SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.


Senarai kerusi ditandingi parti Berjasa? Apa pandangan Pakatan ?





Source: Sabah Blog
Read more

Ketegangan Di Lahad Datu 4: Benarkan Orang Sabah Memiliki Senjatapi

"senjatapi di tangan rakyat Malaysia lebih boleh dipercayai berbanding dengan yang berada di tangan penyangak"















Ketegangan di Lahad Datu ini

sepatutnya membuka mata kerajaan terhadap potensi masalah yang bakal

timbul. Bahawa perairan negara boleh dicerobohi dengan senang dan

penyangak-penyangak dari negara jiran tidak tertakluk kepada mana-mana

undang-undang termasuk kerajaan



Source: SaSa General FEED
Read more

Samsung Galaxy S4 to be unveiled on 14 March

Samsung is reportedly going to unveil their next Galaxy S series of smartphone, the Galaxy S4,on next month’s Unpacked event on the 14th.


Samsung Unpacked

Samsung Unpacked



The poster, with emphasis on the ’4′ and ‘meet the next Galaxy’, pretty much confirmed that it will be the S4 that is going to be the star of the show. No other info is released as of now, so please stay tuned for more info.


Source: Reuters






Source: Sabah Blog
Read more

Anwar 'Membunuh' PKR Beaufort Demi Lajim

"Semua 15 orang AJK PKR Beaufort keluar dari parti dan menyertai UMNO"













Umum tahu bahawa Lajim Ukin telah keluar Barisan Nasional dan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Pakatan Perubahan Sabah (PPS). Langkah yang serupa juga dibuat oleh Wilfred Bumburing, Angkatan Perubahan Sabah (APS).







Langkah kedua-dua ahli politik veteren ini ada tujuannya. PPS konon



Source: SaSa General FEED
Read more

Ketegangan di Lahad Datu 3: Sabah Adalah Negeri Merdeka

"Sila tukar baris tiga terakhir dan baris terakhir lagu Sabah Tanah Airku"



















Sekarang ini adalah kurun ke-21. Negeri Sabah dicerobohi oleh anasir luar yang lengkap bersenjata dan mengatakan negeri ini adalah kepunyaan nenek moyang mereka.







Pada kurun ke-20, Penduduk Sabah telah memilih untuk merdeka dengan menyertai Persekutuan Malaysia. Memerdekakan diri maksudnya tekad penuh untuk



Source: SaSa General FEED
Read more

PM DATUK SERI NAJIB BERSETUJU GAJI KAKITANGAN AWAM DINAIKKAN


PM Datuk Seri Najib dikatakan bersetuju supaya kakitangan awam hampir 1.4 juta dinaikkan gaji sehingga RM400 dan menyelaras kenaikan elaun Tetap Perumahan antara RM 350-450. Pengumuman itu akan dibuat pada khamis ini atau selewat-lewatnya pada minggu depan seerti yang dilaporkan dalam beritasemasa.com.



Kenaikan ini adalah yang kedua bagi kakitangan awam di negara ini apabila pada tahun lepas sebanyak 13% telahpun diberikan ekoran pembatalan SBPA yang menjadi kontrovesi.Manakala CEUPACS pula sebelum ini memperjuangkan kenaikan ETP yang dikatakan sudah tidak relevan lagi. Sebelum ini TPM ernah membayangkan akan adanya berita gembira buat kakitangan awam sebelum bulan Mac tahun ini.



Ramai pemerhati politik berpandangan ia adalah satu lagi usaha Najib untuk menggamit sokongan daripada kakitangan awam menjelang PRU 13 yang boleh diadakan bila-bila masa dari sekarang.



Beberapa laporan turut menyatakan bahawa Najib dijangka akan membubarkan parlimen pada 22.02.2013 iaitu hari jumaat ini untuk memberi laluan PRU 13 diadakan pada waktu cuti persekolahan pada 23.03.2013 hingga 31.03.2013.



Ekoran pengumuman Najib itu nanti, diramalkan, kakitangan awam di negara ini akan memberikan sokongan kepada BN/UMNO pada PRU 13 nanti sekurang-kurangnya mencecah 80%.



Source: Sabah Blog
Read more

Guru mati tersepit ketika hidupkan enjin kereta

MALANG: Beberapa anggota polis mengangkat mangsa yang sudah tidak bernyawa untuk dibawa ke hospital bagi bedah siasat.

