Takut Disenaraihitamkan Kerana Tabur Fitnah Di Sarawak, Azmin Jumpa Adenan Satem?
Setelah puas menghambur fitnah terhadap Ketua Menteri Sarawak Datuk Haji Adenan Satem semasa lawatan dua hari ke Sarawak, Menteri Besar Selangor Azmin Ali akhirnya menemui Adenan hari ini.
Ye ler, memanglah protokol, pemimpin sebuah negeri akan bertemu pemimpin negeri yang di lawatnya, tapi beberapa netizen Sarawak yang "nakal" mengatakan Azmin bertemu dengan Adenan kerana takut disenaraihitamkan dari memasuki Sarawak.
Sememangnya ianya tidak mustahil kerana dalam tempoh dua hari di sini, Azmin telah banyak menghina Adenan dan PBB, di mana beliau mendakwa "Adenan memimpin PBB yang nazak!!! (Baca sepenuhnya)
Azmin sepatutnya belajar dari Adenan cara berpolitik yang lebih matang dan terbuka berbanding dengan cara berpolitik yang dipraktikkan Azmin iaitu dengan mencipta kebencian menerusi fitnah-fitnah liar!
-UnReportedNews™®
From: SaSa General FEED
0 comments:
Post a Comment