Velda, Macmorten dinobatkan Kumang, Keling Gawai Sibu
SIBU: Velda Gani dinobatkan sebagai Kumang Gawai Sibu 2014 pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu di sini, malam kelmarin.
Naib johan disandang Macprihelna Martin manakala tempat ketiga dimenangi Angelina Beatrice.
Tempat keempat dan kelima masing-masing dimenangi Stephanie Mau Addy dan Kayren Nyanggoh.
Sementara itu, kejelitaan Macprihelna dalam sentuhan gambarnya menarik ramai peminat apabila beliau mendapat undi terbanyak seterusnya dinobatkan selaku Miss Photogenic Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu.
Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM150 berserta hamper dan fotonya.
Kumang Gawai Dayak Sibu 2014 membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 berserta piala iringan, selempang, mahkota dan hamper sementara naib johan menerima RM800 serta piala iringan, selempang dan hamper.
Tempat ketiga memenangi hadiah wang tunai RM600 serta piala, selempang dan hamper diikuti tempat keempat menerima RM400.
Tempat kelima membawa pulang RM250.
Lima finalis Kumang yang lain (tempat keenam hingga ke-10) masing-masing menerima RM150 setiap seorang sebagai hadiah sagu hati.
Sementara itu, bagi pertandingan Keling Gawai Sibu 2014 menyaksikan Macmorten Nyanggoh dipilih menerima gelaran tersebut.
Naib johan dimenangi Charles Jelian, manakala tempat ketiga disandang Randy Pangkas.
Tempat keempat hingga kelima masing-masing dimenangi Rohd Atkinson dan Felix Nickel Francis.
Johan Keling membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 serta piala dan hamper manakala naib johan menerima RM800 berserta piala iringan dan hamper.
Tempat ketiga pula memenangi hadiah wang tunai RM600 serta piala dan hamper diikuti tempat keempat menerima RM400.
Tempat kelima turut menerima RM250 manakala tiga finalis Keling lain menerima RM150 setiap seorang sebagai hadiah sagu hati.
Bagi kategori uji bakat, Keling Gawai dimenangi Felix Nickel Francis selaku johan, diikuti Randy Pangkas di tempat kedua dan ketiga Alistair Philip.
Hadiah Kumang Gawai disampaikan isteri Menteri Pembangunan Sosial Puan Sri Julia Mawan manakala hadiah Keling Gawai disampaikan Temenggung Sir Adrian Ringgau.
Seramai 10 peserta Kumang manakala lapan peserta Keling menyertai pertandingan tersebut sempena Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu yang disempurnakan Menteri Pembangunan Sosial merangkap Presiden Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Tan Sri William Mawan Ikom.
From: SaSa General FEED
0 comments:
Post a Comment