Bukit Aman Tahan Pelajar Pijak Gambar Pemimpin


Pelajar terbabit yang berusia 19 tahun ditahan di kolejnya sejurus tiba dari kampungnya di Batu Pahat, Johor dengan diiringi ibu bapanya.
- Tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota diketuai Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Md Hassan.
- Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.
- Turut dibawa bersama suspek, dua rakan sekuliahnya yang merakamkan perbuatan melampau suspek pada malam kejadian.
- Abd Jalil berkata, polis turut memeriksa unit kondominium yang disewa suspek di Cheras bagi mencari bahan bukti berkaitan.
- Suspek adalah pelajar jurusan multimedia kreatif sebuah kolej di Taman Maluri.

Pelajar terbabit dipercayai melarikan diri ke kampungnya di Batu Pahat selepas menyedari diburu polis.
Bagaimanapun, atas desakan ibu bapanya, suspek menyerah diri pada kira-kira jam 11 pagi sebelum ditahan sejam kemudian.
Sumber: The Malaysian Insider
via SaSaSuperBlog http://ajinbgagah.blogspot.com/2012/09/bukit-aman-tahan-pelajar-pijak-gambar.html
Kurang Didikan Patriotik. Tak Sedar tentang Kenikmatan yang di kecapi.Perlukan Kaunseling.