 2012 jam 8.30 malam, kemudian saya catatkan pula pengalaman peribadi kami sekeluarga menaiki feri ketika pulang dari Labuan ke Menumbok pada selasa 21 Ogos 2012 lepas. FERRY WAWASAN ROSAK LAGI [...]



via SaSaSuperBlog http://abunuha.wordpress.com/2012/08/26/cerita-feri-wawasan-perdana/
Read more

18 Pelanggaran Hak Asasi Kanak-Kanak Di Malaysia?


S uruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menemui sekurang-kurang 18 isu yang didakwa 'tidak selari' dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak yang ditandatangani kerajaan Malaysia pada 1995, sejak lima tahun kebelakangan ini.

Isu itu dirumuskan selepas suruhanjaya itu membuat tinjauan terhadap kanak-kanak Orang Asli di pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak, sekolah agama rakyat (SAR) di Pahang dan Selangor serta sekolah kebangsaan Tamil di kawasan ladang dan estet di Perlis dan Kedah bermula tahun 2007.

  • Antara isu yang diterokai berkaitan pengangkutan dan jalan perhubungan murid di kawasan ladang dan pedalaman ke sekolah, kemasukan sekolah tanpa sijil kelahiran atau kad pengenaan dan kekurangan kemudahan fizikal dan kelengkapan persekolahan serta kegagalan mendapat air bersih.

  • "Kanak-kanak perlu diberi perlindungan, perkembangan, penghidupan dan penyertaan. Dalam membuat peraturan, polisi atau pelaksanaan perlu mengambil kira perkara ini.

  • "Tidak (boleh) ada diskriminasi, apa sahaja yang dibuat mestilah (mengambil kira) kepentingan kanak-kanak," kata Pegawai Bahagian Pendidikan dan Perhuhungan Awan Suhakam Hasmah Abd Manaf.



Sumber: Malaysia Kini





via SaSaSuperBlog http://ajinbgagah.blogspot.com/2012/09/18-pelanggaran-hak-asasi-kanak-kanak-di.html
Read more

PERKASA Kota Setar Hendak Menyamunkah?

tasya_rotikaya via email Saling tidak tumpah seperti cerita penyamun hendak menghalang pencuri daripada menyamun. Tetapi begitulah kisahnya. PERKASA Kota Setar menghalang Anwar Ibrahim daripada menyampaikan takzirah agama di sebuah masjid kerana kononnya tiada tauliah agama. Masalahnya siapa pula yang memberi 'tauliah penguatkuasaan' kepada PERKASA. Bidang ini sepatutnya di bawah badan agama



via SaSaSuperBlog http://arimisidek.blogspot.com/2012/09/perkasa-kota-setar-hendak-menyamunkah.html
Read more

Fenomena Banjiran Ribuan Pengunjung, Rumah Terbuka TS Pandikar Di Kota Belud



Sama sekali tidak di duga bahawa begitu ramai yang datang menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia(gambar kanan) bertempat di Kampung Rampayan laut , Kota Belud, utara pantai barat negeri Sabah.

Menurut sumber(polis dan pengunjung) lebih kurang 60, 000 orang yang turun membanjiri kawasan rumah tersebuka tersebut (termasuk mereka yang gagal sampai kekawasan tersebut) . Wal hal jangkaan Jawatan Kuasa Penganjur USBO menduga, hanya sebanyak lebih kurang 30, 000 orang yang akan hadir.

Selain dari itu, menurut lapuran polis dan pengguna jalan raya menuju kekampung tersebut, berlaku ‘traffic jam’ luar jangka sejak jam 8.00 pagi hingga jam 5.50 petang kelmarin.

Dikata kan ‘traffic jam’ tersebut bermula dari kampung Lentigi; lebih kurang 32 km dari kampung Rampayan. Ia nya bertambah kronik bilamana memasuki bulatan Lebak Moyoh - Jawai Jawi - Kg Rampayan Laut, Kota Belud.


  • Difahamkan ada dikalangan pengunjung terpaksa membatalkan hasrat mereka kerana tidak sanggup berhadapan dengan keadaan yang trajis itu. Mala ada yang melapurkan(termasuk penyanyi-penyanyi jemputan saperti Hafiz, Awie dan Khatijah Ibrahim ) terpaksa memakan masa selama 6 jam untuk sampai ke distansi tersebut.

  • Dalam keadaan yang begitu kalut, penerbangan PM pulang dengan helikopter terpaksa di tunda selama setengah jam. Manakala Yang Di Pertuan Negeri dengan rombongan juga terpaksa meninggalkan kereta resmi mereka dan berjalan kaki sejauh 300 meter menuju kedewan utama majlis rumah terbuka tersebut.

  • Walau pun keadaan perjalanan ke tempat itu begitu mencabar, namun masih beribu-beribu orang yang sanggup datang bersama menyaksikan acara rumah terbuka Tan Sri pandikar.

  • Difahamkan selain dari penduduk setempat, pengunjung dari luar saperti Tawau, Sandakan, Kudat, KK , Tuaran, Papar dan Beaufort juga telah hadir bersama disitu.

  • Orang-orang kenamaan yang turut berucap pada hari itu, ia lah Datu Seri Salleh Said selaku Presiden USBO, Datuk Seri Musa Aman Ketua Menteri Sabah dan diakhiri oleh PM Datuk Seri Najib Abd Razak.


Antara lain, PM merasa terpegun dengan kehadiran masyarakat pada majlis rumah terbuka Tan Sri Pandikar pada hari ini.

Dalam pada itu, Sama ada kehadiran masyarat yang begitu banyak untuk mendengar ucapan dan melihat PM sendiri atau pun sebagai simbol tanda sokongan kepada kepimpinan Tan Sri Pandikar / Datuk Seri Salleh Said atau pun sekadar mendengar untuk persembahan lagu-lagu dari artis sensasi saperti Hafiz, Awie dan lain-lain, saya pun kurang pasti. Kerana saya tidak sempat bertanya mereka-mereka yang hadir pada waktu itu.


Walau macam mana pun, pada pandangan saya, kehadiran yang begitu ramai bersama meraihkan majlis rumah terbuka hari raya Tan Sri Pandikar ada lah satu fenomena yang jarang-jarang sekali berlaku di Kota Belud atau pun di daerah-daerah yang lain di Sabah.






via SaSaSuperBlog http://ajinbgagah.blogspot.com/2012/09/fenomena-banjiran-ribuan-pengunjung.html
Read more