Mengusir Keluar 2 Juta Pekerja PATI Dari Malaysia Tidak Akan Merubahkan Kesangsian Rakyat Sabah?
Dalampada itu, selepas berjaya mengusir PATI tersebut, kira-kira 1.5 juta Pendatang Asing Dengan Izin (PADI) dari Bangladesh akan dibawa masuk untuk mengganti kekosongan dalam pasaran kerja di negara yang diisi oleh PATI secara haram sebelum ini.
Bagaimanapun ada dikalangan rakyat Sabah khas nya mereka yang terdiri dari aktivis Sabah for Sabah, pasti nya tidak akan puas hati, kerana kumpulan ini lebih fokus kepada tindakan mengusir PATI yang diberi kerayataan melalui Projek IC.
- Pada realiti nya, bukan semudah itu untuk mengenal pasti siapa dan siapa dikalangan pemegang projek IC ini. Kerana mereka ini diserapkan kepada etnik bumiputera yang sememang nya telah ujud di negeri ini sejak berkurun lama nya. Sebagai contoh orang bugis dan suluk tempatan ada lah rakyat bumiputera yang terdaftar sejak sekian lama di Sabah.
- Selain dari itu, mereka ini telah pun melalui proses tiga generasi dan kebanyakan daripada mereka telah pun menyerap masuk dalam sistem politik dan pentadbiran negara ini.
- Dalam hal yang begini komplek, agak nya Pertubuhan Bangsa-Bangsa BerSatu pun tidak dapat membantu kerana bagi mereka negeri Sabah masih lagi dikategorikan sebagai negeri yang kekurangan penduduk.
Sumber: Agensi
From: SaSa General FEED