SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.


Mayat dalam gerai burger


Oleh Rusnan Mustafa //


Bandar Baru Samariang gempar pemuda ditemui mati selepas ‘pertemuan terakhir’ dengan kakaknya



GEMPAR: Orang ramai mengerumuni kawasan kejadian selepas mendapat berita mayat seorang pemuda dijumpai di dalam gerai burger, Bandar Baru Samariang semalam.



KUCHING: Malam Krismas menjadi detik pertemuan terakhir dua adik-beradik apabila si kakak mendapat berita adiknya dijumpai mati dalam sebuah gerai burger tepi jalan di Bandar Baru Samariang, semalam.


Menurut kakak mangsa, kali terakhir dia berjumpa dengan adiknya yang dikenali Suhaimi Ibrahim, 26, dari Bandar Baru Samariang pada 25 Disember lalu, sekitar jam 7 malam.


“Dia pernah memberitahu saya, ini mungkin pertemuan terakhir semasa berjumpa dengannya pada Khamis lepas,” luah kakak mangsa.


Mangsa merupakan anak ketujuh daripada 12 adik-beradik.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata, mayat pemuda itu dijumpai oleh pemilik gerai burger berpakaian lengkap tanpa kasut, mengiring menghadap ke arah dalam bahagian stor gerai burger berkenaan.


Jelasnya lagi, pakar patologi tiba di tempat kejadian dan menjumpai kesan luka lama pada kepala mangsa.


“Kita menerima panggilan sekitar 12.30 tengah hari (semalam) yang memaklumkan bahawa penemuan mayat pemuda berkenaan.


“Tiada saksi awam yang nampak kejadian itu,” jelasnya.


Roslan memberitahu, sepasukan forensik yang menjalankan siasatan di tempat kejadian tidak menjumpai sebarang senjata.


“Keluarga si mati juga telah tampil membuat pengecaman mayat semalam,” tambahnya.


Penemuan mayat itu semalam menggemparkan penduduk Bandar Baru Samariang.


Orang ramai mula mengerumuni kawasan kejadian apabila berita itu tersebar.


Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.


Klasifikasi kes akan dibuat selepas mendapat hasil laporan bedah siasat yang akan dijalankan hari ini.


Tiada suspek ditahan setakat berita ini ditulis dan polis masih menjalankan siasatan.



SADIS: Mayat pemuda ditemui di dalam gerai burger, Bandar Baru Samariang semalam.




DAPAT MAKLUMAT: Polis mendapatkan butiran mayat berkenaan daripada kakak mangsa.








From: SaSa General FEED
Read more

Mangsa banjir di Kuala Krai kelaparan, terperangkap


Babitkan kira-kira 100 mangsa berlindung di sebuah sekolah



BANJIR: Pemandangan darI udara Bandar Kuala Krai yang terputus hubungan sejak beberapa hari yang lalu air akibat limpahan air Sungai Kelantan di Kuala Krai, semalam. — Gambar Bernama



KUALA LUMPUR: Ketika pelbagai pihak sibuk menghulurkan sumbangan membantu mangsa banjir di Kelantan, kira-kira 100 mangsa yang menjadikan sebuah sekolah di Kuala Krai sebagai pusat perlindungan sementara, terpaksa berlapar dan bergelap tanpa sebarang bantuan sejak lebih 40 jam lepas.


Seorang mangsa banjir di Kuala Krai, Dr Azilah Mohd Ali berkata sehingga kini tidak diketahui nasib mangsa yang berlindung di bangunan Asrama Lelaki Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra (SYP) 1 itu.


“Saya mendapat tahu mangsa yang berada tingkat tiga dan empat asrama SYP 1 itu tidak menerima sebarang bantuan atau makanan sejak berpindah awal pagi Rabu lepas,” kata Pakar Pergigian Kanak-kanak Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, itu ketika dihubungi Bernama, semalam.


Menurut beliau sembilan anggota keluarganya termasuk dua adik, dua adik ipar dan lima anak saudara yang berusia antara tujuh dan 27 tahun terperangkap di bangunan sekolah berkenaan sejak tiga hari lepas.


Dr Azilah, yang sedang bercuti dan pulang ke Kelantan, kini berlindung di rumah anggota keluarga terdekat di Taman Krai Sentral yang bagaikan sebuah pulau setelah dikelilingi air banjir.


