SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.

TERKINI: LAGI INSIDEN BOT KARAM DI SARAWAK


-INSIDEN BOT KARAM YANG KEDUA DILAPORKAN BERLAKU DALAM SEMINGGU & SETAKAT INI, 17 ORANG PENUMPANG TELAH BERJAYA DISELAMATKAN SEMENTARA SEORANG LAGI DIKHUATIRI HILANG-




Seramai 17 penumpang selamat manakala seorang dikhuatiri hilang dalam kejadian terbaru bot penumpang karam di Sungai Sian, Bintangor, Sarikei pagi tadi.



Dalam kejadian kira-kira 6.50 pagi, penumpang-penumpang yang malang tersebut diselamatkan oleh anak-anak kapal sebuah tongkang yang kebetulan lalu di situ.



Mangsa yang hilang adalah seorang lelaki berusia 20-an hingga 30-an.



Tirai tahun 2014 di buka dengan insiden bot karam yang membawa 27 orang terbalik di muara Batang Lassa di Daro seminggu yang lepas pada tanggal 18hb Januari yang mengorbankan 10 nyawa sementara seorang lagi masih hilang.



Rombongan tersebut baharu balik dari menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Saai dan menuju ke rumah masing-masing di Kampung Tekajong.



-UnReportedNews™®







From: SaSa General FEED
Read more

TARGEDI BOT KARAM DI BINTANGOR



Sebuah boat 1Azam perjalanan dari Sg Sian Ke Bintangor telah karam sekitar jam 7 pg tadi.


Difahamkan seramai 16 orang rombongan di dalam bot tersebut untuk upacara pengkebumian ke perkuburan Ng Bangkit Selidap.


15 orang terselamat dan seorang dikhuatiri hilang.Mangsa yang hilang Kenny ak Bisa 28 tahun berbansa Iban.Operasi mencari mangsa masih dijalankan.















From: SaSa General FEED
Read more

PATI mula ditahan dalam operasi khas



DITAHAN: Semua pendatang dikumpul untuk mengesahkan kerakyatan dan permit kerja mereka oleh kakitangan Jabatan Imigresen di Jalan Siol Kanan, Kuching semalam.



205 ditahan oleh Jabatan Imigresen melibatkan pemeriksaan ke atas 495 warga asing


KUCHING: Seramai 205 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan oleh Jabatan Imigresen sempena Ops Bersepadu 6P Fasa Kedua yang dijalankan serentak di seluruh negeri semalam.


Jurucakap Jabatan Imigresen berkata, operasi tersebut yang bermula dari jam 12 tengah malam di Kuching, Sibu, Miri, Limbang dan Bintulu melibatkan pemeriksaan ke atas seramai 495 warga asing menerusi 22 operasi.


“Sehingga jam 12 tengah hari tadi (semalam), sebanyak 22 operasi dijalankan serentak iaitu di Kuching (16), Sibu (1), Bintulu (3) dan Miri (2) dengan memeriksa seramai 495 warga asing.


“Daripada jumlah tersebut seramai 205 orang telah ditangkap kerana disyaki melanggar pelbagai kesalahan di Bawah Akta Imigresen 1959/63 dan peraturan Imigresen 1963,” katanya.


Manakala 290 warga asing lagi dibebaskan kerana didapati mempunyai pas yang sah untuk tinggal serta bekerja di negeri ini.


“Daripada jumlah tangkapan itu, warganegera Indonesia seramai 177 orang, Filipina tujuh orang, Pakistan seorang dan warganegara lain seramai 20 orang.


“Mereka ditangkap dari pelbagai sektor yakni sektor pembinaan, perkhidmatan, perkilangan dan lain-lain,” katanya sambil menambah operasi tersebut turut disertai anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Justeru menurut beliau, kesemua yang ditahan telah dihantar ke Depot Tahanan Imigresen di Semujan, Serian dan Bekenu, Miri serta lokap tahan polis sementara siasatan lanjut dijalankan.


Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Negeri, Hamfatullah Syawal Hamdan, operasi di seluruh negeri itu akan dijalankan bagi tempoh tiga bulan bermula semalam.


“Pemeriksaan akan dijalankan ke atas setiap warga asing yang bekerja di Sarawak untuk memastikan mereka tidak melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen,” kata Hamfatullah kepada pemberita.


Antara pelbagai kesalahan yang dipantau oleh jabatan itu adalah visa tamat tempoh, permit kerja tamat tempoh atau permit kerja yang tidak selari dengan syarikat di mana mereka bekerja sekarang.







