SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.

Penulis atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz ialah Ahli Parlimen Raub tidak payah masuk campur isu Sarawak

Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz ialah Ahli Parlimen Raub aka blogger samangkol ker apa. ..tidak payahlah mencampuri urusan dalam Sarawak.Bagus jaga jer Parlimen Raub tu...

Sarawak ini dibawah pemerintahan Parti dari Sarawak sendiri PBB,SUPP,PRS dan SPDP.Biar parti politik ini saja yang menjaga sosio-ekonomi, politik, pembangunan serta agama di Sarawak.Kita tidak perlu politik luar terutamanya Dap. ..

Ibarat kata pepatah orang melayu jangan jaga tepi kain orang lain tepi kain sendiri "berlubang"...









From: SaSa General FEED
Read more

“Kami tidak seperti pembangkang di mana PAS menjanjikan syurga, DAP menjanjikan keajaiban dan PKR menjanjikan kesempurnaan, tetapi kami menjanjikan penentuan, keberanian dan keikhlasan dalam menegakkan perang BN ke arah menjadikan Sarawak lebih baik

KUCHING: Melawat ke kawasan rakan masing-masing menjadi antara perancangan yang dirangka oleh Kelab Penyokong Barisan Nasional Sarawak (BNBBC) sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.



Ketua BNBBC Abdullah Saidol berkata, aktiviti politik itu adalah bagi menguatkan Barisan Nasional (BN) sekali gus mengukuhkan sokongan ke atas wakilwakil rakyat BN di sesuatu kawasan.



“Bermula tahun depan, kami (ahli BNBBC atau wakil- wakil rakyat) akan melakukan aktiviti lawatan ke kawasan rakan masing-masing dan dari situ, kami boleh berkongsi serta bertukar maklumat mengenai konstituensi.



“Selain itu, kami juga akan membawa Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) untuk mendekati belia dan menerangkan mengenai prinsip-prinsip politik BN,” katanya.



Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Malam Mesra BNBBC selepas tamat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dihadiri oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib di sini, kelmarin.



Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop menambah BNBBC juga akan meletakkan pelbagai usaha ke atas Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) untuk manfaat rakyat-rakyat di kawasan masing-masing.



“Kami akan cuba mendalami pengetahuan mengenai SCORE kerana walaupun ia telah disebut berulang kali, saya percaya tidak ramai yang faham mengenai inti patinya dan faedahnya kepada kawasan masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Abdullah turut menekankan bahawa amalan tradisi politik iaitu turun padang bertemu rakyat juga akan dikekalkan dalam BNBBC kerana ia masih relevan dan berkesan meskipun media sosial seperti Facebook atau blog kini menjadi medium utama untuk mendekati rakyat.



“Kami tidak seperti pembangkang di mana PAS menjanjikan syurga, DAP menjanjikan keajaiban dan PKR menjanjikan kesempurnaan, tetapi kami menjanjikan penentuan, keberanian dan keikhlasan dalam menegakkan perang BN ke arah menjadikan Sarawak lebih baik,” katanya.



Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar serta menteri-menteri dan menteri muda negeri.





Read more




From: SaSa General FEED
Read more

KISAH BENAR KETUA SAMSENG



PERAWAKANNYA yang warak dan selalu ke masjid mendorong budak-budak kampung rajin belajar mengaji dengan Pak Din sehingga ramai yang sudah boleh membaca Al-Quran.



Para penduduk sekitar Taman Mount Austin, Johor Bahru, juga tidak sedikit pun sangsi siapa Pak Din sebenarnya sehinggalah sepasukan polis dari Bukit Aman, Kuala Lumpur, menyerbu rumahnya dan mengaupnya pergi.



Penyamaran Yan Bai sebagai Pak Din terbongkar jua akhirnya.



"Ini engkaukan... engkaukan? Mana kau nak lari?'' kata Yan Bai ketika menyingkap operasi polis lengkap bersenjata sambil menunjukkan kad pengenalannya yang telah dibesarkan seperti poster dalam 2004 itu.



Mereka tidak menemui sebarang bukti - dadah atau senjata api - dan Yan Bai tetap diam membisu.



Yan Bai digeruni dalam "dunia jenayah" yang sering dikaitkan dengan sindiket mengedar dadah, pelacuran, pemerasan wang perlindungan, keganasan, perjudian dan rusuhan bagi mempertahankan "nombor" masing-masing hingga mengorbankan nyawa.



Sebagai ketua satu-satunya kumpulan samseng Melayu Omega, Yan Bai juga dalam senarai paling dikehendaki perisik polis bukan saja di sini malah di seberang Tambak.



Selepas beberapa minggu ditahan di lokap Bukit Aman, beliau dikawal ketat dalam perjalanan ke Johor Bahru dan kemudiannya diserahkan kepada polis Jabatan Siasatan Jenayah (CID) di Koswe sebelah Singapura.



Atas dakwaan sebagai pengasas Omega, beliau ditahan tanpa bicara di bawah Akta Undang-undang Jenayah (Peruntukan Sementara) atau CLTPA.



Yan Bai, kini 51 tahun, pernah ditahan di Penjara Chia Keng di Yio Chu Kang Road pada 1987 di bawah akta sama kerana disyaki terlibat dalam rangkaian pengedaran heroin.



Beliau yang pernah dua kali keluar masuk pusat pemulihan dadah (DRC) menyimpan dendam kerana mendapati pengedar Melayu, termasuk beliau, ditindas sindiket dadah kaya raya yang dikuasai kumpulan samseng.



Atas pemikiran itulah beliau menubuhkan kumpulan Singapura 14, hasil perbincangan dengan beberapa banduan penjara itu yang kebanyakannya tinggal di sekitar Geylang.



Namun, kumpulan itu dibubarkan selepas dua tahun kerana sesetengah anggota melanggar etika gengster - terlibat dalam kegiatan homoseksual.



Yan Bai, yang disokong enam banduan Melayu yang lain, kemudian mengangkat sumpah sehidup semati dengan Al-Quran untuk menubuhkan kumpulan Omega sempena sambutan hari jadinya pada 23 September 1989.



