
Program 3+1 Atasi Kebanjiran PTI Di Sabah?


Pengarahnya, Mohammad Mentek berkata di bawah program itu, semua permohonan yang melibatkan PTI akan dikenakan kompaun sebanyak RM300 dan pas khas (RM100), dan majikan dibenarkan untuk memohon Journey Perfomed Visa (JP Visa) dengan bayaran RM500 tertakluk pada kelulusan.
Kata Mentek, Sehingga ke hari ini, masih terdapat rayuan daripada pihak majikan terutamanya dari sektor perladangan dan pertanian untuk mengambil pekerja asing mereka sedangkan fasa pendaftaran pemutihan bagi kedua-dua sektor itu telah tamat pada 1 Julai lepas.
- Menurut beliau lagi, program itu diperkenalkan setelah menyedari hakikat kelewatan pengeluaran pasport oleh konsulat berkenaan khususnya kepada pekerja asing yang berdaftar di bawah Program 5P (Pendaftaran, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran) di negeri ini.
- “Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memperkenalkan program 3+1 bagi mengatasi masalah kebanjiran PTI di negeri Sabah,” katanya.
“Bagaimanapun, program ini hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai pasport dikeluarkan oleh konsulat masing-masing dan mestilah berada di negeri ini ketika pasport dikeluarkan.
“Dan pasport berkenaan tidak mempunyai sebarang endorsemen ataupun kosong di dalamnya. 3+1 ini hanya sah sehingga 30 November 2012,” katanya.
Sumber: Utusan Borneo
via SaSaSuperBlog http://ajinbgagah.blogspot.com/2012/09/program-31-atasi-kebanjiran-pti-di-sabah.html
0 comments:
Post a Comment