From: SaSa General FEED
Read more

Video Penuh: Santai Bersama Ustaz Kazim Elias (Dewan Saadah KK 2014)




Alhamdulillah, setelah lebih 10 kali mencuba untuk memuat naik viedo penuh Santai Bersama UKE, akhirnya DKM Sabah berjaya juga memuat naik video ini setelah sehari semalam. Pastinya ramai yang tercari-cari video ini, dan #DemiSebuahPerjuangan dan #DemiSebuahDakwah maka kongsikanlah kepada seberapa ramai rakan-rakan kita.



Kualiti video ini hanya untuk tontonan di Youtube, bagi yang ingin Video dengan kualiti yang terbaik, sila tinggalkan pesanan anda, pihak DKM akan beri video yang berkualiti dalam bentuk DVD.




















From: SaSa General FEED
Read more

KISAH KAPAL TITANIC TENGGELAM SUDAH TERTULIS DI DALAM SURAH YASSIN?

Kisah seperti ini memamng tidak mustahil, kerana Al Quran Merupakan kitab yang hebat dan salah satu Mukjizat Nabi Muhammad.


Siapa yang tidak tahu tentang kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912.



Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang paling mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi. Dengan sedikit sahaja kebocoran, kapal Titanic yang dibina dalam masa 3 tahun itu tenggelam dalam masa 3 jam sahaja.



Ucaplah, SUBHANALLAH!


Tetapi para sarjana dan ilmuwan Islam terkemuka dunia yang mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yang amat mengejutkan. Baca balik Surah Yaasin ayat ke 41 hingga ayat ke 44 :


لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.





وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ

42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu [1269]. [1269] Maksudnya : binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.





وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ

43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.





وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ

44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

ALLAHUAKBAR!!


Dan mereka turut menyatakan bahawa maksud dari potongan itu bahawa berdasarkan kenyataan bongkak kapten kapal Titanic iaitu Kapten Edward J.Smith yang berkata :


”Tuhan sendiri tidak dapat menenggelamkan kapal ini. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, tidak ada satu pelayaran di bawah saya pun yang pernah gagal saya kendalikan walau dalam apa jua keadaan laut yang menggila..”.

Kenyataan beliau itu cukup menunjukkan mereka telah lupa ada kuasa yang jauh lebih hebat iaitu Tuhan.



”Hasil” dari kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar hanya 3 hari saja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar bagi hampir 1500 orang ”mangsa” Titanic.

SUBHANALLAH! SILA SHARE PADA KAWAN-KAWANsumber









From: SaSa General FEED
Read more

PGA akan dijenamakan semula



SERAH TERIMA TUGAS: Salleh (tengah) menyaksikan serah terima tugas Komander Briged PGA di antara Wan Abdullah (kiri) dan Zahari Ahmad, semalam.



Tanggungjawab dan fungsi pasukan harus relevan kepada masyarakat masa kini


KUCHING: Pasukan Gera-kan Am (PGA) akan dijenamakan semula sejajar de-ngan peranan dan tanggungjawabnya kepada ma-syarakat masa kini.


Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam Polis Bukit Aman Datuk Seri Salleh Mat Rashid berkata, perkara tersebut untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap pasukan berkenaan.


“PGA perlu dijenamakan semula agar lebih relevan mengikut situasi sekarang. PGA juga mempunyai ba-nyak tugas dan tanggungjawab sebagai sebuah pasukan yang boleh bergerak dalam apa jua keadaan.


“Selain itu, PGA tidak bo-leh bekerja secara tertutup, PGA harus kembangkan tanggungjawab dan tugasnya kepada masyarakat dan saya nak masyarakat tahu PGA adalah pasukan polis terbaik,” ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.


Justeru, menurut beliau, satu mesyuarat dijadual di-adakan pada 23 Januari ini bagi menjenamakan semula PGA dan meningkatkan peranannya kepada masyarakat.


Mesyuarat tersebut akan melibatkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Bukit Aman bersama lima komander PGA dari seluruh negara.


Menurutnya, PGA sebelum ini dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan sebelum ditukar pada tahun 1989 selepas negara tidak lagi menerima ancaman komunis.


“PGA yang sebelum ini dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan atau ‘Police Field Force’ kini mempunyai kira-kira 14,000 anggota yang bertugas di seluruh negara,” jelasnya.


Salleh sebelum itu menyaksikan majlis serah tugas oleh Komander PGA Briged Sara-wak, Datuk Wan Abdullah Tuanku Said kepada Timba-lannya ACP Zahari Ahmad yang akan memangku tugas tersebut di Kem PGA Sara-wak, Batu Kawa.


Wan Abdullah yang telah berkhidmat sebagai Komander PGA Briged Sarawak selama tiga tahun akan bersara pada 5 Februari ini.


Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pe-suruhjaya Polis Negeri Datuk Law Hong Soon.







