SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.


#MH370: NELAYAN JUMPA OBJEK MENYERUPAI LIFEBOAT PESAWAT


-PENEMUAN TERKINI OBJEK TERSEBUT DI 10 BATU NAUTIKA DARI PANTAI DICKSON ADALAH PETUNJUK YANG PERTAMA DI SEPANJANG OPERASI MENCARI & MENYELAMAT PESAWAT YANG HILANG TERSEBUT YANG SUDAH MASUK HARI YANG KE LIMA-




Sekumpulan nelayan mendakwa menemui satu objek menyerupai rakit penyelamat kapal terbang ketika menangkap ikan, kira-kira 10 batu nautika dari pantai port Dickson tengah hari semalam.



Seorang daripada mereka, Azman berkata ia ditemui tenggelam timbul kira-kira jam 12 tengah Hari dan menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkannya ke dalam bot kerana terlalu berat.



Katanya, dia yang mengikuti perkembangan kehilangan pesawat MH370 bersama tiga rakan lain, tertarik untuk mendapatkan objek berkenaan.



"Kami berjaya mendapatkannya dan diikat pada bot kerana takut ia tenggelam. Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya semalam.



Dia yang keluar menangkap ikan jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam tadi memaklumkan penemuan itu kepada BH pagi ini.



Katanya, penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370.









"Apa yang lebih meyakinkan kami ialah ada tulisan ‘boarding’ pada objek itu,” katanya.



Beliau berkata, sejurus bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka menyambung kerja menangkap ikan.



Jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan APMM dihantar ke tempat kejadian.



Bagaimanapun, katanya, objek itu terus tenggelam dan dipercayai tidak sempat dinaikkan ke dalam bot APMM.



-UnReportedNews™®







From: SaSa General FEED

0 comments:

Post a Comment



 

kota kinabalu map

view of mount kinabalu

mount kinabalu

kota kinabalu sabah

kuching map

kuching city, sarawak

harbour view kuching

sunset at kuching