SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.


Anggota polis Cina juga berpeluang naik pangkat



TAKLIMAT: Law (tiga kanan) menerangkan risalah pengambilan khas polis kaum Cina kepada Tan Kai sambil disaksikan oleh Chai (dua kanan) dan Lu (kanan). — Gambar Jeffery Mustapha



Persepsi kaum Cina akan dipinggirkan daripada kenaikan pangkat dalam PDRM perlu ditepis: Law


KUCHING: Persepsi kaum Cina akan dipinggirkan daripada kenaikan pangkat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu ditepis.


Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Datuk Law Hong Soon, kenaikan pangkat dalam pasukan polis tidak mengenal warna kulit tetapi berdasarkan kemampuan seseorang individu.


“Persoalan naik pangkat sering dibangkitkan kerana ramai beranggapan Cina akan dipinggirkan tetapi itu bukan satu masalah kerana kita diberi pertimbangan berdasarkan merit bukan warna kulit (bangsa)… tidak ada sebab tidak dapat naik pangkat jika mutu tugas adalah tinggi,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua masyarakat dan media sempena eksesais pengambilan khas konstabel polis bagi kaum Cina di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di Jalan Badruddin di sini, semalam.


Hadir sama, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak Datuk Dr Chai Khin Chun, Temenggung Cina Kuching Lu Kim Yong dan Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Kai.


Law berkata, polis akan bekerjasama dengan ketua-ketua masyarakat Cina bagi menggalakkan belia kaum tersebut menyertai pasukan keselamatan itu.


Katanya pengambilan kaum berkenaan juga dilihat mampu memajmukkan kesepakatan di kalangan anggota atau pegawai dalam melaksana tugas harian.


Selain menyasarkan penyertaan kira-kira 5,000 pegawai berpangkat rendah daripada kalangan kaum itu secara berperingkat, beliau memberitahu bahawa polis turut melonggarkan beberapa syarat pengambilan selain mengkaji aspek penambahbaikan perkhidmatan bagi menarik penyertaan lebih ramai kaum Cina.


Katanya kelonggaran syarat bagi kaum Cina adalah hanya perlu lulus Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus keputusan V/6/9 dalam ujian penglihatan mata atau dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap berbanding 6/6 pada pengambilan biasa.


Buat masa sekarang katanya, hanya 1,974 orang atau 1.77 peratus keturunan Cina daripada lebih 111,000 anggota dan pegawai berkhidmat dalam PDRM.


Berdasarkan statistik sehingga 31 Disember tahun lepas, keanggotaan didominasi oleh kaum Melayu dengan sejumlah 90,156 orang, India (3,659), Cina (1,974) dan selebihnya kaum-kaum lain.


“Kita memerlukan lebih ramai polis di kalangan kaum Cina bagi memudahkan kita berurusan dengan masyarakat kaum tersebut… perlu diingatkan kelonggaran ini hanya diberikan untuk pengambilan khas ini sahaja,” katanya sambil menambah gaji ditawarkan adalah lumayan.


Pengambilan khas jawatan konstabel bagi yang berumur 18 tahun hingga 28 tahun itu yang dibuka sejak 2 Mac lalu, akan tamat pada 30 April depan.


Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web PDRM di www.rmp.gov.my dan borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke balaibalai polis berdekatan atau merujuk kepada Unit Perjawatan Pengambilan di Bukit Aman.


Sementara itu, Lu memberitahu bahawa ketua-ketua masyarakat kaum Cina lebih daripada bersedia untuk membantu menyebarkan maklumat tersebut kepada belia-belia kaum Cina.


“Kita akan menyampaikan mesej ini, menerusi lebih 100 ketua kaum, kepada masyarakat Cina khasnya golongan belia dan lepasan sekolah.


“Peluang keemasan ini tidak harus dilepaskan kerana ia memberi peluang kepada lebih ramai masyarakat Cina berkhidmat dalam pasukan polis,” katanya.







From: SaSa General FEED

0 comments:

Post a Comment



 

kota kinabalu map

view of mount kinabalu

mount kinabalu

kota kinabalu sabah

kuching map

kuching city, sarawak

harbour view kuching

sunset at kuching