Dengan penubuhan kumpulan yang menarik penyertaan kian ramai banduan, beliau "turun cakap" dengan kepala gengster yang lain bagi membolehkan banduan Islam mengangkat wuduk di tandas antara 7 dengan 8 malam di penjara itu.



"Sebelum itu, susah nak ambil wuduk pada waktu maghrib dan isyak. Bayangkan lebih 30 orang berebut nak pakai tempat tandas yang hanya ada sebuah. Ada kepala gengster yang tak setuju tapi saya jumpa mereka one to one. Mereka tak berani angkat muka. Akhirnya semua ikut peraturan yang dipersetujui itu dan tiada lagi pergaduhan,'' sambung Yan Bai yang ditemui baru-baru ini dengan memakai jean hitam, sepatu sukan, dua rantai berjuntai di tengkuk serta gelang dan cincin berbaris.



Sejak itu, Yan Bai semakin dihormati di penjara yang kini telah pun dirobohkan.



Selepas lima setengah tahun, Yan Bai dipindahkan ke Kem Ahmad Ibrahim di Upper Thomson Road, tetapi melarikan diri hanya beberapa bulan selepas itu.



Ketika pelarian itulah kumpulan Omega semakin berkembang dengan para anggota semuanya Melayu bersepah di sana sini.



Kumpulan yang disifatkan sebagai berani mati itu beransur-ansur menguasai pengedaran dadah dan sekali gus mengurangkan monopoli kumpulan-kumpulan samseng lain.



Dalam 1990-an itulah masalah dadah di kalangan masyarakat Melayu memuncak sehingga ke tahap membimbangkan. Yan Bai ditangkap sekali lagi dan ditahan atas kesalahan melarikan diri dari penjara.



Beliau dibebaskan pada 2000 dan berkahwin pada hari jadinya - 23 September.



Menyedari gerak-geri dan kegiatannya dipantau polis, Yan Bai bersembunyi di Indonesia dan Malaysia tetapi masih memberi arahan kepada orang-orang kanannya di Singapura.



Jaringan rapat dan berurusan secara langsung dengan kongsi-kongsi gelap yang juga menguasai penyeludupan dan pengedaran dadah di Malaysia, menyaksikan Yan Bai dihormati dan diberi bantuan.



"Semuanya beres macam pasang siap apabila saya sampai ke Malaysia. Mereka kasi kad pengenalan, pasport dan serahkan sebuah kereta baru Proton Saga dengan hanya bayar sagu hati tanda persaudaraan sebanyak RM3,600.



"Jumlah tersebut juga sempena lambang kumpulan samseng 36 yang berpengaruh di Malaysia,'' kata Yan Bai sambil menyatakan para anggota kumpulannya hidup senang hasil kegiatan mengedar dadah tetapi dicemburui kumpulan-kumpulan samseng lain.



"Dulu budak-budak jam (Omega) nak dapat satu peket heroin, boleh buat 40 hingga 50 suku, pun susah daripada sindiket lain. Saya kasi budak-budak kita hidup. Satu peket saya tolak $80 dan mereka jual $250.



"Saya pastikan harga tetap di pasaran... tak boleh main bangsat,'' tambahnya.



Namun, sejak dibebaskan Februari lalu, beliau mengaku kesempitan kerana sukar mendapat pekerjaan dan kini dalam proses cerai.



BELIAU mengisytiharkan tidak lagi ada kena-mengena dengan Omega - kumpulan samseng 100 peratus Melayu yang diasaskannya lebih 24 tahun lalu.



Yan Bai, 51 tahun, tidak menyesal atas keputusan yang meletakkannya sebagai legenda kumpulan samseng Melayu yang dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang lain.



Kini, lelaki kulit sawo matang, badan bak bongkok udang dan muka fighter itu mahu hidup bebas daripada buruan polis dan tendang-terajang dunia jenayah.



"Saya rasa dah cukup. Hidup ini sekejap dan lantas saya ingin nikmati kemanisan di penghujung hayat saya. Dulu saya rasa saya kuat, berpengaruh, ditakuti dan boleh buat apa saja dan tak takut pada sesiapa.



"Tetapi, sekarang saya sedar Allah Maha Besar dan lebih berkuasa. Saya mahu jalan yang lurus sehingga di titian siratal mustakim.



"Saya dah tak mahu melakukan perkara-perkara yang tak baik lagi. Orang ingat saya sentiasa jahat tetapi saya selalu ingatkan budak-budak jam (Omega) supaya buat baik dengan ramai-ramai tolong jika ada kematian atau kerja lahwin.



"Jangan derhaka kepada ibu bapa... minta maaf dan cium tangan mereka sebelum terlambat.



"Saya juga selalu bilang mereka yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar,'' kata Yan Bai dengan penuh insaf kerana tidak sempat berbuat demikian kepada ibu bapanya sendiri.



Yan Bai dibebaskan Februari lalu selepas sembilan tahun meringkuk tanpa bicara di balik jeriji besi Penjara Changi atas dakwaan menjadi pengasas Omega.



Di sebalik kebebasan dan angin segar yang dihirupnya, Yan Bai diwajibkan melaporkan diri setiap minggu di sebuah balai polis dan wajib berada di rumah dari 7 malam hingga 7 pagi selama tiga tahun.



Bukan itu saja, beliau dilarang berada di 11 kawasan hitam termasuk Bedok, Geylang, Orchard Road, Choa Chu Kang, Chinatown, Boat Quay dan Clarke Quay.



"Saya juga dah tak lagi boleh campur atau duduk semeja dengan budak-budak jam atau gengster. Jika polis datang, mereka akan cekup saya,'' tambahnya.



Ditanya apa gahnya menjadi ketua atau "chong" kumpulan gangster, beliau hanya menyatakan "Tak ada apa-apa yang bagus. Saya hanya kawal dia orang dan saya pastikan mereka tak buat sebarangan.



