SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.


Impak Banjir Lumpur Di Ranau Merisaukan?



Baru-baru ini saya telah menulis dalam blog dan dilanjutkan dalam laman facebook perihal banjir lumpur yang melanda sungai kadamain di daerah Kota Belud. Antara perkara-perkara yang merunsingkan ia lah  
1) Jalan mungkin terputus atau pun tertimbus dan jembatan hanyut sehinggakan menjejaskan aktiviti pekerja dan pekebun yang mungkin terputus perhubungan
2) Gangguan bekalan letrik dan air berseh
Walaupun kita telah mendapat maklumat bahawa aliran dan paras sungai kadamaian dalam tahap yang normal, namun tidak ada kepastian yang jelas sama ada  permasalahan pencemaran bekalan air bersih di Kota Belud telah pulih saperti biasa?
Oleh itu kita berharap ia nya dalam keadaan normal atau pun dalam kawalan yang terbaik oleh Jabatan Air disana.
Walaupun pada hakikatnya punca bencana bajir lumpur mungkin bermula dari sumber yang sama, namun dikatakan impak bencana banjir lumpur di daerah Ranau lagi teruk sehinggakan Perdana Menteri dan Datuk Musa Aman selaku ketua menteri Sabah sendiri campur tangan.
Kedua-dua mereka  mengarahkan agensi kerajaan dibawa kawalan masing bersiap sedia mengaktifkan gerakan bantuan dan operasi memindah pendudu yang terjejas di Ranau dan kawasan sekitar nya.
PM telah  mengesahkan bahawa bantuan akan disalurkan untuk memastikan kebajikan penduduk Ranau terpelihara sebaiknya, termasuklah dalam pembaikpulihan infrastruktur yang mengalami kerosakan akibat banjir dan gempa bumi baru-baru ini.
Manakala KM  Sabah telah mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerusikan sendiri Setiausaha Kerajaan Negeri  dan Pegawai Daerah Ranau bersama pelbagai jabatan dan agensi Negeri dan Pusat  bersiap siaga untuk membantu penduduk yang terjejas akibat banjir lumpur di beberapa kawasan di daerah Ranau.
Ekoran kekeruhan sumber air mentah dari Sungai Liwagu, pengeluaran bekalan air bersih di Ranau dihadkan pengeluaran bekalan nya demekian menurut Jurutera Bahagian Air daerah Ranau, Anthony Jullah.

Dilapurkan Jabatan Air hanya mampu membekalkan 50 peratus kapasiti bekalan air minum untuk kegunaan orang ramai di Ranau, khas nya kawasan dipersekitaran pekan Ranau.
Dalampada itu Anthony berkata beliau berusaha memulihkan bekalan air bersih kepada pengguna Ranau secepat yang mungkin.

Sumber: Agensi



From: SaSa General FEED

0 comments:

Post a Comment



 

kota kinabalu map

view of mount kinabalu

mount kinabalu

kota kinabalu sabah

kuching map

kuching city, sarawak

harbour view kuching

sunset at kuching