SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.

Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak?


Agak mengheranlan bilamana membaca artikel seorang penulis laman Suara Pakatan Rakyat yang tergamak melabelkan tarian sumazau sebagai tarian untuk golongan rendah akhlak.

Menurut penulis tersebut banyak orang keliru dan salah faham mengenai tarian Sumazau yang popular di Sabah sehingga di gelar tarian rakyat.

“Ia bukanlah tarian rakyat seperti mana yang kebanyakkan dari kita semua faham, tapi ia berasal dari tarian masyarakat Kadazandusun untuk menyeru semangat padi yang dipanggil Bambaazon. Atau dalam erti kata lain, ia adalah tarian pemujaan,” katanya.

  • Penulis rasa tindakan Najib ‘mencemar duli’ dengan menari tarian Sumazau yang ketinggalan zaman ini ada kaitan dengan cubaan meniru pendekatan sama yang pernah dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, terutama dalam cuba menarik sokongan kaum India.

  • Tapi sasaran Najib itu salah (rentak pun salah – sumbang), masyarakat India adalah kaum ketiga terbesar di negara ini, dibandingkan dengan masyarakat Kadazandusun yang cuba ‘dibodek’ Najib melalui tarian Sumazaunya itu; Berapa percent sangat mereka tu di Sabah? Soal penulis.


Penulis akui, tak berapa faham tentang tarian, cantik ke tak cantik, sumbang ke tak sumbang. Tapi penulis tahu jenis dan gaya tarian jenis itu tidak berapa berkenan di mata beliau - nampak bodoh saja mengepak-ngepak macam burung.

Penulis yakin, bukan penulis seorang, majoriti rakyat Malaysia pun sama seperti penulis, tidak berapa nak berminat dengan tarian yang berasal dari upacara memuja semangat padi ini.

“Soal rakyat Sabah sukakannya, itu masalah mereka, kita di Semenanjung yang jauh lebih moden dan bertamadun tak perlu mengikut mengepak-ngepak seperti itu” katanya.

Persoalan nya, sama ada artikel ini menyentuh hati rakyat Sabah, disamping menurunkan pengaruh Anwar Ibrahim di sini dalam missi beliau menambat hati rakyat untuk mengudi PR pada PRU13 nanti , pastinya kita akan ketahui tidak berapa lagi.

Sumber: Suara Pakatan Rakyat







via SaSaSuperBlog http://ajinbgagah.blogspot.com/2012/09/tarian-sumazau-untuk-golongan-rendah.html

0 comments:

Post a Comment