"Kalau dalam penjara dulu, saya pastikan banduan Muslim dapat melakukan ibadah. Di luar, saya pastikan anggota kumpulan gengster Melayu tidak ditindas dan dibuli. Dunia gengster tak ada diplomasi!''



Mengenai para anggotanya yang dikatakan sekitar 1,000 orang itu, Yan Bai mendakwa tidak tahu berapa bilangan anggota Omega sekarang dan sama ada Omega masih hidup atau tidak.



Omega adalah singkatan bagi Only Malays Enter Gangster Association atau Hanya Melayu Masuk Persatuan Gengster.



"Biarkan cerita habis di sini. Lagipun, saya tak ada apa-apa masalah sejak saya laporkan diri kepada polis setiap minggu mulai tujuh bulan lalu,'' tambahnya.



Ditanya apa yang beliau paling kesali sepanjang 30 tahun bergelumang dalam dunia kongsi gelap, beliau berkata:



"Melayu bergaduh dengan Melayu dan Melayu bunuh Melayu!''



"Orang mungkin sangka saya selalu dikerumuni orang tetapi hakikatnya ialah saya selalu bersendiri. Hidup saya sunyi kerana para anggota saya tak berani himpit saya. Kalau ada 1,000 anggota, mungkin hanya 10 yang pernah duduk semeja dengan saya. Saya juga selalu menyembunyikan diri kerana elak diburu polis dan dalam jel pun sendirian berhad,'' tambahnya.



Diminta nasihatnya, beliau berkata: "Jangan campur gengster sebab anda tak dapat apa-apa tetapi hilang segala-galanya."



"Saya sendiri dah buang baju dan cuma berharap akhir kalam saya ialah Yan Bai berubah kepada yang baik,'' tambahnya






From: SaSa General FEED
Read more

Tragedi Lahad Datu beri pengajaran pentingnya kesatuan rakyat pertahan kedaulatan negara: Musa


SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata tragedi di Lahad Datu dan Semporna merupakan satu catatan sejarah hitam sekali gus memberikan pengajaran berharga tentang peri pentingnya kesatuan dan patriotisme rakyat untuk mempertahankan kedaulatan negara ini.



Sehubungan dengan itu, beliau berkata, penganjuran Program Semarak ESSCOM yang bertemakan ‘Bersama Menjana Kesejahteraan’ sememangnya amat bertepatan ke arah menyemarakkan lagi semangat patriotik dan setia kepada negara.



“Kita amat berterima kasih kepada kerajaan pusat terutamanya Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang segera mewujudkan ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah dan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) susulan insiden pencerobohan yang mengejutkan kita semua berlaku pada awal tahun ini,” katanya.



Ketika berucap di Majlis Perasmian Program Semarak Bersama ESSCOM dan Pelancaran Portal ESSCOM di Dewan Masyarakat, di sini, kelmarin katanya usaha tersebut telah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan dalam usaha mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.



Menurut beliau, kerajaan komited bagi menjayakan pelaksanaan ESSCOM yang merupakan agensi penguatkuasaan keselamatan di kawasan ESSZONE termasuklah menyediakan peruntukan kewangan untuk pembangunan infra dan aset berserta sumber manusia selain kemudahan yang diperlukan.



Di mana, tambahnya, kesungguhan kerajaan dapat dibuktikan menerusi pembentangan dalam Belanjawan Negara 2014 apabila menyediakan peruntukan yang besar sebanyak RM75 juta untuk ESSCOM semata-mata menjaga kedaulatan dan keselamatan rakyat negeri ini.



“Kesungguhan pihak kerajaan sudah pasti mengukuhkan lagi operasi ESSCOM dan pada masa sama pula turut bersetuju untuk membina lima lagi kem batalion pasukan keselamatan yang akan ditempatkan di ESSZONE seperti diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini,” ujarnya.



Mengulas lanjut, Ketua Menteri menegaskan penyertaan dan kerjasama daripada pelbagai jabatan dan agensi sangat penting dalam memantapkan kefahaman serta pengetahuan rakyat mengenai peranan dan fungsi ESSCOM.



Musa percaya melalui program itu masyarakat akan dapat memanfaatkan peluang ini untuk bekerjasama dengan semua agensi penguatkuasa, keselamatan dan penguatkuasaan khususnya pihak ESSCOM bagi memastikan keamanan sentiasa terjamin.



“Saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan ESSCOM yang berjaya menerbitkan edisi khas Buletin ESSCOM dan mewujudkan portal berita ESSCOM Times yang memuatkan maklumat-maklumat sahih dan terkini berkaitan ESSCOM terutama yang melibatkan soal-soal keselamatan di ESSZONE.



“Harapan saya dengan penerbitan buletin berkenaan dan portal beritanya, rakyat akan dapat mendapat maklumat yang sahih dan tepat berhubung keadaan keselamatan di samping berpeluang mengikuti perkembangan terkini ESSCOM dari semasa ke semasa.



“Malahan, portal berita seumpamanya juga mampu membantu menangkis serta memberi penjelasan terhadap isu-isu keselamatan yang sering dimanipulasi pihak-pihak tertentu bagi menimbulkan rasa takut dan tidak selesa dalam kalangan rakyat,” kata beliau.



Sementara itu, dalam satu temubual bersama Radio Sandakan FM, Ketua Menteri turut memuji komitmen anggota pasukan keselamatan yang bertugas siang dan malam semata-mata untuk menjaga keamanan negara.



Sambil menghargai pengorbanan yang tidak ternilai itu, dia berkata kerjasama rakyat amat diperlukan dari segi memberikan maklumat bagi membolehkan pasukan keselamatan dapat bertindak cepat.



New Sabah Times





From: SaSa General FEED
Read more

Pasangan Remaja Melayu Makin Berani Bogel Dalam Facebook

Gambar pasangan remaja bercinta itu kini tersebar di laman Facebook sehingga mendapat kecaman dan teguran daripada warga internet yang prihatin daripada melihat kedua-dua remaja ini terjebak lebih jauh dalam alam cinta mereka.

