SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.


PRU 13: DATUK SALLEH DI USUKAN?



Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri yang juga Ketua Bahagian UMNO KB, Datuk Salleh Tun Said dijangka akan melabuhkan kerier politiknya sekali lagi ada PRU 13 nanti di kawasan yang paling selamat baginya iaitu DUN USUKAN. Dalam rekod politik Sabah, Datuk Salleh yang sangat disayangi oleh penyokongnya ini tidak pernah berstatus calon Import di Sabah. Kebanyakkan hayat politiknya, beliau suka mengambil jalan "save and safety".



Jangkaan awal sebelum ini yang meramalkan Datuk Salleh menjadi calon di DUN Usukan mungkin satu realiti apabila ara penyokongnya di daerah Kota Belud sejak kebelakangan ini mula meniupkan semboyan dengan merwar-warkan berita tersebut sama ada melalui majlis-majlis politik ataupun melalui FCB dan Blog. Kekerapkan Datuk Salleh Turun padang melawat kawasan daerah mengundi mungkin boleh dijadikan petanda kukuh bahawa berita kembalinya beliau ke Usukan adalah satu kenyataan. Ini bermakna kerusi Parlimen akan menyaksikan Datuk Rahman Dahlan mempunyai peluang 70% untuk dicalonkan semula, kerana DSSK tidak mungkin akan dicalonkan di Parlimen setelah berjaya menjadi calon di DUN USUKAN.



Jika berperang pada padang yang rata, tidak ada unsur-unsur penipuan dan penggunaan wang di saat akhir untuk memancing undi, diramalkan majoriti datuk Salleh akan berkurangan. Namun jika 'tabiat' lama pemimpin dan rakyat masih seperti dulu, menyaksikan Majoriti besar akan diperolehi.



Memang diramal dari awal kelibat Datuk Salleh masih diperlukan di peringkat negeri. Dan jika Datuk Musa Aman masih Ketua Menteri Sabah seleas pasca PRU 13 dan bukannya Datuk Seri Shafie Apdal, dijangka jawatan paling dekat akan di duduki oleh Datuk Salleh adalah Timbalan Ketua Menteri mengisi kouta Bumiputera Islam dan ada kemungkinan akan menduduki jawatan Menteri Kewangan walaupun sebelum ini pada kebiasaannya jawatan ini disandang oleh Ketua menteri.



Untuk menduduki kerusi Ketua menteri, pada hemat saya pasca PRU 13 jika BN masih lagi berjaya mendirikan 'KERAJAAN' ,Datuk Salleh masih tidak akan dimahkotakan oleh Najib ada kerusi itu. Selain mahu mendapatkan rekod kesetiaan yang lebih besar, DSSK juga masih dibayangi oleh Datuk Shafie Apdal.







Source: Sabah Blog

0 comments:

Post a Comment



 

kota kinabalu map

view of mount kinabalu

mount kinabalu

kota kinabalu sabah

kuching map

kuching city, sarawak

harbour view kuching

sunset at kuching