From: SaSa General FEED
Read more

Wan Zain diminta kemuka butiran pesakit ditolak Hospital Sultanah Aminah


KUCHING: Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru memohon kerjasama aktivis sosial, Wan Zain Syed Mohdzar untuk mengemukakan butiran lanjut berkaitan pesakit yang tidak diterima kemasukannya di hospital berkenaan.


Pengarahnya Dr Rooshaimi Merican A.Rahim Merican melalui kenyataan media yang dikeluarkan di sini, semalam berkata pihak pengurusan hospital memandang serius terhadap dakwaan yang telah dikemukakan itu.


Menurut beliau, merujuk kepada aduan Wan Zain Syed Mohdzar yang telah disiarkan di akhbar pada 12 Januari 2014, terlebih dahulu pihak pengurusan hospital mengucapkan terima kasih kerana sudi mengemukakan aduan berkenaan.


“Pihak pengurusan hospital memandang serius terhadap dakwaan yang telah dikemukakan.


“Sehubungan itu kami mohon kerjasama Wan Zain Syed Mohdzar untuk mengemukakan butiran lanjut berkaitan pesakit khususnya tarikh pesakit hadir ke hospital ini untuk mendapatkan rawatan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya.


Dengan itu kata Dr Rooshaimi, Wan Zain boleh berhubung dengan Pegawai Perhubungan Awam hospital di talian 07-225 7000 sambungan 2722/3456 atau melalui alamat e-mel publichsajb@moh.gov.my.


“Pihak kami amat menghargai maklum balas yang diberikan demi meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh hospital ini,” tegasnya.


Pada 12 Januari lepas, Wan Zain meminta Hospital Umum Johor (JGH) memberi penjelasan lanjut berhubung keengganan pihak hospital menerima masuk pesakit yang berasal dari Sarawak di hospital berkenaan.


Wan Zain mendakwa pesakit yang berasal dari Sibu itu telah terlibat dalam kemalangan dan dihantar ke JGH untuk rawatan, tetapi ditolak kemasukannya oleh hospital.


“Alasan JGH enggan menerima pesakit kerana mangsa bukan orang Johor, meskipun pesakit memerlukan perhatian perubatan ekoran patah tulang kesan daripada kemalangan dialami,” kata Wan Zain.


Malahan kata beliau, pesakit Norhaironiza Hasim kemudian dirujuk ke Hospital Umum Muar dan berjaya menjalani pembedahan di sana yang dibiayainya sendiri.







From: SaSa General FEED
Read more

PEGAWAI KHAS MENTERI KAKI PROJEK KENA TAHAN SPRM




Tiga individu termasuk seorang pegawai khas menteri yang bergelar Datuk ditahan reman pada hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan dan pemberian wang suapan berkaitan pemberian tender.



Majistret Nur Dahlia Azmi mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari terhadap pegawai khas itu dan seorang ahli perniagaan manakala seorang wanita berjawatan setiausaha ditahan reman selama tiga hari, bermula hari ini.



Mereka yang berusia antara 31 dan 48 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.



SPRM mengemukakan permohonon tahanan reman itu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.




Siapa pegawai khas itu masih menjadi tanda tanya kerana SPRM tidak memaklumkan siapa pegawai khas yang bergelar Datuk itu.



Menurut maklumat kenderaan mewah milik Datuk tersebut juga telah dirampas termasuk Toyota Alphard, Golf GTI, Toyota Vellfire dan Camry yang kini diletakkan di Bangunan SPRM, Putrajaya.





From: SaSa General FEED
Read more

Wanita pecah amanah dihadapkan ke mahkamah



PERBICARAAN: Kelihatan tertuduh dibawa ke kamar perbicaraan di Mahkamah Majistret Sarikei semalam untuk menjalani sesi perbicaraan tentang kes pecah amanah.



Kes pecah amanah kerani akaun dirujuk ke Mahkamah Sesyen Sibu pada 8 Januari ini


SARIKEI: Mahkamah Majistret di sini semalam memutuskan bahawa kes pecah amanah melibatkan seorang kerani akaun sebuah syarikat di sini disebut semula dan dirujuk ke Mahkamah Sesyen Sibu pada 8 Januari ini, jam 9 pagi.


Tertuduh, Lim Hui Ten, 31, dituduh menggelapkan wang syarikat tempat dia bekerja dengan jumlah RM65,000 pada 4 April 2013.


Dalam pertuduhan dibacakan ke atas tertuduh oleh Pegawai Pendakwa Raya Inspektor Anbarasu Gopi pada sesi perbicaraan kes terbabit semalam, suspek dituduh melakukan pecah amanah pada 4 April tahun lalu, jam 1.24 petang, di salah sebuah bank, di sini.