Seperti kebiasaan, lelaki di dalam gambar berkenaan memarahi seorang yang memberi komen ke atas gambar ini dengan menyifatkan mereka sebagai menjaga hal ehwal orang lain sedangkan kebaikan sendiri tidak seberapa.

Komen mereka berbunyi seperti tidak takutkan Allah langsung dan menurut si lelaki, jika tertangkap pun hanya perlu membayar denda dan kemudian selesai kes.




Begitu mudah remaja kita sekarang ini atas nama cinta nak dedah dan pamerkan gambar berdua konon-konon cinta mereka paling hebat dan paling indah dalam pada masa sama tidak menyedari orang menyampah melihat perangai mereka berdua.

Kalau mereka rasa tertangkap dek pihak berkuasa tidak cukup mampu mengubah mereka, anda tolong sebarkan biar ahli keluarga dan saudara mara mereka pula terlihar gambar ini seterusnya menegur serta menyedarkan mereka. – mynewshub.my









From: SaSa General FEED
Read more

Six fruit, vegetable stalls up in smoke in Miri

MIRI: Six fruit and vegetable stalls at Tamu Kedayan in Oleander Road here were razed by fire yesterday. [...]

Article from Babad Feed





From: SaSa General FEED
Read more

Terkini Foto Pemandu YB Parlimen Rogol Bergilir Amah Indon ; Salah Seorang Suspek Berjaya Di Berkas !!






Tahniah Polis..hebat PDRM !!


Menurut sumber, salah seorang suspek kes rogol bergilir-gilir amah indonesia sudah berjaya d tangkap dan kini berada d salah satu balai Polis d Selangor.

sumber



From: SaSa General FEED
Read more

Ikan Pelik Ditemukan Oleh Seorang Pemancing Di New Jersey

Seorang pemuda dari New Jersey dan beberapa orang temannya suatu hari pergi ke sebuah sungai di pinggir hutan untuk mengisi percutian mereka dengan memancing. Suasana tenang di sungai tersebut membuat mereka begitu menikmati percutian dengan memancing, hingga tiba-tiba terasa umpan yang dipasang oleh pemuda tersebut di makan oleh ikan di kedalaman sungai tersebut. Ikan yang tersangkut mata kail terasa memberikan perlawanan sengit sampai pada akhirnya pemuda tersebut berjaya mengangkat buruannya di atas permukaan air.



Ketika ikan hasil pancingan sampai darat mereka dikejutkan dengan ujud ikan yang aneh, bentuknya menyerupai belut tapi mulutnya berada di samping. Ikan berukuran besar ini di perkirakan sebagai binatang pelik yang menghuni sungai tersebut.





















From: SaSa General FEED
Read more

Haji Hadi Yang Selar Diri Sendiri Dagangkan Islam

Berapa lamakah PAS memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud sama seperti isu kalimah ALLAH yang mencerminkan pegagangan akidah umat Islam. Dimana hasilnya sekarang dan kenapa terhenti bila diugut oleh DAP. Bukankah itu inti pati menunjukan perdagangan agama?



Sekarang bila Mutamar PAS hadi ingin bicara mendagang Agama? Semasa Nurul Izzah pertahankan Hak Kebebasan Memilih Agama termasuk Melayu dihadapan para penganut bukan islam hingga mendapat tepukan penuh gemuruh, Apa yang Haji Hadi buat... Bukankah dia yang membela Nurul Izzah



Apabila Khalimah Allah didesak mubaligh kristian dan DAP sebagai hak kristian dalam penyebaran agama, apa yang Hafi buat.



Bila NGO COMANGO mendesak status Agama Resmi Malaysia Agama Islam dimana sokongan Haji Hadi?



Sekarang ini siapakah sebenar yang mendagangkan Agama?










From: SaSa General FEED
Read more

Ammar Pelajar Malaysia Yang "SYAHID" Dan Disemadikan Bersama Makam Para Sahabat!!







Siapakah Ahmad Ammar Ahmad Azam?



Lewat kebelakangan ini, video berkaitan Ammar banyak dikongsikan di laman-laman sosial.



Namun ketika cerita dan video tentang dirinya berlegar, Ammar yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya sudah kembali ke Rahmatullah, 2 November lalu di sana.



Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.



Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.



Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.



Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.



Sedangkan Ammar, cuma salah seorang penuntut Malaysia yang berada di sana.



Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat mahu mati syahid.



Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang. Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.



Untuk mengetahui perjalanan hidup Ammar, saksikan video di bawah.














From: SaSa General FEED
Read more

TINDAKAN AWAL PIHAK BERWAJIB ISU JALAN KAMPUNG ABANG AMIN

Isu jalan Abang Amin yang sebelum ini menimbulkan kemarahan penduduk kampung Bintangor mendapatkan perhatian pihak berwajib.Pergerakan Pemuda PBB N40 Meradong dengan kerjasama JKKK Zon 2 Abang Amin telah menghantar surat permohonan baikpulih Jalan Kampung Abang Amin.Menurut Ketua Pemuda PBB Meradong Saudara Halmi Morsili rungutan dan desakan penduduk Kampung kita telah suarakan kepada Pihak MDMJ dan Pejabat Daerah Meradong.Kita juga telah panjangkan isu ini ke pihak Yang Berhormat Datuk Norah dan YB Tuan Abdullah.

Pihak kita dengan kerjasama JKKK Zon 2 telah memohon jalan ini untuk dinaiktaraf dan permohonan ini telah dihantar pada hari ini.








From: SaSa General FEED
Read more

Ibrahim Ali jadi bahan jenaka di Sabah?


KOTA KINABALU - Pelbagai reaksi diberikan orang ramai apabila sebut nama Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali di hadapan mereka. Ada yang ketawa, ada yang marah, ada yang benci dan ada yang meluat.



Ibrahim Ali adalah seperti resipi ikan goreng empat perisa yang tidak menjadi kerana terlebih pedas atau garam. Yang pasti, ramai di Sabah yang tidak gembira atau senang hati tiap kali berbicara mengenainya.



