Di Tangkap Kerana Curi Sawit Di Tanah Sendiri?
Puan Dariah Bte Bangusan (bertudung diatas)telah menduduki dan mengusaha tanahnya di Kg. Mampakad Darat dalam Daerah Pitas dan telah diceroboh oleh orang lain yang kemudiannya menanam Kelapa Sawit. Banyak laporan Polis telah dibuat oleh Puan Dariah tetapi tidak diendahkan.
Puan Dariah kemudian telah 'sengaja menombak' buah kelapa sawit tersebut (Lebiih kurang 100 Kg) dan diletakkan di kawasan halaman rumahnya atas tujuan supaya pihak penceroboh datang untuk berunding.
Disebaliknya, Puan Dariah kemudian ditangkap oleh Pegawai Polis Daerah Kota Marudu dan seterusnya didakwa atas Seksyen 379. Pada kali pertama pertuduhan dibacakan kepadanya, beliau tidak mengaku bersalah. Selepas itu, kerana desakan dan pujuk rayu oleh pihak Polis, beliau kemudianya telah membuat pengakuan bersalah.
Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan berdasarkan kesaksian/Nota Prosiding (NoP) di Mahkamah Magistret di mana Puan Dariah "telah mengaku bersalah dan minta hukuman diringankan". Wal hal sebenarnya, menurut Puan Dariah dia telah dipaksa dan diugut oleh pihak Polis supaya membuat pengakuan bersalah).
Walau macammana pun, Puan Dariah telah memfailkan Rayuannya melalui Peguam Datuk Kong Hong Ming (Gambar atas). Kes Tanah Adat (NCR) Puan Dariah akan diteruskan.
Sumber: SabahKini
Source: Sabah Blog
0 comments:
Post a Comment