SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.


P. Waythamoorthy Lu Cakap Tak Serupa Bikin Maaaaaaaaaaa



Kekadang bila dah terlampau diberi muka makin melampau hinggakan kepala hendak dipijakkan kepala pulak.Masyarakat Melayu sejak dari azali bersikap toleransi kepada kaum lain. Namun sikap sebegini menampakkan Melayu lemah dan tidak bermaya. Tapi sebagai pemimpin yang mengepalai Malaysia yamg mempunyai masyarakat majmuk terpaksa berdepan dengan situasi sebegini. pepatah melayu ada mengatakan menyelesaikan isu sebegini ibarat menarik rambut didalam tepung rambut tak putus tepung tak berselerak.



Penulis amat bersetuju dengan apa yang di suarakan oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin apabila P. Waythamoorthy menyunding jari dan menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kegagalan bekas Senator dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melaksanakan perubahan.



Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy memang sejak awal lagi mempunyai masalah untuk memahami sistem pentadbiran kerajaan yang mahu isu kaum India ditangani secara sederhana dan berperingkat-peringkat dengan mengambil kira aspek praktikaliti serta sensitiviti kaum lain.



Hakikatnya, selama ini kerajaan komited terhadap pembangunan kaum India dengan menyediakan pelbagai peruntukan antaranya RM750 juta kepada kaum tersebut melalui pelbagai kementerian dan agensi bagi menyelesaikan isu-isu kaum India yang telah dibangkitkan oleh Hindraf.



Di sebalik pelbagai tuduhannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Waytha Moorthy sendiri adalah seorang pemimpin yang gagal dan tidak bersungguh-sungguh di dalam melaksanakan program pembangunan kaum India dan memastikan setiap kandungan dalam memorandum yang telah dimeterai direalisasikan.



Menurut sumber kerajaan, Waytha Moorthy tidak perlu menyalahkan perdana menteri mahupun kerajaan kerana kegagalan memorandum itu direalisasikan adalah berpunca daripada beliau sendiri.



Malah beliau juga meminta perdana menteri untuk memberi jaminan bertulis untuk menyalurkan peruntukan bagi pembangunan India sebanyak RM750 juta kepadanya.Cadangan tersebut telah ditolak oleh perdana menteri kerana menyalahi peraturan.



Tambah sumber berkenaan, pelbagai kerenah yang dibuat oleh Waytha Moorthy telah menggagalkan penubuhan sebuah jawatankuasa yang sepatutnya melaksanakan pelbagai program pembangunan kaum India seperti mana yang telah dipersetujui dalam memorandum BN-Hindraf.



Salah satu intipati memorandum yang telah dimeterai di antara Barisan Nasional (BN) dan Hindraf adalah penubuhan sebuah jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Bertindak Pakar-Pakar yang akan membuat kajian serta menyediakan butiran terperinci mengenai program-program pembangunan kaum India.



Jawatankuasa ini juga berfungsi untuk menubuhkan sebuah jabatan khas dalam kerajaan khusus untuk membantu masyarakat India yang merangkumi lima ahli iaitu seorang pengerusi yang akan dipilih Perdana Menteri selepas mendapat persetujuan Hindraf manakala dua ahli lagi masing-masing mewakili BN dan Hindraf.



Menurut sumber berkenaan, pada mulanya perdana menteri mencadangkan seorang menteri kabinet berketurunan India untuk menjadi pengerusi namun tidak dipersetujui Waytha Moorthy dengan alasan beliau tidak mahu sebarang ahli politik terlibat dengan jawatankuasa tersebut.



Perdana menteri kemudiannya mencadangkan seorang pemimpin badan bukan kerajaan Sri Murugan Centre, Tan Sri Dr. Thambirajah namun sekali lagi ditolak Waytha Moorthy.



Beliau memberi alasan Thambirajah adalah seorang ahli akademik dan berketurunan Ceylon yang tidak memahami sentimen kaum India miskin di Malaysia.



Waytha Moorthy pula mencadangkan beberapa nama untuk menjadi pengerusi antaranya Tunku Abdul Aziz (ahli politik), Tan Sri Dzulkifli Razak (bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia), Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali (bekas Ketua Pengarah SIRIM) dan Datuk Dr. Denison Jayasooria (Universiti Kebangsaan Malaysia).



Malah Waytha Moorthy juga membuat tindakan melampau apabila turut campur tangan dengan memberi cadangan terhadap calon yang sesuai untuk mewakili BN.Sedangkan ketika itu, beliau masih gagal untuk menamakan sebarang wakil untuk Hindraf.



Perdana Menteri akhirnya mencadangkan bekas Menteri Kewangan dan Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk menjadi pengerusi.Waytha Moorthy bersetuju dan dua lagi wakil BN telah dilantik bersama Nor Mohamed adalah Dr. Thambirajah dan Dr Ravindran daripada PEMANDU.



Manakala Hindraf masih gagal menamakan wakil mereka.Beliau telah didesak untuk menamakan wakil Hindraf secepat mungkin kerana masa semakin suntuk dan satu notis panggilan mesyuarat perlu dikeluarkan.

Waytha Moorthy sebaliknya meminta Nor Mohamed bertemu terlebih dahulu sebelum mesyuarat pertama diadakan.



Mesyuarat yang dijadualkan berlangsung pada 7 November itu terpaksa dibatalkan kerana Waytha Moorthy menetapkan tarikh 8 November untuk bertemu Nor Mohamed.



Sekali lagi Waytha Moorthy buat hal apabila membatalkan mesyuarat tersebut pada saat-saat akhir dengan memberi alasan mahu bertemu perdana menteri untuk mendapat penjelasan mengenai Jawatankuasa Bertindak Pakar-Pakar.



Kecewa dengan perkara tersebut, Nor Mohamed yang sebelum ini menyatakan komitmennya untuk membantu masyarakat India dan bersedia memegang amanah sebagai pengerusi telah menghantar surat perletakan jawatan bertarikh 8 November.





From: SaSa General FEED

0 comments:

Post a Comment



 

kota kinabalu map

view of mount kinabalu

mount kinabalu

kota kinabalu sabah

kuching map

kuching city, sarawak

harbour view kuching

sunset at kuching