UMNO Tidak Bertapak Di Sarawak; Sabah Okey Bah Kalau UMNO?
Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan UMNO tidak akan bertapak di Sarawak kerana parti sedia ada di negeri ini sudah cukup kuat dan layak memimpin pentadbiran negeri.
Najib mengesahkan, UMNO tidak perlu dikembangkan ke Sarawak dan Barisan Nasional (BN) pusat menyerahkan kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan parti komponen BN lain untuk meneruskan penguasaan politik di negeri ini.
Di Sarawak sudah ada parti yang layak memimpin dan boleh menyatukan semua kaum. PBB adalah parti yang berpengaruh di negeri ini, boleh dipercayai dan perlu disokong, katanya.
Sementara itu, Adenan berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 dijangka dijalankan dalam tempoh tidak lewat dari 10 bulan lagi. PBB menyasarkan bakal bertanding sebanyak 40 kerusi daripada 82 kerusi dipertandingkan. Pada PRN lalu, PBB bertanding dalam 35 daripada 71 kerusi dan semua nya menang.
Najib berharap kecemerlangan PBB diteruskan dan bersatu menyelamatkan Sarawak dan Malaysia. Dalam 11 kerusi baru yang diwujudkan.
- Merujuk kepada kenyataan Najib terhadap keadaan politik di Sarawak, menggambarkan bahawa di Sabah tiada satu pun parti yang mampu menyatupadukan semua kaum saperti PBB di Sarawak.
- Justeru UMNO dari Malaya di import untuk meseimbangkan kelemahan yang timbul disini selepas kerajaan PBS ditumbangkan dan diganti oleh kerajaan UMNO/BN. Dengan ini amat jelas bahawa senario politk di Sabah jauh berbeza kalau dibandingkan dengan di Sarawak.
- Malang bagi Sabah kerana hingga hari ini belum ada petanda parti tempatan yang sekuat PBB untuk menjadi parti induk kepada parti-parti tempatan Sabah untuk mengantikan parti UMNO dan gabungan nya sebagai parti pemerentah di sini.
- Nampak nya kesan kegagalan parti pemerentah PBS mengekalkan penyatuan dikalangan kaum memberi impak yang berlarutan hingga masa kini.
- Berasaskan latar belakang sejarah, usaha untuk mengapi-apikan semangat bersatu melalui ideologi ‘Sabah For Sabahan’ pasti nya tidak akan menyatupadukan rakyat berbilnag kaum di Sabah.
- Strategi ini telah dipoloporkan oleh parti STAR ketika berkemben pada PRU13 yang lalu, namun kesudahan nya hanya seorang yang menang selain nya hampir-hampir semua hilang deposit.
- Kalau kita merujuk kepada kekuatan parti tempatan di Sarawak, apa yang perlu ia lah mengujudkan satu parti saperti PBB untuk menjadi induk kepada gabungan parti tempatan yang lain dalam berhadapan dengan UMNO/BN dan Pakatan Rakyat pada PRU14 yang akan datang?
- Kalau suasana ini tidak berubah, pasti nya kita akan melihat pertembungan berbilang parti pada PRU14 akan datang? Sekira nya ini lah yang berlaku UMNO/BN dijangka akan menang dan meneruskan pemerentahan mereka di Sabah.
Apa lagi dengan ada nya RM2.6 billion dalam simpanan UMNO untuk tujuan perbelanjaan PRU14 yang akan datang? Suka atau pun tidak itu lah realiti nya.
Perjuangan politik yang hanya berpangsikan kepada sentimen dan emosi tidak akan membantu mengembalikan kegemilangan parti tempatan.
Sumber: Harian Metro
From: SaSa General FEED
0 comments:
Post a Comment