SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.

LELAKI PUTUS TANGAN DITETAK DI AMPANG!


-MANGSA, YANG PUTUS PERGELANGAN TANGAN KANANNYA DISERANG OLEH DUA ORANG LELAKI YANG TIDAK DIKENALI DI DALAM BILIK TIDURNYA DI SEBUAH PANGSAPURI DI LEMBAH PANTAI!-






Seorang lelaki India berusia 23 tahun putus pergelangan tangan kanan akibat ditetak ketika diserang dua lelaki tidak dikenalinya.


Mangsa dikatakan telah pulang ke rumah di sebuah pangsapuri di Lembah Permai, Lembah Jaya di Ampang awal pagi semalam.



Menurut berita di laman blog Azmy Awang Kelana Jaya (AAKJ), sebaik tiba, mangsa terus masuk ke bilik tidur pertama manakala isteri serta seorang anaknya tidur di bilik berasingan.



Pada kira-kira pukul 3.15 pagi isteri mangsa terdengar bunyi bising sebelum kemudiannya mendapati suaminya telah berlumuran darah di dalam rumah sambil menjerit kesakitan.



Mangsa dikenali sebagai Pragash dan berniaga di sebuah restoran di Plaza City One berdekatan Masjid India di ibu negara.



Maklumat lanjut mengenai motif serangan setakat ini masih belum diketahui.



Siasatan awal mendapati tiada kesan pecah atau umpilan pada pintu serta grill rumah mangsa yang berada di tingkat 5 pangsapuri itu.



Sehingga kini tiada saksi yang tampil memeberi keterangan kerana kejadian berlaku di dalam rumah. Mangsa dan juga isteri beliau masih gagal ditemubual akibat trauma.



Pihak polis berharap orang awam yang mempunyai maklumat agar tampil di balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. (sumber)



-UnReportedNews™®







From: SaSa General FEED

0 comments:

Post a Comment