SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.


RAHSIA SEBENAR MENGAPA MAWAN TINGGALKAN SPDP?


-TINDAKAN TERSEBUT DIKATAKAN DI AMBIL UNTUK MENGELAKKAN BELIAU DISINGKIR DALAM PEMILIHAN AGUNG SPDP YANG TELAH DIJADUAL BERLANGSUNG PADA MINGGU HADAPAN-






Tindakan Presiden Parti Demokratik Progressif Sarawak (SPDP) yang juga Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri Datuk Sri William Mawan Ikom melepaskan jawatannya telah dikatakan untuk menjaga air mukanya sendiri.



Terkini, sumber dalaman telah memaklumkan UnReportedNews™® bahawa terdapat desas-desus mengatakan terdapat satu rancangan untuk "menyingkirkan" Mawan dari jawatan Presiden dalam Pemilihan Agung SPDP yang dijadual berlangsung minggu hadapan.



Difahamkan juga, rancangan untuk menyingkirkan Mawan telah didalangi oleh beberapa "orang kuat" SPDP sendiri kerana tindakan Mawan menerima kembali anggota-anggota G5 ke pangkuan SPDP tidak berapa lama dahulu.



Semalam, Mawan menyatakan keputusan itu dibuat berikutan kemelut yang melanda SPDP yang diterajuinya 10 tahun yang lalu menemui jalan buntu diikuti dengan pengumuman enam Menteri kabinet negeri Sarawak keluar parti mengikuti langkah Mawan.



Selain Mawan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan komuniti dan pengerusi parti Rakyat Bersatu Sarawak cawangan Sibu, Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Muda Pembangunan Perindustrian, Datuk Peter Nansian Ngusie, Menteri Muda kemudahan Awam, Datuk Sylvester Entri, Menteri Muda Pendidikan Awal, Rosey Yunus dan Menteri Muda Kesihatan Awam, Datuk Dr. Jerip Susil, Adun Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan Adun Pelagus George Lagong turut membuat keputusan keluar parti.



Pengumuman ini dibuat dalam sidang media tergempar yang diadakan sejurus berakhirnya persidangan dewan undangan negeri Sarawak semalam juga telah menyatakan mereka akan bergabung untuk membentuk sebuah parti baharu iaitu Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TEGAS).


-UnReportedNews™®






From: SaSa General FEED

0 comments:

Post a Comment



 

kota kinabalu map

view of mount kinabalu

mount kinabalu

kota kinabalu sabah

kuching map

kuching city, sarawak

harbour view kuching

sunset at kuching