“Hubungan kami terputus disebabkan bateri telefon semakin lemah dan saya pula perlu menguruskan orang tua yang uzur,” katanya yang berpindah pada jam 4 pagi ketika air naik secara mendadak di Jajahan Kuala Krai, Rabu lepas.


“Masalah besar kini adalah sumber air mentah untuk makan dan minum telah kehabisan dan kami terpaksa mengharapkan kepada air hujan semata-mata,” katanya.


Sementara itu seorang penjawat awam yang berasal dari Kuala Krai, Soon Li Wei, 26, berkata sudah tiga hari dia tidak dapat berhubung dengan keluarganya yang menetap di Taman Guchil Jaya dan Kampung Guchil 4.


“Saya cuba menghubungi mereka beberapa kali sebelum ini tetapi tidak dapat.


Sehingga kini saya langsung tidak tahu bagaimana keadaan mereka. Paling dibimbangi, nenek saya Chan Cho Chu, 80, tinggal bersendirian di rumahnya dan saya dimaklumkan rakan sekampung, rumah nenek dinaiki air sehingga paras pinggang.


“Nenek tidak ada pengalaman melalui banjir jadi saya amat risaukannya, manakala ibu bapa dan adik saya juga terputus hubungan apabila jalan di sekeliling termasuk untuk ke rumah nenek turut dinaiki air dan ditutup… kemungkinan ibu bapa saya juga sudah berpindah ke pusat pemindahan,” katanya.


Seorang mahasiswa kolej swasta di Petaling Jaya, Kua Chee Hoe, 23, pula berkata beliau mendapat berita tentang kejadian banjir yang melanda rumahnya di Jalan Ah Sang, Kuala Krai melalui gambar yang tersebar di laman sosial Facebook.


“Saya cuba menghubungi keluarga saya tetapi tak dapat… apabila mendapat tahu air sudah mula naik ke tingkat dua rumah, saya segera meminta bantuan rakan-rakan melalui Facebook untuk membantu keluarga saya yang terperangkap.


“Syukur kerana tidak lama kemudian Pemuda MCA bahagian Kuala Krai membantu anggota keluarga saya keluar dari kawasan banjir dengan bot kecil mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Setakat 5 petang ini, sejumlah 119,624 mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor, Kedah dan Perlis terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan. — Bernama







From: SaSa General FEED
Read more

Tarikh Pembayaran BR1M 2015

Read more

Lelaki Gay kena campak dari bangunan

Anggota kumpulan Negara Islam (IS) didakwa membunuh seorang lelaki dengan mencampaknya dari atas bangunan sebelum direjam sehingga mati kerana dia seorang gay.


Melalui gambar dimuat naik di laman sesawang pertubuhan berkenaan, sekumpulan lelaki bersenjata dilihat berdiri di atas bumbung bangunan bersama lelaki terbabit yang didakwa disabitkan kesalahan oleh mahkamah.Kejadian itu didakwa berlaku di wilayah al-Furat, utara Iraq.


Satu daripada gambar itu menunjukkan mayat lelaki terbabit terkapar berhampiran batu bata bertaburan, dipercayai digunakan untuk merejamnya.


Melalui laporan Daily Mail, sebelum dijatuhi hukuman itu ‘pegawai mahkamah’ membacakan ‘penghakiman’ yang dibuat oleh mahkamah syariah.

Ketetapan itu menyatakan, tertuduh dihukum mati dengan dicampak dari tempat palinggi tinggi di bandar berkenaan kerana mengamalkan seks songsang.


“Kamu juga mesti direjam sehingga mati,” katanya.

IS didakwa menggunakan kaedah sama untuk menghukum mati ‘pesalah’ dalam sekurang-kurangnya tiga kejadian berasingan dalam tempoh kurang dari sebulan.

Satu daripadanya membabitkan seorang pemuda berusia 20 tahun yang didakwa memiliki gambar homoseksual di dalam telefon bimbitnya di Syria bulan lalu.sumber







From: SaSa General FEED
Read more

Pakatan Rakyat Sebar Borang Bantahan Persempadanan semula @spr

Read more

Kebakaran di Permai Jaya Sibu

Read more
 

kota kinabalu map

view of mount kinabalu

mount kinabalu

kota kinabalu sabah

kuching map

kuching city, sarawak

harbour view kuching

sunset at kuching