SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.


Anih Tetapi Benar KM Sarawak Makin Hari Semakin Lantang Tuntut Hak Sarawak



Nampak nya Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem, semakin hari semakin bertambah unik lagi lantang menuntut perkara  yang berkaitan dengan negeri Sarawak.
Beberapa hari yang lalu Adenan menyatakan bahawa Kerajaan negeri Sarawak tidak lagi membiarkan dirinya untuk dianggap sebagai anak tiri di negara ini.
Justeru Adenan menegaskan bahawa Sarawak adalah rakan setaraf dan bukan sekadar sebuah negeri dalam Malaysia.
Didepan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memeranjatkan kira-kira 15,000 hadirin apabila beliau meminta kuasa autonomi Sarawak dikembalikan.
Setiausaha Negeri Sarawak , Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani apabila diminta mengulas mengenai perkara itu mengakui ia merupakan berita baharu baginya.
Walaupun Adenan tidak menerangkan secara lanjut mengenai keperluan mengembalikan kuasa autonomi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir pada majlis itu, mengiktiraf keperluan pengurangan kuasa (persekutuan) kerana ia akan mempercepatkan rancangan pembangunan Sarawak.
  • “Saya rasa sudah tiba masanya untuk Sarawak menerajui cara mereka dalam bidang tertentu kerana mereka lebih mampu melakukannya. Kami masih lagi mengkaji perjanjian itu,” kata Najib.

Rasa nya suka atau pun tidak,  tindakan Ketua Menteri Sarawak pasti nya serba sedikit mencabar kewibawan pucuk pemimpin kita di Sabah, khas nya Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. 
Ia itu Musa Aman akan mengorak langkah bersama Adenan menuntut supaya negeri Sabah juga diberi autonomi disamping pengiktirafkan sebagai rakan kongsi dengan Malaya.
Anih tetapi benar,  Adenan Satem ini semesti nya menjadi idola majoriti rakyat Sabah yang selama ini kehausan untuk di kembalikan hak-hak mereka yang seakan-akan tercicir.

Sumber: The Rakyat Post



From: SaSa General FEED

0 comments:

Post a Comment



 

kota kinabalu map

view of mount kinabalu

mount kinabalu

kota kinabalu sabah

kuching map

kuching city, sarawak

harbour view kuching

sunset at kuching