MALANG: Beberapa anggota polis mengangkat mangsa yang sudah tidak bernyawa untuk dibawa ke hospital bagi bedah siasat.



MIRI: Seorang guru sebuah sekolah rendah di sini, di­jumpai mati dalam keadaan tersepit dalam kereta miliknya di rumah sewanya di Taman Da Shin, Jalan Miri Airport di sini.


Mangsa yang dikenali se­bagai Chin Lin Hiong, 27, baharu balik bercuti sem­pena Tahun Baharu Cina dari Kuching dan hendak meng­hidupkan enjin keretanya yang ditinggalkan sepanjang bercuti, pada jam 8.30 pagi semalam.


Menurut sumber, ketika mangsa hendak menghidup­kan enjin kenderaannya, tanpa disangka keretanya yang tidak berada dalam kead­aan gear bebas, terlajak secara mengejut sejauh beberapa kaki ke hadapan.


Keadaan itu menyebabkan mangsa yang berada dalam keadaan tidak bersedia den­gan separuh badannya berada dalam kereta, terperangkap lalu tersepit di antara kereta dengan tiang rumah, tempat keretanya diparkirkan.


Mangsa dipercayai mening­gal dunia beberapa jam ke­mudian disebabkan masalah pernafasan.


Ketua Polis Miri ACP Mun Kock Keong ketika dihubungi semalam menge­sahkan kes berkenaan dan memberitahu polis meng­klasifikasikannya sebagai kematian mengejut.


Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk dibedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematiannya.






Source: Sabah Blog
Read more

Perdana Menteri Dimalukan Di Dalam Majlis Bersama Dong Zong





Source: Sarawak Blog
Read more

BENARKAH DSAI DALANG KEMASUKAN MNLF KE LAHAD DATU SABAH?




Keselamatan Negara tergugat apabila kehadiran warga asing yang bersenjata dan belum dikenalpasti identiti dan motif sebenar kehadiran mereka di Lahad Datu, Sabah. Negeri Sabah pernah dikejutkan dengan rompakan bank oleh 15 orang lanun di Lahad Datu, Sabah pada 25 September 1995. Insiden ini telah menyebabkan 6 kematian.



Sebelum ini, kehadiran kumpulan bersenjata warga asing mempunyai motif yang jelas iaitu dengan tujuan mendapatkan sumber kewangan dengan cara kekerasan.



Kehadiran kumpulan berpakaian tentera bersenjata masuk ke Lahad Datu tidak diketahui sebarang motif yang jelas. Daripada maklumat yang boleh dipercayai, kumpulan ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu di bawah pimpinan Nur Misuari. Lagi








Jika dakwaan ini benar, mohonlah kiranya yang berjawib ambil tindakan sewajarnya.






Source: Sabah Blog
Read more

SKANDAL SEKS DATUK SHAFIE APDAL MENJELMA KEMBALI






Kekecohan telah berkaku di kalangan pemimpin Umno Sabah dengan pesaing politik Zuhairie DaEngine disyaki membongkar semula skandal seks melibatkan pelakon jelita Zahida Rafik untuk memalukan menteri persekutuan bahagian pembangunan luar bandar dan wilayah.



"Kami terkejut mendengar bahawa SPRM telah akhirnya bersetuju untuk menyiasat tuduhan pemandu Zahida. Mengapa sekarang?" soal Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang dari PKR, yang telah mendedahkan skandal itu tahun lepas.





"Dulu, kita telah membuat begitu banyak laporan tetapi ia telah diabaikan dan disapu di bawah permaidani oleh pihak berkuasa, jadi persoalannya - kenapa sekarang? Siapakah begitu berkuasa di sebalik keputusan mengejut SPRM untuk mengambil tindakan? Siapakah yang begitu kuat sehinggakan SPRM bertindak balas begitu cepat dengan secara tiba-tiba. "





Ahli parlimen pembangkang telah merujuk kepada berita bahawa pemandu Zahida, Noor Azman Azemi, telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memberi kenyataannya berikutan skandal itu hari ini.





RM1.5 juta dalam 4 bulan, perkahwinan di London & sebuah banglo RM3 juta di Ampang





Tahun lepas, Azman telah membuat laporan polis bahawa Zuhairie telah mengupah dirinya sebagai pemandu untuk Zahida, dan juga mendedahkan bahawa menteri dan pelakon muda itu telah mengadakan hubungan intim selama 3 tahun.