Sejak kredibilitinya menjadi bahan jenaka pelayar laman siber selepas gagal menunaikan janji membawa ribuan ahli Perkasa membantah perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur, dia terus menjadi hidangan sampingan untuk diketawa dan dikutuk warga netizen dalam Facebook.



Penangan Presiden Perkasa ini sememangnya menjadi satu ‘fenomena’ di Sabah, mungkin lebih kepada fenomena negatif kerana ia mencabar keamanan dan perpaduan penduduk berbilang kaum di negeri ini dengan membawa elemen perkauman yang ekstrem.



Setiap hari buka saja Facebook, mukanya pasti ada ‘menghiasi wall’ dan paling menarik wajah dan setiap kata-katanya dikarikaturkan dalam pelbagai rupa. Paling banyak wajahnya disamakan dengan katak siap dengan kapsyen “adakah mulut kita berbeza”, merujuk kepada gambar seekor katak dengan mulutnya ternganga luas.



Suara katak sumbang, sumbang jugalah mesej yang dibawa oleh Ibrahim.



Terbaru, dengan berita Presiden Perkasa ini mahu datang ke Sabah, pereka grafik melukis beliau disepak dan dan digigit oleh peta negeri Sabah yang dilukis wajah seperti anjing dengan kapsyen ‘kau tidak dialu-alukan di sini”.



Lukisan itu memang melucukan, satirikal dan sinis. Ada gambarnya yang diedit menjadi wajah dinosar dengan kapsyen “…me eat Bibles”. Ia merujuk kepada kenyataannya dulu yang mahu membakar alKitab penganut Kristian sebagai tindak balasnya terhadap kedegilan orang bukan Islam yang mahu menggunakaan perkataan Allah dalam penerbitan, termasuk dalam Bible.



Ibrahim Ali sepatutnya berkunjung ke Kota Kinabalu pada 23 November ini untuk acara Perkasa cawangan Sabah. Namun ramai pihak sudah menyuarakan bantahan beliau menjejakkan kaki di negeri ini. Beliau juga dilaporkan mahu datang ke Sarawak tetapi sudah dibantah awal-awal oleh Ketua Menteri Sarawak sendiri.



Pentadbiran Tan Sri Taib Mahmud tidak mahu Perkasa berada di Sarawak. Seorang menteri negeri yang juga ahli Pesaka Bumiputera Bersatu itu (PBB) berkata, mereka tidak senang dengan niat Perkasa yang mahu datang di bumi kenyalang untuk mendapatkan sokongan terhadap agendanya.



Perkasa sebelum ini mendedahkan ia ada 45,000 ahli di Sabah dan mendakwa organisasi itu “bukan rasis” tetapi mahu menjaga hak-hak Bumiputera.



Pembantu Menteri Pembangunan Belia Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah tidak yakin dan berkata, kumpulan itu bersifat radikal dan tidak mempunyai tempat dalam masyarakat Sarawak.



“Perkasa tidak dialu-alukan di Sarawak. Ini juga terpakai kepada pertubuhan-pertubuhan lain yang menggalakkan pandangan Perkasa. Kita tidak mahu menjadi satu lagi Yugoslavia,” katanya merujuk kepada perpecahan di negara barat iu akibat isu bangsa dan agama.



Abdul Karim berkata, Perkasa perlu tahu bahawa pandangan ekstrim mereka tidak didokong oleh pelbagai kaum Malaysia yang masih percaya kepada sikap bertoleransi.



Netizen Facebook tidak mahu ketinggalan dalam membantah lawatan Ibrahim di Sabah dan Sarawak. Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gabungan Bomoh Se-Borneo menghantar gambar hitam putih gambar alat-alat untuk membomoh dengan kapsyen “kiram sudah kena…mungkin lepas ni …yang baik terhadap kita, kita balas dengan jutaan kebaikan, yang jahat kita hadiahkan ‘sepiring’ mantera…”



Penduduk Sabah dan Sarawak bersatu dalam hal berkaitan dengan Ibrahim Ali. Mereka bimbang perpaduan dan tolak ansur yang tinggi di kalangan pelbagai kaum di Borneo ini akan terjejas jika membenarkan Ibrahim menyembur racun perkauman dan menghina pegangan agama bukan Islam dengan sesuka hati.



Bantahan terus diterima. Ibrahim dianggap sebagai ‘Bapa segala perkauman” yang amat dibenci oleh rakyat Sabah dan Sarawak kerana pandangannya lebih memperjuangkan kaum Melayu dan memandang rendah kaum lain.



Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS) Keningau, Paul Kadau menggesa Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menggunakan kuasa eksekutifnya menghalang kedatangan Presiden Perkasa itu di negeri ini.



Sikap kurang sensitif Ibrahim ketika membangkitkan isu kalimah ‘Allah’ dan tidak setuju penggunaan kalimah itu digunakan dalam alkitab menjadi sebab kenapa beliau harus diharamkan datang ke Sabah, katanya.



“Kami tidak mahu beliau datang ke Sabah dan mengajar anak-anak kami dengan budaya benci membenci, Ibrahim lantang bersuara tanpa menghormati sensiviti agama dan budaya rakyat lain.



“Musa Aman sila senarai hitamkan Ibrahim Ali daripada masuk ke Sabah kerana beliau pencetus kerosakan perpaduan rakyat,Jangan biarkan orang ini membangkitkan isu perkauman di Borneo,” demikian rungutan ramai orang.



Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman pernah menggunakan kuasanya menghalang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar daripada menghadiri sambutan Pesta Kaamatan di Penampang pada Mei lalu, maka ramai mengharapkan beliau melakukan perkara yang sama demi kebaikan penduduk negeri ini.



Sementara itu di Sidang Dewan Undangan Negeri di sini semalam, Adun Sri Tanjung, Chan Foong Hin, menggesa Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bertindak menghalang kemasukan Presiden pelampau Perkasa, Ibrahim Ali ke Sabah.



Beliau berkata, sebagai Huguan Siou (pemimpin agung) kaum daripada Kadazan, Dusun dan Murut di Sabah, beliau sepatutnya lebih banyak bersuara menghalang Ibrahim daripada memasuki Sabah.



