SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.


Masalah Bekalan Air Di Tenghilan, Daerah Tuaran - Kritikal



Hari ini penduduk dibeberapa buah kampung di Pekan Tenghilan dalam keadaan kritikal akibat kekurangan bekalan air bersih. Ini termasuk SMK Tenghilan yang didiami oleh seramai 300 orang penuntut dan juga guru-guru yang menatap di kawasan sekolah tersebut.

Antara yang paling teruk ada lah kampung yang berada di dataran tanah yang tinggi saperti kampung-kampung Tinuhan, Melisau, Saradan, Lapai dan Rumbiah. Manakala kampung yang berkedudukan ditanah yang rata saperti kawasan Pekan, Kampung Bunga, kampung Tenghilan, Linsuk dan lain-lain hanya mendapat bekalan air bersih dalam kadar sekali sekala.

  • Menurut penduduk yang terlibat sebagai berkata, mereka berhadapan dengan masaalah ini sejak 9 hari yang lalu. Masalah utama mereka ia lah untuk kegunaan air dibilik air dan sebagai nya.

  • Untuk itu, saya telah meluangkan masa untuk bertemu dengan pegawai Jabatan Air Tuaran(JAT), bertanya punca permasaalahan dan strategi mereka selanjutnya dalam menangani masaalah yang dikira kritikal ini. Menurut pegawai tersebut, punca utama kekurangan bekalan air bersih ia lah keadaan sungai Topokon (punca bekalan) yang dalam serba kekurangan air kerana cuaca yang kering tanpa hujan sejak beberapa minggu yang lalu.

  • Dalam masa yang sama, pump penghisap dan penapis air di logi Topokan kini dalam keadaan yang usang(model 1980), perlu diganti dengan yang baru kata pegawai air tersebut.

  • Ditanya apa kah tindakan Jabatan Air Tuaran selanjut nya, pegawai tersebut berkata, meraka akan membekalkan kampung-kampung yang terlibat dengan menghantar tanki air dan bermula hari ini.

  • Namun, mereka hanya mempunyai sebuah lorri yang akan mengangkut tanki air tersebut demi untuk menampung kekurangan bekalan air dibeberapa buah kampung yang terlibat.


Dalam isu yang sama, mereka menyatakan bahawa setakat ini hanya Datuk Jahid Jahim, ADUN Tamparuli yang sering menghubungi mereka melalui SMS, mohon jasa baik Jabatan Air Tuaran untuk bertindak segera dalam menyelesaikan masalah ini.

Malangnya hingga hari ini (menurut pegawai Jabatan Air Tuaran), Ahli Parlimen Tuaran belum lagi menghubungi mereka dan selanjut nya meninjau permasalahan kekurangan bekalan air berseh di Tenghilan (kawasan tempat lahir beliau).

Ketika ditemui oleh pemberita di Tamparuli baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata bekalan air bersih di negeri ini dijangka akan bertambah baik dalam tempoh lima tahun akan datang dengan penyiapan dan pelaksanaan projek-projek sedia ada.


Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur berkata, penyaluran bekalan air bersih melalui paip utama dan paip graviti di kawasan luar bandar juga kini semakin meningkat.

Sumber: NST, Penulis Blog






via SaSaSuperBlog http://ajinbgagah.blogspot.com/2012/08/masalah-bekalan-air-di-tenghilan-daerah.html

0 comments:

Post a Comment



 

kota kinabalu map

view of mount kinabalu

mount kinabalu

kota kinabalu sabah

kuching map

kuching city, sarawak

harbour view kuching

sunset at kuching