SaSa Network

Together we amplify our voices. Sabah & Sarawak Superblog or simply, SASA. A syndicated network of blogs from Sabah and Sarawak, Malaysia. Because there are millions of blogs out there. We need SASA in order to be heard, and to be seen.
Sertai SASA untuk menjangkau lebih ramai pembaca blog anda.

SASA Welcomes YOU...

All Sabah and Sarawak bloggers regardless of your blogging preference, orientation and ideologies are the most welcome to join the ever expanding SASA Network. You see, SASA means SAbah & SArawak. Us, exactly.


Cubaan seludup ayam sabung tumpas

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau sekali lagi mematahkan cubaan menyeludup masuk 22 ekor ayam sabung yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM4,200 ke daerah ini dan menjualnya untuk pasaran tempatan.


Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohammad Madun berkata rampasan itu adalah kejayaan terbaru PPM Tawau yang menjalankan rondaan Op Landai di kawasan pesisiran pantai Batu-Batu Sabindo di sini, kira-kira jam 6.30 pagi kelmarin.


“Ayam-ayam ini ditemui di dalam beberapa kotak yang ditinggalkan semasa sepasukan empat anggota kita membuat rondaan di kawasan terbabit,” katanya sambil menyatakan pihaknya menemui 10 ekor ayam sabung dan 12 ekor yang disyaki baka ayam sabung.


Mohammad berkata pihaknya percaya kotak-kotak berkenaan ditinggalkan di kawasan terbabit selepas pemilik ataupun penghantarnya menyedari kehadiran anggota PPM Tawau yang bertugas di lokasi berkenaan.


Beliau berkata sejurus selepas penemuan itu pasukannya menunggu hampir satu jam di kawasan itu bagaimanapun tidak ada sebarang pihak yang tampil membuat pengakuan memiliki ataupun membawa haiwan berkenaan.


“Kita memandang serius perkara ini ekoran perkembangan wabak selesema burung yang dikhuatiri kembali aktif dan rampasan ini dibuat mengikut Seksyen 3 Ordinan Haiwan Negeri Sabah 1962,” katanya.


Menyentuh mengenai langkah-langkah pencegahan penyeludupan pula, beliau menyeru orang awam supaya sentiasa menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti meragukan kepada pihak berkuasa untuk tindakan segera.


Beliau berharap orang ramai sentiasa mengambil langkah-langkah wajar dan pencegahan awal untuk mengelak daripada merebaknya penyakit berbahaya seperti selesema burung daripada turut menular di negara ini khususnya di Sabah.






From: SaSa General FEED

0 comments:

Post a Comment



 

kota kinabalu map

view of mount kinabalu

mount kinabalu

kota kinabalu sabah

kuching map

kuching city, sarawak

harbour view kuching

sunset at kuching