Lebih mengejutkan, Azman mendedahkan bahawa Zuhairie dalam tempoh 4 bulan menyuruhnya untuk mendepositkan wang bernilai lebih kurang RM1.5 juta ke dalam akaun bank Zahida. Berita itu telah mencetuskan kemarahan rakyat dan kebimbangan rasuah kerana wang sejumlah itu melampaui pendapatan Zuhairie sebagai Menteri Kabinet.







Walaupun Azman telah memberikan beberapa bukti dalam bentuk dokumen, polis dan SPRM tidak mempedulikan laporan itu manakala Zahida menuduhnya cuba untuk mencemarkan reputasi dirinya kerana dia telah dipecat kerana melarikan diri dengan RM200, 000 daripada jumlah wang itu. Kedua-dua Zahida dan Zuhairie telah menafikan mempunyai apa-apa hubungan.



Walau bagaimanapun, spekulasi tidak berhenti disitu sahaja dan Zuhairie telah dituduh berkahwin dengan Zahida di London sebagai isteri keduanya (poligami dibenarkan di bawah undang-undang Islam) dan juga membeli sebuah banglo mewah di Ampang bernilai lebih kurang RM3 juta.





Semua mata kini tertumpu pada apa yang disoal SPRM pada Azman, dan jika dia mempunyai pendedahan-pendedahan baru untuk dibuat.





Menyukarkan Najib menempatkan Zuhairie di kerusi DUN?





Selain dari skandal seks, terdapat juga persaingan sengit kerana hubungan Zuhairie di Sabah.





Semua tahu bahawa dia merupakan kesayangan Perdana Menteri Najib Razak, yang mahu Zuhairie mengambil alih sebagai menteri ketua negeri dan adalah dipercayai sedang memikirkan dia sebagai calon di kerusi Negeri untuk menggantikan Musa Aman, menteri ketua semasa .





Musa Aman telah didakwa terlibat dalam rasuah secara besar-besaran dan kebimbangan semakin meningkat bahawa keadaan dirinya yang tidak popular akan merugikan parti Najib, BN untuk memerintah kerajaan negeri.





Bagi pemerhati politik, ia bukanlah kebetulan bahawa Musa menjadi perhatian dan dijadikan seperti penjahat dalam penyiasatan Suruhanjaya Diraja dalam kes penipuan kewarganegaraan untuk undi.





Musa telah dipersalahkan kerana tidak menghalang kerajaan persekutuan yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad daripada memberi kerakyatan kepada beratus-ratus ribu pekerja haram pada tahun 1990-an, kebanyakannya dari Filipina dan Indonesia, dalam pertukaran atas persetujuan mereka mengundi BN dalam pilihan raya.





Ada ubi ada batas





Pembocoran berita misteri bahawa penyangak nombor satu Filipina, yang mendakwa Manuel Karingal Amalilio merupakan anak saudara Musa juga telah menggemparkan rakyat Sabah, mencetuskan satu lagi rantaian spekulasi bahawa ini adalah serangan terbaru terhadap Musa daripada pesaing-pesaingnya dalam Umno seperti Zuhairie.





"Ia kelihatan seperti perbalahan dalaman benar-benar sedang panas dan ada ubi ada batas akan menjadi nama permainan kerana





setiap seorang cuba mendapatkan kelebihan. Kita sekarang ada isu Manuel dan Musa untuk disembunyikan. Sekarang, Zuhairie mendapat balasan dengan pembongkaran semula skandal Zahida," bekas pemimpin Umno Sabah berkata kepada Malaysia Chronicle.





Manuel dipercayai sedang bersembunyi di Sabah dan menyamar menggunakan nama Mohammad Sufian Said untuk bergerak kesegenap pelusuk negeri.







"Ini bukan isu kecil kerana dia dikatakan telah menipu lebih 15,000 orang sejumlah 12 bilion peso atau kira-kira RM900 juta! Musa mesti membersihkan namanya daripada dakwaan ini," Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam satu kenyataan.



Anwar telah membuat komen selepas Setiausaha dalam Negara Filipina Mar Roxas menuduh Musa menyekat penghantaran pulang Manuel ke Filipina.





"Ini begitu mengejutkan dan kami menuntut penjelasan lanjut," kata Anwar dalam menyeru pemimpin di Malaysia itu untuk membersihkan nama dari dakwaan.

-Malaysia Chronicle-





Source: Sabah Blog
Read more

PRU 13: DATUK SALLEH DI USUKAN?



Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri yang juga Ketua Bahagian UMNO KB, Datuk Salleh Tun Said dijangka akan melabuhkan kerier politiknya sekali lagi ada PRU 13 nanti di kawasan yang paling selamat baginya iaitu DUN USUKAN. Dalam rekod politik Sabah, Datuk Salleh yang sangat disayangi oleh penyokongnya ini tidak pernah berstatus calon Import di Sabah. Kebanyakkan hayat politiknya, beliau suka mengambil jalan "save and safety".



Jangkaan awal sebelum ini yang meramalkan Datuk Salleh menjadi calon di DUN Usukan mungkin satu realiti apabila ara penyokongnya di daerah Kota Belud sejak kebelakangan ini mula meniupkan semboyan dengan merwar-warkan berita tersebut sama ada melalui majlis-majlis politik ataupun melalui FCB dan Blog. Kekerapkan Datuk Salleh Turun padang melawat kawasan daerah mengundi mungkin boleh dijadikan petanda kukuh bahawa berita kembalinya beliau ke Usukan adalah satu kenyataan. Ini bermakna kerusi Parlimen akan menyaksikan Datuk Rahman Dahlan mempunyai peluang 70% untuk dicalonkan semula, kerana DSSK tidak mungkin akan dicalonkan di Parlimen setelah berjaya menjadi calon di DUN USUKAN.



Jika berperang pada padang yang rata, tidak ada unsur-unsur penipuan dan penggunaan wang di saat akhir untuk memancing undi, diramalkan majoriti datuk Salleh akan berkurangan. Namun jika 'tabiat' lama pemimpin dan rakyat masih seperti dulu, menyaksikan Majoriti besar akan diperolehi.



Memang diramal dari awal kelibat Datuk Salleh masih diperlukan di peringkat negeri. Dan jika Datuk Musa Aman masih Ketua Menteri Sabah seleas pasca PRU 13 dan bukannya Datuk Seri Shafie Apdal, dijangka jawatan paling dekat akan di duduki oleh Datuk Salleh adalah Timbalan Ketua Menteri mengisi kouta Bumiputera Islam dan ada kemungkinan akan menduduki jawatan Menteri Kewangan walaupun sebelum ini pada kebiasaannya jawatan ini disandang oleh Ketua menteri.



Untuk menduduki kerusi Ketua menteri, pada hemat saya pasca PRU 13 jika BN masih lagi berjaya mendirikan 'KERAJAAN' ,Datuk Salleh masih tidak akan dimahkotakan oleh Najib ada kerusi itu. Selain mahu mendapatkan rekod kesetiaan yang lebih besar, DSSK juga masih dibayangi oleh Datuk Shafie Apdal.







Source: Sabah Blog
Read more

Pembangkang tiada calon berkaliber untuk menawan Parlimen Tanjung Manis










Beliau tetap menjadi Pilihan CM Ps Taib atau akan kembali ke Sarawak untuk PRU Dun ke 11?












Datuk Norah Ahli Parlimen P.206

Kemenangan tanpa bertanding Datuk Hajjah Norah Tun Abd Rahman pada Pilihanraya Umum(PRU) ke 12 mungkin sekali lagi berlaku. Kekuatan PBB-BN di Parlimen Tanjung Manis sememangnya diakui apabila kawasan tersebut tidak pernah ditadbir oleh pembangkang. BN dijangka sekali lagi menamakan Datuk Hjh Norah untuk mewakili Parti Itu pada PRU 13. Hingga ke saat ini pembangkang dilihat gagal untuk menonjolkan seorang calon dari kalangan anak tempatan yang terkenal dan diterima ramai. Pembangkang juga sudah tidak mempunyai masa untuk mencari calon yang boleh menang untuk mewakili mereka. Kalau ada calon sekalipun kemungkinan mereka akan kehilangan wang pertaruhan. "khabarnya seseorang akan menjadi calon bebas untuk menentang Datuk Norah".




Ds Peter Chin pun dah sedar... eloklah berundur demi kemenangan Parti. khabarnya Datuk Sebastian ada aura tersendiri kepada penduduk Miri...Alan ling ada berani lawankah?



Source: Sarawak Blog
Read more
 

kota kinabalu map

view of mount kinabalu

mount kinabalu

kota kinabalu sabah

kuching map

kuching city, sarawak

harbour view kuching

sunset at kuching