“Kita semua tahu yang ini adalah Ibrahim Ali. Beliau adalah seorang pelampau yang akan menyebabkan keharmonian dan gangguan awam (dengan kenyataan dan tindakan beliau). Oleh itu, Pairin sebagai pemimpin tertinggi orang KDM, perlu memastikan bahawa Ibrahim tidak menjejakkan kaki di Sabah,” katanya.



Kegagalan berbuat demikian akan menggambarkan pemimpin di negeri ini bersekongkol dan setuju dengan ideologi negatif yang dibawa Ibrahim, katanya.



Percy Goliu



From: SaSa General FEED
Read more

Peniaga di Pasar Tamu Kedayan tidak akan dipindahkan

MIRI: Peniaga di Pasar Tamu Kedayan di Pusat Komersil Centre Point Miri tidak akan dipindahkan ke mana-mana kawasan [...]

Article from Babad Feed





From: SaSa General FEED
Read more

SERAM! USTAZ MELIHAT JIN MEJILAT AIR MAYAT (KISAH BENAR)

SERAM! USTAZ MELIHAT JIN MEJILAT AIR MAYAT (KISAH BENAR) -Sebagai seorang manusia, juga sebagai hamba Allah, kita amat ditegah sama sekali untuk menyekutukan Allah SWT. Ingatlah dosa syirik adalah doa yang tidak akan diampunkan oleh Allah.admin ingin berkongsi dengan anda semua, tentang satu kisah di mana seorang ustaz menyaksikan dengan mata kepala dirinya sendiri, satu lembaga sedang asyik menjilat air mandian mayat di sebuah sudut dalam sebuah rumah yang baru sahaja tuannya meninggal dunia. Apakah sebenarnya yang terjadi?



Kisah ini diceritakan sendiri oleh Ustaz Abdul Aziz kepada Johan Iskandar (wartawan) mengenai seorang nelayan yang gara-gara membela hantu raya bertujuan membantu setiap pekerjaan hariannya ke laut menangkap ikan sebelum ditimpa penyakit misteri yang berbulan-bulan ditanggung sehingga menghembuskan nafas terakhir disisi keluarganya.



Suausana sedih melanda keluarga arwah Wak Kejo setelah mengalami sakit misteri berbulan-bulan, akhirnya Wak Kejo menghembus nafas terakhir. Keperitan yang ditanggung Wak Kejo semasa nazak memberi keinsafan kepada isterinya, Tija serta 3 anak bujang lelakinya Samad, Seman dan Saiful.



Menurut penduduk kampong arwah Wak Kejo cukup gagah dan masih tegap seperti orang muda walaupun usianya yang sudah mencapai 80-an. Setaiap hari Wak Kejo tidak pernah mengeluh apabila melakukan kerja hariannya ke laut menangkap ikan. Kalau dilihat dari segi kerja Wak Kejo, orang muda pun tidak mampu melakukan sepertinya. Tetapi bagi wak Kejo kerja berat menarik pukat bersendirian tidak pernah membuatnya sakit atau letih. Begitu juga dengan selera Wak Kejo membuatkan isterinya merasa hairan.



SERAM! USTAZ MELIHAT JIN MEJILAT AIR MAYAT (KISAH BENAR)



Selalunya pada usia seperti Wak Kejo orang lain sudah kehilangan selera makan dan nafsu seks. Tetapi berbeza dengan Wak Kejo yang selalu bertenaga dan berselera besar. Isterinya pula menyangka suaminya cukup sihat dan kuat kerana mengamalkan ubat akar kayu. Oleh kerana kekuatan yang luarbiasa, Wak Kejo menjadi buah mulut penduduk kampong yang memuji dan kagum dengan kehebatannya.



Kerjanya di laut, dia sangat kuat. Biasanya dia hanya bersendirian melakukan kerja sebagai seorang nelayan. Subuh lagi dia sudah keluar ke laut dan sekitar jam 8 pagi dia sudah pulang membawa banyak hasil laut yang cukup berbaloi untuk keluarganya. Oleh kerana ketiga-tiga anaknya bekerja di bandar Wak Kejo melakukan semua kerja itu seorang diri walaupun ramai yang meregui kemampuannya.



Walaupun gagah mana, takdir tidak boleh di elak. Akhirnya Wak Kejo jatuh sakit secara mengejut. Peliknya dia tidak menghadapi sebarang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis mahupun buah pinggang. Sakit yang dialaminya cukup menyeksanya sehingga dia terbaring kaku di atas katil. Walaupun sakit seleranya tetap sama seperti dulu.



Selalunya rutin makan Wak Kejo ialah nasi bersama seekor ayam bakar. Sebaik saja makanan itu dihidangkan kepadanya, sekelip mata saja Wak Kejo boleh habiskan seperti orang sedang lapar sangat. Dia selalu merenget meminta makanan walaupun baru sebentar tadi sudah dihidangkan kepadanya. Isterinya cukup hairan dengan sikap suaminya yang luarbiasa itu. Sepanjang hidup bersama Wak Kejo belum pernah dia melihat suaminya melantak semua makanan itu dalam masa singkat.



Semakin hari penyakitnya semakin parah. Setiap hari ada saja penduduk kampong datang ke rumahnya melawat dan membaca Yassin. Setiap kali dibacakan Yassin, Wak Kejo akan meraung kepanasan. Beberapa orang doctor pernah datang ke rumah Wak Kejo untuk merawat penyakitnya, namun selepas diperiksa mereka berkata Wak Kejo tidak mengalami sebarang penyakit. Mereka percaya Wak Kejo mengalami penyakit tua. Semakin hari mukanya semakin pucat dan hitam seperti kepanasan cukup menggerunkan.



Isteri dan anak-anaknya tidaksanggup melihat penderitaan yang di alami Wak Kejo. Akhirnya mereka memanggil Ustaz Aziz yang tinggal di kampong seberang untuk membantu masalah itu.

“Dah berapa lama Wak Kejo sakit Mak Tija?”. Tanya Ustaz Aziz yang duduk disebelah suaminya.

