SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.


Lelaki mengamuk acu senapang patah, ugut jiran

DIRAMPAS: Senapang patah yang masih berisi peluru hidup dirampas daripada suspek.

DIRAMPAS: Senapang patah yang masih berisi peluru hidup dirampas daripada suspek.

MIRI: Gara-gara kunci rumah, seorang lelaki di sini mengamuk sambil mengeluarkan sepucuk senapang patah serta kata-kata ugutan sehingga menimbulkan ketakutan jirannya.

Pada kejadian jam 6.36 petang kelmarin (Ahad) di sebuah rumah setinggan di Pujut 3 dekat sini, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis yang bertindak atas maklumat.

Polis turut merampas satu laras senapang patah berisi peluru hidup disyaki dipetik oleh suspek namun tidak meletup.

Jurucakap polis memberitahu, suspek ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengamuk dan melakukan ugutan jenayah menggunakan senjata api berisi peluru.

Suspek dikatakan mengamuk kerana kunci rumah diserahkan kepada jiran oleh ibunya yang hendak melawat datuk suspek tanpa pengetahuannya.

Dalam kes berasingan, polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun di Bandar Baharu Permyjaya di sini pada jam 3 pagi semalam kerana disyaki salah seorang ahli geng aktif melakukan jenayah ragut di sekitar Lutong dekat sini.

Polis turut merampas sebuah motosikal, satu unit telefon bimbit, satu unit ‘power bank’, sehelai jaket berwarna coklat, sebuah topi keledar, sekeping kad bank dan kad kredit milik seorang lelaki lain.

Suspek yang ditahan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk membantu siasatan lanjut.

AMUK: Suspek ditahan di Balai Polis Pusat Miri kerana disyaki melakukan ugutan jenayah menggunakan senjata api.

AMUK: Suspek ditahan di Balai Polis Pusat Miri kerana disyaki melakukan ugutan jenayah menggunakan senjata api.



From: SaSa General FEED

0 comments:

Post a Comment



 

kota kinabalu map

view of mount kinabalu

mount kinabalu

kota kinabalu sabah

kuching map

kuching city, sarawak

harbour view kuching

sunset at kuching