Berikutan kesalahan tersebut, tertuduh disabit kesalahan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 14 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


Dengan sebutan semula kes terbabit di Mahkamah Seksyen Sibu, tertuduh dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM30,000 bersama deposit berjumlah RM5,000 dan dua penjamin.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Yap Hoi Liong yang merupakan peguam dilantik oleh syarikat terbabit ketika ditemui di luar mahkamah sebaik sahaja sesi mahkamah tersebut ditangguhkan mengingatkan dan memberi amaran kepada orang ramai agar berhati-hati dengan kes-kes penipuan.


“Jangan mengambil pendekatan serupa kerana ketamakan terhadap wang ringgit, ‘kerana sepandai-pandai menipu, sudah pasti suatu hari kita tertangkap’.


“Berusahalah dengan cara halal, rajin dan berkat jika ingin berjaya dan bukannya dengan melakukan penipuan.


“Kita juga ingin mengingatkan orang ramai sekiranya berhadapan dengan sebarang kejadian jenayah, harus bertindak dan melaporkannya dengan segera kepada polis dan tidak mendiamkannya kerana tindakan serupa boleh mengakibatkan penjenayah terus bermaharajalela,” katanya.


Yap turut memuji anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei yang berusaha bertungkus-lumus melakukan siasatan terperinci terhadap kes terbabit dan berharap mampu diselesaikan dalam tempoh terdekat.







From: SaSa General FEED
Read more

Kemalangan ngeri...

Read more

MELAYU SUDAH BENAR-BENAR LUPA ASAL USUL

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.


Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.


Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.


Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.


Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.


Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.


Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.


Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.


Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.


Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.







Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.


Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.










Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.


Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.


Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.


Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.


Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.


Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.


Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.


Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.


Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.


Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.


Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.


Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.


Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.


Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.


Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.


Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.


Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.


Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.


sumber



From: SaSa General FEED
Read more

MEMALUKAN-PASANGAN ZINA DI TANGKAP DI SURAU








Seorang pekerja salun kecantikan di Taman Ipoh Jaya Timur, Rapat Setia, di sini, yang dipercayai melakukan maksiat bersama seorang lelaki dicekup majikannya dalam keadaan tidak berpakaian di premisnya bekerja, awal pagi kelmarin



Lebih memalukan, pekerja wanita berusia 23 tahun dan baru enam bulan bekerja di spa terbabit terkantoi melakukan perbuatan terkutuk itu bersama pasangannya yang berusia 25 tahun di dalam surau spa itu.



Menurut pemilik spa dikenali sebagai Yaya, 27, dia menangkap pekerjanya itu ketika bersama beberapa pekerja lain mahu menyimpan barang di kedainya jam 5 pagi kerana pembekal terpaksa menghantar barang awal pagi berikutan cuti Krismas.



“Saya hampir pitam akibat terkejut melihat pekerja terbabit bersama pasangan lelakinya tidur dalam keadaan bogel sebaik membuka pintu surau ditingkat atas kedai.



“Pasangan terbabit hanya menyedari kehadiran kami selepas dikejutkan beberapa kali dan sebaik tersedar, saya menyuruhnya memakai pakaian sebelum melaporkan kejadian berkenaan kepada polis,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.



Yaya berkata, sementara pasangan terbabit memakai pakaian, dia bersama yang lain menunggu kehadiran polis ditingkat bawah, namun kedua-duanya lesap melarikan diri mengikut koridor ditingkat atas meninggalkan kereta Perodua Myvi didepan kedai.



Katanya, melihat kekecohan, beberapa jiran datang dan memeranjatkan apabila ada jiran mendakwa perbuatan maksiat dilakukan pekerja wanita warga tempatan itu berlarutan sejak lima bulan lalu.



“Jiran mendakwa hampir setiap malam terutama lewat malam dan awal pagi, ada lelaki datang ke spa kami, sedangkan perniagaan kami hanya beroperasi dari jam 11 pagi hingga 7 petang.



“Menurut jiran, lelaki yang datang pada waktu malam bukan seorang, tetapi ramai menaiki pelbagai kereta,” katanya.



Yaya berkata, pekerja berkenaan memecah masuk pusat kecantikannya lewat malam kelmarin, mengambil barangannya yang ditinggalkan di spa dan pasangannya mengambil kereta yang ditinggalkan.



Menurutnya, dia tidak sangka pekerja yang diberi kepercayaan menjaga premis termasuk diberi kunci tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu di premis perniagaan mereka.



“Sejak dua tahun beroperasi di sini, kami menjalankan rawatan kecantikan terutama pasangan pengantin dan salun rambut,” katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong, mengesahkan mengenai kejadian dan pihaknya sudah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian serta menjalankan siasatan bagi mengesan pekerja wanita itu


sumber



From: SaSa General FEED
Read more