SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.


Ibrahim Ali jadi bahan jenaka di Sabah?


KOTA KINABALU - Pelbagai reaksi diberikan orang ramai apabila sebut nama Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali di hadapan mereka. Ada yang ketawa, ada yang marah, ada yang benci dan ada yang meluat.



Ibrahim Ali adalah seperti resipi ikan goreng empat perisa yang tidak menjadi kerana terlebih pedas atau garam. Yang pasti, ramai di Sabah yang tidak gembira atau senang hati tiap kali berbicara mengenainya.



Sejak kredibilitinya menjadi bahan jenaka pelayar laman siber selepas gagal menunaikan janji membawa ribuan ahli Perkasa membantah perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur, dia terus menjadi hidangan sampingan untuk diketawa dan dikutuk warga netizen dalam Facebook.



Penangan Presiden Perkasa ini sememangnya menjadi satu ‘fenomena’ di Sabah, mungkin lebih kepada fenomena negatif kerana ia mencabar keamanan dan perpaduan penduduk berbilang kaum di negeri ini dengan membawa elemen perkauman yang ekstrem.



Setiap hari buka saja Facebook, mukanya pasti ada ‘menghiasi wall’ dan paling menarik wajah dan setiap kata-katanya dikarikaturkan dalam pelbagai rupa. Paling banyak wajahnya disamakan dengan katak siap dengan kapsyen “adakah mulut kita berbeza”, merujuk kepada gambar seekor katak dengan mulutnya ternganga luas.



Suara katak sumbang, sumbang jugalah mesej yang dibawa oleh Ibrahim.



Terbaru, dengan berita Presiden Perkasa ini mahu datang ke Sabah, pereka grafik melukis beliau disepak dan dan digigit oleh peta negeri Sabah yang dilukis wajah seperti anjing dengan kapsyen ‘kau tidak dialu-alukan di sini”.



Lukisan itu memang melucukan, satirikal dan sinis. Ada gambarnya yang diedit menjadi wajah dinosar dengan kapsyen “…me eat Bibles”. Ia merujuk kepada kenyataannya dulu yang mahu membakar alKitab penganut Kristian sebagai tindak balasnya terhadap kedegilan orang bukan Islam yang mahu menggunakaan perkataan Allah dalam penerbitan, termasuk dalam Bible.



Ibrahim Ali sepatutnya berkunjung ke Kota Kinabalu pada 23 November ini untuk acara Perkasa cawangan Sabah. Namun ramai pihak sudah menyuarakan bantahan beliau menjejakkan kaki di negeri ini. Beliau juga dilaporkan mahu datang ke Sarawak tetapi sudah dibantah awal-awal oleh Ketua Menteri Sarawak sendiri.



Pentadbiran Tan Sri Taib Mahmud tidak mahu Perkasa berada di Sarawak. Seorang menteri negeri yang juga ahli Pesaka Bumiputera Bersatu itu (PBB) berkata, mereka tidak senang dengan niat Perkasa yang mahu datang di bumi kenyalang untuk mendapatkan sokongan terhadap agendanya.



Perkasa sebelum ini mendedahkan ia ada 45,000 ahli di Sabah dan mendakwa organisasi itu “bukan rasis” tetapi mahu menjaga hak-hak Bumiputera.



Pembantu Menteri Pembangunan Belia Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah tidak yakin dan berkata, kumpulan itu bersifat radikal dan tidak mempunyai tempat dalam masyarakat Sarawak.



“Perkasa tidak dialu-alukan di Sarawak. Ini juga terpakai kepada pertubuhan-pertubuhan lain yang menggalakkan pandangan Perkasa. Kita tidak mahu menjadi satu lagi Yugoslavia,” katanya merujuk kepada perpecahan di negara barat iu akibat isu bangsa dan agama.



Abdul Karim berkata, Perkasa perlu tahu bahawa pandangan ekstrim mereka tidak didokong oleh pelbagai kaum Malaysia yang masih percaya kepada sikap bertoleransi.



Netizen Facebook tidak mahu ketinggalan dalam membantah lawatan Ibrahim di Sabah dan Sarawak. Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gabungan Bomoh Se-Borneo menghantar gambar hitam putih gambar alat-alat untuk membomoh dengan kapsyen “kiram sudah kena…mungkin lepas ni …yang baik terhadap kita, kita balas dengan jutaan kebaikan, yang jahat kita hadiahkan ‘sepiring’ mantera…”



Penduduk Sabah dan Sarawak bersatu dalam hal berkaitan dengan Ibrahim Ali. Mereka bimbang perpaduan dan tolak ansur yang tinggi di kalangan pelbagai kaum di Borneo ini akan terjejas jika membenarkan Ibrahim menyembur racun perkauman dan menghina pegangan agama bukan Islam dengan sesuka hati.



Bantahan terus diterima. Ibrahim dianggap sebagai ‘Bapa segala perkauman” yang amat dibenci oleh rakyat Sabah dan Sarawak kerana pandangannya lebih memperjuangkan kaum Melayu dan memandang rendah kaum lain.



Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS) Keningau, Paul Kadau menggesa Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menggunakan kuasa eksekutifnya menghalang kedatangan Presiden Perkasa itu di negeri ini.



Sikap kurang sensitif Ibrahim ketika membangkitkan isu kalimah ‘Allah’ dan tidak setuju penggunaan kalimah itu digunakan dalam alkitab menjadi sebab kenapa beliau harus diharamkan datang ke Sabah, katanya.



“Kami tidak mahu beliau datang ke Sabah dan mengajar anak-anak kami dengan budaya benci membenci, Ibrahim lantang bersuara tanpa menghormati sensiviti agama dan budaya rakyat lain.



“Musa Aman sila senarai hitamkan Ibrahim Ali daripada masuk ke Sabah kerana beliau pencetus kerosakan perpaduan rakyat,Jangan biarkan orang ini membangkitkan isu perkauman di Borneo,” demikian rungutan ramai orang.



Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman pernah menggunakan kuasanya menghalang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar daripada menghadiri sambutan Pesta Kaamatan di Penampang pada Mei lalu, maka ramai mengharapkan beliau melakukan perkara yang sama demi kebaikan penduduk negeri ini.



Sementara itu di Sidang Dewan Undangan Negeri di sini semalam, Adun Sri Tanjung, Chan Foong Hin, menggesa Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bertindak menghalang kemasukan Presiden pelampau Perkasa, Ibrahim Ali ke Sabah.



Beliau berkata, sebagai Huguan Siou (pemimpin agung) kaum daripada Kadazan, Dusun dan Murut di Sabah, beliau sepatutnya lebih banyak bersuara menghalang Ibrahim daripada memasuki Sabah.



“Kita semua tahu yang ini adalah Ibrahim Ali. Beliau adalah seorang pelampau yang akan menyebabkan keharmonian dan gangguan awam (dengan kenyataan dan tindakan beliau). Oleh itu, Pairin sebagai pemimpin tertinggi orang KDM, perlu memastikan bahawa Ibrahim tidak menjejakkan kaki di Sabah,” katanya.



Kegagalan berbuat demikian akan menggambarkan pemimpin di negeri ini bersekongkol dan setuju dengan ideologi negatif yang dibawa Ibrahim, katanya.



Percy Goliu



From: SaSa General FEED

0 comments:

Post a Comment



 

kota kinabalu map

view of mount kinabalu

mount kinabalu

kota kinabalu sabah

kuching map

kuching city, sarawak

harbour view kuching

sunset at kuching