(Gambar) Seksinya Selena Gomez dengan skirt belahan tinggi
Selena Gomez semakin kelihatan matang saban hari. Setiap penampilannya di khalayak umum pasti membuatkan peminat-peminatnya tercengang.
Khamis lepas, penyanyi berusia 21 tahun ini dilihat di luar studio untuk rancangan Late Show with David Letterman di New York. Dengan busana serba hitam, darah Mexiconya jelas terpancar dengan dandanan rambut diikat dan rias wajah khas penari flamenco.
Menebar senyum kepada para peminatnya, ia mengenakan busana seduktif yang mendedahkan kakinya yang seksi dan perutnya yang rata. Dalam sesi kali ini, ia membicarakan tentang konsert jelajahnya yang akan bermula pada 27 November akan datang dan kebanyakan lagunya diambil dari album Stars Dance.
Setelah menghadiri acara David Letterman, ia kemudian meneruskan acara nyanyiannya di Brooklyn. Tidak sempat menyapa dan melambai tanda tangan kepada peminatnya, ia kemudian meminta maaf sambil menyanyikan lagu Love Will Remember.
From: SaSa General FEED
0 comments:
Post a Comment