Video Lucah 'Anwar' versi penuh
Najib pernah berkata semua pihak perlu menghormati undang-undang negara ini “Apa saja yang kita muatkan dalam laman web dan Facebook dan sebagainya akan menyentuh perasaan pihak lain. Kita ada undang-undang kita, pihak berkuasa seperti MCMC perlu ambil tindakan sewajarnya.
“Mereka yang menyalahi undang-undang dan memuat apa-apa pengisian yang boleh bersifat keterlaluan sama ada dari segi menyentuh sensitiviti agama lain patut diambil tindakan,” - Sumber dari SINI
Pagi ini Malaysiakini melaporkan
Akhirnya klip papar aksi seks muncul di Internet
Lebih banyak klip video seks yang didakwa memaparkan lelaki mirip ketua pembangkang dan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di Youtube.
Empat klip tersebut - sepanjang antara 4 minit hingga 4:24 minit - serupa dengan video 22 minit yang ditayangkan kepada wartawan pada 21 Mac di hotel Carcosa Seri Negara.
Ini adalah bahagian ketiga daripada video seks tersebut yang dibocorkan di internet, tetapi tidak seperti dua klip sebelum ini, empat klip terbaru itu memaparkan aksi seks.
Bagaimanapun, video yang dimuatkan oleh "rabiaab11" telah dikeluarkan dari Youtube kerana ia melanggarkan polisi lamanweb tersebut berhubung kandungan berunsur seks.
Berdasarkan maklumat pada Youtube, empat klip tersebut dimuatkan antara jam 2 petang hingga 6 petang semalam.
Video memaparkan beberapa aksi sek termasuk aksi wanita terbabit melakukan seks oral ke atas lelaki dalam klip tersebut.
Tidak seperti klip-klip yang muncul pada 4 April dan pada hari Rabu, yang sepanjang 1:45 saat, empat klip yang dimuatkan 'rabiaab11' semalam adalah lebih panjang. – sepenuhnya sila baca di SINI
Jadi dimana Bapak Menteri yang menjaga SKMM? Apakah perlu dibuat aduan terlebih dahulu bari SKMM akan bertindak?
Jika begitu laporkanlah di (SINI) dan kita tungu dan lihat berapa puluh tahunkah akan diambil oleh SKMM untuk menyiasat dalang yang memuatnaikkan video tersebut ke Youtube..
Tidakkah tindakan mereka yang memuatnaik video tersebut ke laman Youtube kelihatan mencabar pihak Polis? Jelas mencabar kewibawaan pihak Polis kerana ketika pihak Polis menyatakan akan menyiasat akan kejadian memuat naik video clip “Papa Nurul Izzah Part 11” mereka dengan angkuhnya pula memuatnaikkan 4 lagi klip video tersebut kelaman Youtube.
Memandangkan aku jelas berada di pihak Pakatan Rakyat.. jika aku menyiarkan empat video klip tersebut didalam Blog ini, aku yakin malam ini aku akan bermalam dilokap Balai Polis Bandar Perda kerana tiada keistimewaan yang diberikan kepada penyokong Pakatan Rakyat..
Dan keistimewaan dikecualikan dari tindakan undang-undang itu hanya terdapat atau diberikan kepada pihak yang menyokong UMNO.. oleh itu saksikanlah video tersebut di blog penyokong UMNO ini..
Sila klik di sini… Panglima Harimau
0 comments:
Post a Comment