SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.


Agong akan tukar panji-panji 11 RAMD


Oleh Hamimi Kassim //



SEGAK DAN GAGAH: Mohd Kamil (hadapan) bersama 14 pegawai dan 200 anggota pelbagai pangkat merakam kenangan selepas Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Ke-45 di Padang Kawat 11 RAMD Kem Semenggo di Kuching, semalam.



Istiadat Pertukaran Panji-Panji Rejimen akan diadakan pada 15 November 2014


KUCHING: 15 November 2014 bakal menjadi tarikh keramat bagi Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD) kerana Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah akan menyempurnakan Istiadat Pertukaran Panji-Panji Rejimen bagi batalion itu.


Pegawai Memerintah 11 RAMD Leftenan Kolonel Mohd Kamil Abdul Latiff berkata, perbarisan ini pasti akan mengukir sejarah yang amat bermakna kepada 11 RAMD kerana pertukaran panji menandakan sudah tiba masanya panji-panji lama itu disemadikan.


“Perbarisan pertukaran panji-panji ini bertujuan menggantikan panji-panji pertama yang telah berusia hampir 17 tahun iaitu pada 24 Mei 1997,” katanya, sambil menambah istiadat berkenaan akan berlangsung di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Ke-45 di Padang Kawat 11 RAMD Kem Semenggo di sini, semalam.


Justeru, Mohd Kamil mahu latihan dan pendedahan kawat panji-panji ditekankan dengan lebih teliti sehingga pada hari sebenar.


“Saudara sekalian perlu melakukan persiapan sewajarnya dari segi persiapan mental, fizikal dan latihan untuk menghadapi perbarisan tersebut.


“Ini kerana perbarisan pertukaran panji-panji pasukan memerlukan komitmen yang tinggi serta kesungguhan yang amat jitu dan untuk itu utamakan keselamatan dan kesihatan diri dalam setiap perkara yang ingin dilakukan,” nasihatnya.


Dalam perkembangan lain, Mohd Kamil turut menyentuh mengenai peranan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) sebagai satu entiti yang berupaya meningkatkan kecemerlangan anggota.


“BAKAT merupakan tunjang utama kita dalam meningkatkan mutu kerja dan perkhidmatan yang cemerlang dan ia turut berperanan penting dalam menyuarakan keperluan di samping memberi sokongan menerusi program dan aktivitinya.


“Peranan BAKAT dapat meringankan beban bagi membolehkan saudara-saudara memberi tumpuan penuh kepada tugas dan sikap keprihatinan yang ditonjolkan oleh ahli BAKAT menjadi nilai tambah yang signifikan kepada aspek kebajikan dan kesejahteraan warga 11 RAMD dan keluarga,” ujarnya.


Dalam ucapannya juga, beliau berikrar akan terus memerintah batalion itu dengan adil, saksama dan dengan segala upayanya.


“Marilah kita bersama-sama mentransformasikan batalion kesebelas yang bertuah ini menjadi sebuah batalion infantri standard yang unggul dan disegani,” tegasnya.


Terdahulu, seramai 14 pegawai dan 200 anggota pelbagai pangkat mengikuti perbarisan penuh istiadat diketuai dan disempurnakan Mohd Kamil.







From: SaSa General FEED

0 comments:

Post a Comment



 

kota kinabalu map

view of mount kinabalu

mount kinabalu

kota kinabalu sabah

kuching map

kuching city, sarawak

harbour view kuching

sunset at kuching