Beberapa kawasan alami banjir kilat akibat hujan berterusan
KUCHING: Hujan berterusan sejak awal pagi hingga malam 25 Disember mengakibatkan beberapa kawasan di pusat bandar raya ini dilanda banjir kilat.
Hujan juga memaksa beberapa pengguna meredah jalan raya yang dinaiki air.
Namun demikian, keadaan di beberapa jalan yang terjejas mula beransur pulih semalam, termasuk di Jalan Matang di sini.
Antara kawasan yang terjejas akibat banjir kilat ialah Jalan Matang Baru, Taman Crescent di Jalan Matang dan beberapa kawasan di pusat bandar.
Di Matang, banjir yang berlaku pada lorong sebelah jalan memaksa pengguna menggunakan hanya satu lorong.
Sementara itu, menurut ramalan cuaca selama tujuh hari bagi Sarawak oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, bermula semalam hingga 1 Januari 2014, ribut petir dan hujan di beberapa tempat dijangka terus berlaku hingga ke petang.
From: SaSa General FEED
0 comments:
Post a Comment