SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.


Selepas Permintaan Berhimpun Di Dataran Merdeka Di Tolak Peserta Himpunan Berseh 4 Tidur Di Jalan Raya Kuala Lumpur?



Objektif Himpunan Bersih 4  yang akan berlangsung selama 34 jam  pada 29 dan 30 Ogos ini ada lah untuk menuntut pembaharuan seperti pilihan raya bersih, sebuah kerajaan yang bebas rasuah, hak untuk membantah, mengukuhkan demokrasi Parlimen dan menyelamatkan ekonomi.
Bagaimanapun permintaan berhimpun di Padang Merbok dan Dataran Merdeka ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Aneh tetapi itu lah hakikat nya, penganjur Bersih 4 dikatakan mengubah strategi mereka dan mengumumkan peserta himpunan akan BERMALAM ATAS JALAN RAYA di sekitar Kuala Lumpur?
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata pihaknya kini menarik semula gesaan membawa khemah yang sebelum ini dianjurkan kepada peserta himpunan selama 34 jam itu pada 29 dan 30 Ogos ini.
Kerana keadaan sebegitu, peserta di gesa membawa beg tidur, selimut dan payung di samping makanan dan minuman.
Sepatutnya,  Himpunan Bersih 4 akan diadakan serentak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur; Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah serta bandar utama di seluruh dunia.
Maria berkata, penganjur juga akan melayan permintaan DBKL yang mahu mereka menyediakan sendiri satu tong sampah besar bagi mengumpul sampah daripada himpunan itu.
Maria turut menyambut baik kenyataan DBKL yang mereka akan memastikan kamera rakaman litar tertutup (CCTV) pihak berkuasa tempatan itu akan beroperasi sepenuhnya pada hari itu.
Katanya, penganjur berjanji akan memastikan himpunan berlangsung dengan aman dan tiada sebarang pencerobohan halangan akan berlaku.

Sumber: The Malaysian Insider


From: SaSa General FEED

0 comments:

Post a Comment



 

kota kinabalu map

view of mount kinabalu

mount kinabalu

kota kinabalu sabah

kuching map

kuching city, sarawak

harbour view kuching

sunset at kuching