SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.


Polis Kenal Pasti Individu Keluar Kenyataan Bawa Sabah Keluar Dari Malaysia?







Isu membawa negeri Sabah keluar dari Malaysia kini bertambah serius bilamana pihak polis telah mengenal pasti individu yang mengeluarkan kenyataan untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin. berkata siasatan lebih lanjut akan dilakukan terhadap individu terbabit dalam tempoh terdekat kerana mengeluarkan kenyataan yang berunsur hasutan.

"Tindakan tegas akan ambil terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataaan mempertikai kedudukan Sabah dalam Malaysia.

"Polis akan mempastikan tindakan diambil selari dengan kenyataan yang dibuat yang boleh kita anggap sebagai menghasut masyarakat di Sabah supaya membenci negara sendiri," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu Selasa.

Mohd Bakri berkata kenyataan itu dilihat sebagai sengaja mahu memporak perandakan negara dan meminta pihak berkenaan supaya menghentikan tindakan sedemikian.

Sabtu lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program di Sipitang berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang mencadangkan usaha membawa Sabah keluar dari Malaysia yang disifatkan sebagai menjejaskan semangat kerjasama, keselamatan dan perpaduan rakyat.

Muhyiddin turut memberi amaran bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang pergi ke PBB, mempersoalkan kedudukan Sabah.

Baru-baru ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa tindakan tegas pasti akan diambil terhadap kumpulan yang dikenalpasti membawa Sabah keluar dari Malaysia

Mente ri Dalam Negeri itu juga berkata, polis telah mengenal pasti orang-orang yang menolak untuk itu.



Sumber: BERNAMA



From: SaSa General FEED

0 comments:

Post a Comment



 

kota kinabalu map

view of mount kinabalu

mount kinabalu

kota kinabalu sabah

kuching map

kuching city, sarawak

harbour view kuching

sunset at kuching