“Adalah lima bulan,” balasnya sayu.



“Masya Allah,” ucapnya perlahan sambil mengeleng kepala melihat wajah Wak Kejo.

Ustaz Aziz kemudiannya membaca sesuatu sambil menyentuh dahi Wak Kejo perlahan-lahan.







Dia membaca beberapa surah untuk meringankan kesakitan Wak Kejo. “Jangan sentuh aku! Panasss….” Jerit Wak Kejo sebaik saja Ustaz Aziz menyentuh dahinya buat kali ketiga.

Beberapa orang penduduk kampong sedang membaca Yassin da nada yang sedang duduk di ruang tamu rumah Wak Kejo tersentak mendengar jeritan kuat Wak Kejo. Walaupun Wak Kejo kelihatan nazak, tapi suaranya amat kuat bertenaga. Ustaz Aziz dapat merasakan kelainan suara itu yang dianggap bukan suara Wak Kejo.



Ustaz Aziz terus membaca ayat al-Quran dengan diikuti bacaan Yassin oleh penduduk kampung. Keadaan Wak Kejo semakin gelisah. Dia cuba meronta ke kiri dan kanan seperti kesakitan. Selama sejam Wak Kejo meronta dan meraung kepanasan. Dia beberapa kali meminta air untuk minum kerana terasa badannya terlalu panas. Akhirnya tanpa disedari wak Kejo menghembuskan nafas terakhir. Tiba-tiba saja badanya yang gempal bertukar menjadi kurus kering seperti sudah lama meninggal dunia.



“Mak Tija, Wak Kejo sudah meninggal dunia. Pergilah panggil tukang mandi mayat segera. Jangan lengah-lengahkan lagi. Mayat arwah perlu dikebumikan segera,” kata Ustaz Aziz tenang.



Sementara menunggu tukang mandi mayat tiba, mereka membiarkan jenazah arwah Wak Kejo di ruang tamu rumah itu. Memandangkan hamper masuk waktu Isyak, semua tetamu kemudiannya turun dari rumah ke surau tidak jauh dari situ untuk solat Isyak. Selepas solat Isyak, jenazah Wak Kejo dimandikan dan dikapan. Jenazah arwah kemudian dikebumikan di tanah perkuburan Islam di hujung kampong pada malam tersebut.

Selesai kebumian, pada malam itu tinggallah Mak Tija, 3 orang anaknya dan beberapa orang ahli keluarganya. Kerana letih kebanyakkan mereka tertidur. Tidak beberapa lama kemudian, Mak Tija terdengar bunyi seperti sesuatu menyusur di bawah rumahnya tempat arwah Wak Kejo dimandikan tadi.

Pada mulanya, Mak Tija ingatkan kucing, bagaimanapun bunyi itu semakin kuat seperti sesuatu sedang menjilat air. Mak Tija cuba memberanikan diri turun ke bawah rumahnya sambil membawa lampu picit. Sebaik saja dia menyuluh ke arah bunyi suara itu, Mak Tija terkejut apabila melihat sesusuk tubuh manusia tinggal rangka menyerupai suaminya sedang menjilat air mayat.

SERAM! USTAZ MELIHAT JIN MEJILAT AIR MAYAT (KISAH BENAR)

Mak Tija mula rasa takut, bulu romanya tegak berdiri. Namun dia masih menyuluh kea rah lembaga itu dengan berani. Lembaga itu sedang berlutut di bawah rumah. Pada mulanya Mak Tija cuba merahsiakan perkara itu kepada sesiapa walaupun keluarga terdekat tetapi kerana takut perkara itu berulang kembali dia menceritakan perkara itu kepada Ustaz Aziz saja pada keesokannya.



Ustaz Aziz bersetuju membantu Mak Tija dan berjanji akan datang ke rumahnya pada lewat malam. Seperti mana yang dijanjikan, Ustaz Aziz melihat sendiri lembaga seperti arwah Wak Kejo sedang menjilat-jilat air mayatnya bagai kehausan. Ustaz Aziz kemudiannya segera membaca ayat Kursi dan secepat kilat lembaga itu hilang dari pandangan mereka. Sejak peristiwa itu, lembaga Wak Kejo tidak lahi pulang ke rumahnya.

Setelah diselidik latar belakang arwah Wak Kejo, rupanya selama ini arwah Wak Kejo ada membela hantu raya untuk membuat dia kelihatan muda dan kuat tanpa perlu diketahui isteri serta anak-anaknya. Setiap kerja yang dilakukan Wak Kejo semuanya dibantu oleh hantu raya itu. Kerana itulah dia lebih suka bersendirian pergi menangkap ikan kerana bertemankan hantu raya yang dibelannya.



Kejadian serupa ini banyak berlaku di mana-mana apabila individu tertentu bersekongkol dengan jin atau syaitan. Perkara ini haruslah menjadi pengajaran kepada kita semua supaya dapat menghindarkan diri dari kejadian yang dimurkai Allah SWT. A’uzubillah…sumber-http://melayukini.net



From: SaSa General FEED
Read more

Gambar Tanah Jerlus Di Ipoh!!



Gambar kejadian tanah jerlus di Jalan Hassan bersebelahan Sekolah Kebangsaan (SK) Tarcisian Convent, Taman Lim di sini hari ini.



Kejadian dikatakan berlaku sekitar pukul 10.50 pagi tadi.bermula dengan sedikit rekahan kecil dan menjadi lubang sedalam 3 meter.





Berikutan kejadian tanah jerlus terbaru tersebut, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menutup sebahagian Jalan Hassan, Taman Lim bagi kerja baik pulih.



Jabatan Geosains dan Mineral Perak juga telah diarahkan untuk menyiasat punca kejadian tanah jerlus berkenaan.







From: SaSa General FEED
Read more

SUBHANALLAH! - Kerana Robohkan Masjid, Phillippine Dilanda Taufan Terdahsyat Di Dunia

TAOTAUAJER - Sadis dan kesian apabila meliht bencana alam yang menimpa filipina, Taufan Haiyan ragut lebih 10000 nyawa. Kini wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini.




Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid di robohkan di Manila pada September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 315km/hr di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang pernah di catatkan.







Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu. Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.










Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Abdelmanan Tanandato , seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan - Yakob Macalnas , 37; Hakim Usman , 30 , dan Rajid Batalo . Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.









Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang mempertahankan masjid tersebut.



From: SaSa General FEED
Read more

Inilah Maksud Tersirat Disebalik Filem Bujang Lapok (INFOGRAFIK)

Pasti nyer korang sudah biasa dengan cerita bujang lapuk yang mengisahkan bagaimana mereka bertiga mencari wang untuk berkahwin. Mungkin korang terlepas pandang makna tersirat ketika menonton filem Bujang Lapok.





Tahukah anda, filem Bujang Lapok adalah kritikan sosial terhadap gaya perbelanjaan masyarakat yang sebenarnya masih relevan hingga ke hari ini. Jom kita lihat...









From: SaSa General FEED
Read more

TERBAIK PAIS LEMANTAK BINTANGOR

Terbaik....sedap agik yea...murah jak rm 0.50










From: SaSa General FEED
Read more

Kalimah Allah: Gereja Katolik fail permohonan merayu




Gereja Katolik memfailkan permohonan untuk kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang penerbitan mingguan gereja itu, The Herald, menggunakan kalimah "Allah" untuk merujuk kepada "God".



Benjamin Dawson, seorang daripada peguam yang mewakili gereja itu berkata, mereka memfailkan permohonan itu semalam di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan.



"Gereja mengemukakan 26 persoalan undang-undang dalam permohonan kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Selasa.



Dawson berkata, soalan undang-undang itu melibatkan tiga perkara iaitu persoalan perlembagaan, isu pentadbiran dan sama ada mahkamah boleh membuat keputusan ke atas isu perbandingan agama.



Katanya, persoalan penting termasuk sama ada Islam, sebagai agama Persekutuan, boleh mencabuli hak asasi dalam Bahagian II, Perlembagaan Persekutuan khususnya hak untuk menganut dan mengamalkan agama mereka dalam kumpulan agama minoriti.



Dawson berkata, satu lagi persoalan perlembagaan yang penting ialah sama ada negeri boleh campur tangan dalam soal hak kumpulan agama dalam mengendalikan hal ehwalnya sendiri.



Persoalan lain, katanya, ialah sama ada kekeliruan seperti didakwa oleh kumpulan agama tertentu merupakan alasan untuk membataskan hak kebebasan kumpulan agama yang lain.



Beliau berkata, persoalan mengenai undang-undang pentadbiran bertumpu ke atas kuasa Menteri Dalam Negeri iaitu sama ada keputusan Menteri Dalam Negeri atas alasan ancaman kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam dapat disemak semula oleh mahkamah.



Persoalan lain, katanya, adalah sama ada Mahkamah Rayuan boleh melakukan penyelidikan di Internet dan membuat rumusan tertentu terhadap isu perbandingan agama.



Beliau berkata, Gereja Katolik akan menyerahkan permohonan kebenaran itu ke Jabatan Peguam Negara untuk diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, kerajaan dan jabatan-jabatan agama negeri.



Dawson berkata, dijangka tarikh pengurusan kes akan ditetapkan dan selepas itu tarikh untuk mendengar permohonan kebenaran merayu itu pula akan ditetapkan.



Pada 14 Oktober, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang Herald menggunakan kalimah "Allah".



Mahkamah itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah "Allah".



Pada 16 Februari, 2010, Gereja Roman Katolik diketuai Archbishop Murphy Pakiam, memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, memohon antara lain, diisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan Herald adalah salah di sisi undang-undang.



Penerbitan mingguan itu, diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah "Allah" untuk merujuk kepada "God" dalam Herald edisi bahasa Melayu, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.



Pada 31 Disember, 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang Herald daripada menggunakan kalimah "Allah" adalah salah di sisi undang-undang, tidak sah dan batal.







From: SaSa General FEED
Read more

Pusat akuatik baharu di Petra Jaya dibina ikut piawaian antarabangsa

KUCHING: Pusat akuatik baharu yang bernilai lebih RM100 juta di Petra Jaya dibina mengikut piawaian antarabangsa, kata Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin.


Beliau memberitahu, Sarawak dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk menganjurkan sukan akuatik kerana memiliki pusat yang bertaraf antarabangsa itu.


“Kita telah mencadangkan beberapa sukan akuatik pada temasya Sukan SEA 2017 diadakan di pusat baharu itu sebaik sahaja ia siap sepenuhnya kelak.


“Kini pusat itu sedang rancak dibina dan pastinya akan siap mengikut jadual dan piawaian antarabangsa,” katanya pada sidang media dipejabatnya, di sini semalam.


Lee yang juga Menteri Muda Perhubungan memberitahu pusat akautik itu bersedia menjadi tempat penganjuran kejohanan air peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.


Beliau menjelaskan, bahawa pusat akuatik baharu itu akan dilengkapi fasiliti mengikut piawaian antarabangsa berbanding yang ada pada masa ini hanya sesuai untuk latihan sahaja.


“Apa yang kita ada sekarang hanya sesuai untuk latihan dan kita yakin dengan adanya pusat baharu ini yang dilengkapi fasiliti mengikut piawaian antarabangsa.


“Malah, kita juga tidak menghadapi masalah untuk menganjurkan acara sukan akuatik peringkat antarabangsa di sini,” ujarnya.


Pusat akuatik baharu itu dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2015.


Sementara itu, menyentuh mengenai perkembangan terkini kerja-kerja menaik taraf Stadium Sarawak, Lee berkata: “Pihak kita akan memastikan kerja menaik taraf berjalan dengan lancar”.


“Kita prihatin dengan keadaan masa sekarang dan kita memberi tumpuan kerja menaik taraf itu berjalan dengan lancar bagi memastikan ia siap sepenuhnya,” katanya.






From: SaSa General FEED
Read more